Tuesday, May 3, 2011

Bandar Pekan di Raja!!

Salam guys,

panas sungguh cuaca di Pekan hari ni, sampai sakit kepala dibuatnya..huhu.. Aku ni baru je balik dari Bandar Pekan nih, pergi bank dengan member aku Aisyah. Sementara tunggu Aisyah tu settle segala hal dekat bank, aku pon duduk la kat luar CIMB tu tengok keadaan sekeliling.

Hari ni aku rasa rimas dengan jalan kat Pekan tu sebab banyak sangat lencongan nyer.. Kat tepi sungai, kat hospital lama, kat depan pasar ikan, dekat dataran Pekan, gila banyak lah. Memang nak kena pusing jauh la kalau salah jalan.

Sejak Datuk seri Najib jadi PM ni, banyak perubahan kat Bandar Pekan nih. Dulu Library kecik jer tapi sekarang dah besar. Bangun UMNO biasa-biasa je dulu tapi sekarang dah tinggi. Bank pun dah banyak, dari sekadar CIMB, BSN n BANK RAKYAT sekarang dah ada BANK MUAMALAT, MAYBANK, BANK ISLAM, AGROBANK, senangkan dah ada banyak bank. Huhuhu...

Tapi dalam perubahan tu, ada jugak part yang aku tak suka. Aku tak suka bila penduduk dekat sini dah mula pakai baju sendat-sendat, singkat dan segala apa tu lah kan. Macam dah hilang norma hidup masyarakat yang dulu. Kalau kat KL maybe aku tak kisah sangat lah. Tapi kat sini, macam tak sesuai jer aku tengok, makcik-makcik pun geleng kepala tau tengok!! Yang paling aku tak boleh terima tadi, pakai shawl dah lawa dah tapi baju sendat nak mampos!! Segala berbukit, berlemak kt perut tu semua boleh nampak, memang mengucap panjang la aku kat situ. Bukan nak kata aku ni baik sangat, tapi berpada-pada la cik kak oi... Ye pun nak lawa, jangan la sampai macam tu jadinya. Bukan sekali aku nampak kes macam tu, dah banyak kali dah pun......

Hurm... Aku tak tahu nak kata apa dah. Ada perubahan yang membawa pada kebaikan dan ada perubahan yang menyakitkan mata. Adodoi..... Apakah mereka dah terdesak sangat nak hidup cam mat salleh, nak berfesyen macam artis sampai da macam ala-ala berbogel dah aku tengok.. Sabar jer lah... (tangan di bahu, mata pandang atas)

btw, td aku nampak satu kereta Suzuki 4*4 kot kat depan CIMB dengan plat SULTAN PAHANG. aku intai gak, kot kot Sultan sendiri ke yang drive... Hehehehe...


Sekian celoteh aku petang nih.. Bye!!!!

2 comments:

ima althafunnisa' said...

ooo...da banyak perubahan eh...

da lame tak pergi pekan...

rinduuuuu~~~~

Siti Farah said...

Even cat kat astaka SHAH PEKAN pon dah bertukar... Pagar makin cantik... Kebun kt sebelah post guard tu makin besar...