Wednesday, May 11, 2011

Barangan Luput Tarikh Dijual Semula!!!

Salam readers!!!

Dah malam ni baru ada nafsu nak update blog. Tu pun lepas aku tengok bingkisan berita kat Buletin Utama Tv3 nih.

Barang yang dah luput tarikh dijual, apa kes derr??? Sampai macam tu sekali nak cari untung lebih..haissshh... Tu dah kira haram kan jual sesuatu yang memudaratkan kesihatan? Hurm... Nak membebel lebih pun tak guna sebab aku rasa peniaga yang tak bertanggungjawab tu takde blog pon.. Dan tak rajin nak layan tenet ni coz busy bersihkan botol susu tu kot...huhu

kejadian ni berlaku kat Gombak. Barangan yang dah luput tarikh macam susu coklat, susu, serbuk coklat dan sebagainya dijual semula kepada pelajar sekolah atau warung. Cara diorang senang jer, bancuh dan jadikan aiskrim. Lepas tu botol susu segar tu diorang buang sticker tarikh luput tu. Haissshh...

Maknanya sekarang kita kena lebih berhati-hati dengan makanan dan minuman dari luar. Bahaya tau, boleh menyebabkan keracunan makanan. Lagipun makanan yang kotor ni boleh buat hati kita jadi gelap. Tu yang banyak gejala sosial tu! Apa nak jadi dunia sekarang nih...

Moral of the story, kurangkan makan dan minum diluar. Bawak bekal dari rumah jer, lagi sihat dan jimat. Lepas ni kalau keluar, aku nak bawak minuman sendiri jer, senang.. Takde la was-was nak makan or minum nanti...

Jadi, sebelum beli apa-apa tengok tarikh luput dulu yer. Kalau makanan or minuman dalam tin, pastikan tin tu tak kemek. Bukan apa, biar duit yang kita guna tu berbaloi...

Tu je la yang aku nak mengarut dan melalut...

Bye!!! :p

3 comments:

Jahidih Saili said...

bahaya.bahaya...
sayur mayur pun da juga yg dijual balik..sayur yg dah dibuang, dipungut balik utk dijual..

Mambang Terbang said...

what the hell...duit punya pasal....org jadi mangsa...

http://violencexx.blogspot.com/

Siti Farah said...

Tetiba teringat 4 5 tahun lepas ada orang tu jual ayam goreng.
Bile makan, leh bau yang ayam tu da busuk,,
tu pon orang tu leh jual...haissshh....