Tuesday, May 10, 2011

Taufan Aere punca Peningkatan Suhu

Salam kawan-kawan,

masih belum tidur? Aku sah-sah belum lagi, kalau dah tu maknanya aku mengigau taip entry nih..heheeh..

Setiap hari aku tengok mesti ada blogger yang buat entry pasal cuaca panas yang kita tengah alami sekarang ni.. Tengok camtu, aku pon rasa nak cerita gak la..heehe...

Mesti korang dah tau apa yang menyebabkan peningkatan suhu ni kan? Kalau tak tahu, confirm korang tak tengok berita or tak baca paper.huhuhu... Punca peningkatan suhu ni adalah disebabkan taufan Aere di Filipina. Tolong betulkan kalau aku salah..heheh.. Kesan dari taufan tu, kita kat Malaysia ni kena tahan ngan cuaca panas nih.

Seriously, even aku duduk tepi sungai pahang cuaca tetap panas. Tak berangin langsung! Baru mandi tak sampai 5minit aku dah start berpeluh semula. Memang rimas! Kalau malam, usah kata la, panas sampai takleh nak lelap langsung. Lepas subuh baru sejuk, tu la peluang aku nak lelapkan mata ni.heheehe..memang tak elok, tapi terpaksa... :p

pembeli ikan patin ayah aku ada cadangkan suruh ayah pasang aircond je kat rumah, ayah kata "buat apa nak pasang aircon, bukan selalu pun panas camni. Dari membazir, tahan je la". Dan aku memang bersetuju ngan kata-kata ayah tu. Memang membazir...hehe...

Camne pon, malam ni aku dah mula dengar bunyi guruh.. Mintak-mintak la malam ni hujan. Sejuk sikit bilik aku ni. Tapi risau plak kat anak itik kat bawah rumah ni kalau ujan lebat sangat. Nanti mereka kesejukan plak.. Da la da byk yg mati.. Dari 1000ekor, tinggal 900+ je lagi... Banyak mati means banyak rugi..huhuhu...

Nampaknye, mata aku dah bersedia nak berselimut dan tidur..hehehe... Kalau takleh lelap gak, aku blogwalking sampai pagi..hehe..

Goodnight!!!!

Salam :D

No comments: