Sunday, May 1, 2011

Hari Buruh & Minyak Masak Cap Buruh

Salam guys,
salam hari pekerja jugak ataupun dikenali jugak sebagai hari buruh.

Sambil-sambil menonton Buletin Tv3 ni, aku nak bercerita la tentang pengalaman aku masa kecil pasal hari buruh nih.

Macam yang korang semua tahu la kan, setiap 1Mei adalah hari Pekerja ataupun hari Buruh. Masa kecik-kecik dulu, aku tak tahu ape tu buruh, yang aku tahu minyak masak cap Buruh tu jer. Hehe... Korang tau tak minyak masak cap buruh tu macam mane?? Alaaa...yang ada gambar orang pegang kapak tu, tapi bukan minyak angin cap kapak tau! Aku takleh nak upload gambar sbb aku membebel gune fon jer nih. Uhuhu..

Ok,sambung cerita.. Disebabkan minyak masak tu ada lambang kapak, jadi aku pon beranggapan yang hari Buruh tu adalah HARI KAPAK!!!! Hehehe..teruk kan pemikiran aku... Tapi bila aku tanya ayah aku hari Buruh tu apa, barulah ayah aku bagitau yang buruh tu adalah pekerja dan secara kesimpulannya hari Buruh= hari Pekerja. Camne pun, aku tetap tak berpuas hati dengan jawapan ayah aku tu sebab aku masih lagi tak faham Buruh tu apa. Ayah aku pun ceritalah yang buruh ni buat kerja berat, macam kerja kat ladang sawit ke, buat rumah ke, alaaa..kira kerja-kerja berat lah.. Masa tu baru la aku faham dan puas hati dengan jawapan ayah aku tu...hehehe

Itulah perkaitan antara HARI BURUH & MINYAK MASAK CAP BURUH bagi aku..hehehe... Dan aku amat suka hari pekerja sebab...

* masa sekolah dulu, aku amat suka hari ni coz dapat balik rumah sebab aku tak suka duduk asrama dan malas pergi sekolah.hehehe.

* dekat U pon same, tiada istilah ada kelas masa hari ni sebab pensyarah juga seorang pekerja.

* hari cuti di mana aku boleh habiskan masa menonton televisyen, lagi-lagi kalau ada cerita best. Hehehe..

* hari dating?? Tettt!!! Aku tak pernah lagi dating pada tarikh ini..ngeeee :D

aku rasa tu je la kot sebab-sebab aku suka hari pekerja ni. Dan nanti bila aku dah kerja, aku lagi suka tarikh ni coz aku boleh cuti!! Yeay!!! Hehehe...

Sambung tengok berita...

Sekian,

No comments: