Saturday, October 20, 2012

Mr. Steak House

 

Haa.. Cerita pasal makan lagik. hihihihi… Aku kalau part makan nih, haruslah dikongsikan bersama janji sedap dan berpatutan. Smile

Semalam plan nak makan dekat dekat area Unisel jer, tapi tersesat sampai ke Shah Alam! Bahahaha.. Sabar je lah kawan kawan aku nih.. Semua selera nak makan western jer, terima kasih pakcik google sebab kami boleh review tempat ni sebelum pergi. Terima kasih kat Cho jugak sebab cadangkan tempat nih.

Mr. Steak House @ Shah Alam

mr. steak house

picture credit to :Jom Makan2-Jalan2

Terletak Di G07, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park Seksyen 13,40100 Shah Alam Selangor.

Dan ni memang pertama kali kami pi makan kat situ. Review menu online memang tak percaya bila tengok harga setiap menu tu. Sampailah kami order sendiri.

Photo1290

Chicken Chop = RM8.90*

Ordered By Me, dan rasa memang sedap. Mushroom sauce cukup rasa dan cukup lemaknye. Memang tak menyesal bila makan. Open-mouthed smile 

Photo1293

Mix Lamb Chop = RM 16.90

Apit yang order. Mix Lamb Chop ni mix dengan ayam. Kalau perhati betul betul, kat atas tu ayam, kat bawah tu kambing. Ada baked beans, roti, coleslaw jugak. Black pepper sauce, sedap jugak. Smile

Photo1291 

Lamb Chop = RM 13.90

Ini, Nad dan Cho yang order . Sauce same dengan mix lamb chop tu jugak dan sedap jugak. haa! Open-mouthed smile

 

Boleh nampak harga yang agak berpatutan tu. Oh yer, Chicken chop tu dalam menu tulis promosi, so tak berani nak jamin time korang makan nanti harga sama or lain dah. hehehe.. yang pasti semalam masih RM8.90 .. Kat sini ade service charge 5% . Air pulak, juices semua RM5.00 kecuali Durian Belanda. Cold drinks RM2.50+ , Hot Drinks pon lebih kurang jugak. Tempat makan pon ok, bersih dan selesa. Kiranya tak rugilah kami jalan jauh semata-mata nak makan kat sini.. hehehehe.. Smile 

 

smlm

Apit & Nadia Open-mouthed smile

me & Cho Open-mouthed smile

smlm2

 

So, overall memang sedap dan memang selesa makan kat sini. Next time boleh pi lagik! Open-mouthed smile  And btw, nampak tak jus strawberi kat tepi tu? Haa.. Sedap Okeyh! Rasa macam original blended strawberry.. Berbaloi even RM5. Kih3… Open-mouthed smile 

Setakat ni je cerita, lain kali kalau pi tempat best lagi, cerita lagi… heee!!!! Open-mouthed smile

Monday, October 15, 2012

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Unisel !

 

Alhamdulillah, selesailah sudah. Penantian selama 3 1/2 tahun berakhir pada 14/10/12 .. Smile 
Seronok sangat bila tengok senyuman mak ayah saat aku keluar dari dewan utama sampai bergenang airmata aku. Aku cuma mampu cakap “Inilah hadiah terbaik yang aku mampu untuk mak ayah” ..

Parent students lain tunggu anak-anak keluar dengan sejambak bunga. Tapi aku, dengan satu pelukan dan ciuman istimewa dari mak. Itulah hadiah terbaik bagi aku hari ni.. :’D . Terus aku cakap kat mak “ Lagi 3 tahun setengah, Farah nak pastikan nama Farah kat muka surat depan buku ni pulak!” . Mak bagi sokongan penuh kat aku. Ayah pon sama.

Terima kasih mak ayah sebab sokong farah 250% .. Terima kasih pensyarah sebab sentiasa tolong Farah. Terima kasih cikgu sebab didik Farah dengan baik kat sekolah. Terima kasih kawan kawan sebab sentiasa ada untuk Farah. Sayang Semua! Open-mouthed smile 

Camne pun, terasa sedih sikit sebab abang dengan kakak tak dapat datang event tu. So gambar studio juz bertiga dengan mak ayah jer. huhuhu..

Photo1281

Rezeki Mak Ayah. Open-mouthed smile

Saturday, August 11, 2012

Shopping Sakan

 

Haahahahah… seharian berjalan kat PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral .. Letih tapi seronok! Open-mouthed smile  First time rasa seronok shopping lame-lame coz selalu bab shopping ni aku la paling malas sekali.. hahaha….

Antara barang yang dibeli

Photo1167

 

Haaa.. itulah yang aku beli tadi… Tak banyak tapi banyak habis duit… kih3… Padahal tujuan asal nak mencari tudung jer.. Ni la yang orang katekan nafsu.. haih…

Siapa boleh teka berape nilai semua nih? CD tu ada 2, bawah tu ada inner… Smile

Wednesday, August 8, 2012

Cuti Panjang

 

Lame betul cuti raya kali ni, sampai 27hb nanti haa.. Rezeki.. Aku student UNISEL, so dapat cuti lama, kenapa apa semua tu aku malas nak cerita. hahaha..

Tapi reaksi pertama aku bila dapat tau kelas start 27hb , aku rasa macam urgghhhhh!!!!!!! “semangat nak pi kelas esok, napa tundaaaaaa!!! , tiket bus dah beli lah! “

stressed_face

Mana taknye, 1st day puasa tu aku dah beli tiket bus dah sebab taknak jadi macam tahun-tahun lepas tu.. haih.. Dugaan berpuasa betul… tapi macam mana ppun aku tetap tak salahkan Unisel. Aku bersyukur dapat cuti awal.. Lama pulak tu haa.. Tiket boleh cari lagi, if takde balik je la 16hb kan.. hehehe… Sekurang-kurangnya sekarang ni aku dapat pi settle urusan tanpa ganggu sebarang kelas pun. Lepas cuti terus boleh masuk kelas dan belajar macam biasa kan.. Smile  Masa tu takde la nak sibuk pi cari lecturer ni, lecturer tu sebab nak mintak sain n cop ..

Setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Harap masa cuti ni, pihak pengurusan dapatlah selesaikan masalah yang ada nih.. Seganlah hari-hari masuk berita jer..
To student Unisel, tak baik tau kutuk kutuk Unisel. Tempat kita belajar tu kan, if rasa ada tempat lain yang lagi bagus dan uols diterima masuk, pe kate uols pi study kat sana kan. Bulan puasa ni, jaga la tutur kata tu kan lagi cantik. Kita budak U, bukan budak tadika.. Smile 

Apepon, Selamat Bercuti!!! Open-mouthed smile 

Cuti Yayyy!!!! Open-mouthed smile Open-mouthed smile Open-mouthed smile

Friday, August 3, 2012

Hidayah. Cari ke Tunggu?

 

“Alaaa..Tak dapat hidayah lagi, da sampai seru kang aku berubah la….”

Haaa.. Tu la ayat yang biasa kita dengar bila orang tak sedia nak berubah. Aku akui, dulu aku pon cakap camtu jugak. Konon hidayah tak sampai lagi padahal diri sendiri yang tak sedia lagi nak berubah.

Upssss!!! Aku bukan bercakap tentang orang yang bernama “Hidayah” tapi pasal Hidayah Allah.

Bagi aku, hidayah or petunjuk nih macam duit tau. Duit tu korang kene cari, kalau setakat duduk tunggu duit jatuh dari langit memang kebulur la korang nanti kan?! Ada duit, korang boleh hidup senang. Ada duit, korang kaya. 

Macam tu jugaklah hidayah. Korang kene cari, bukan nak tunggu jer okeh. Dapat hidayah, boleh berubah dengan lebih baik dan ikut perintah Allah. Ikut perintah Allah, dapat pahala. Dan pahala tiket untuk masuk syurga.  Kalau korang nak tunggu jer, buatnye sampai mati tak dapat hidayah, tak ke rugi? Ingatlah kawan-kawan, mati tu sentiasa dekat dengan kita. Kalau Allah nak, sekarang pon Dia boleh tarik balik nyawa kita ni tau.

Aku bercakap bukan bermakna aku ni terlalu baik, tapi aku nak kita sama-sama beringat. Aku tak kisah kalau ada yang nak ungkit sejarah silam aku dan kata aku ni kononnya berlagak alim. Itu mende yang dah lepas, aku adalah aku yang sekarang. Siapa aku sekarang, biar aku dan Allah je tahu. Smile

So, carilah hidayah sebelum terlambat. :’)

Wednesday, August 1, 2012

Jerebu!!!

 

Hari ni balik Unisel, terpaksalah naik train dan bus sebab abang aku cuma hantar masa hari pendaftaran je. Selebihnye, silalah buat sendiri yer. Dah la hampir 1jam aku tunggu train kt KTM Kajang tu, penatnye lah Annoyed, beg pon berat.

Dah sampai Sungai Buloh, tunggu bus plak tapi yang confirm 1jam punye tunggu. Letih.. Panas.. JEREBU!!! Dah la tunggu dari pukul 1 plak tu. Kul 2 baru ada bus. Memang dugaan giler-giler Steaming mad .. Kul 3 baru sampai hostel.. Pancit Sad smile..

Ahh! Pancit pon, puasa tetap diteruskan macam biasa.. Siap-siap kemas barang, dah masuk waktu Asar. Lepas tu turun jap pi beli juadah berbuka. Berbekalkan RM3.70, aku kenyang sampai sekarang.. hehehe.. Open-mouthed smile

TAPI, disebabkan JEREBU aku rasa demam aku dah nak datang semula. Haih.. Baru nak 100% sihat, dah start balik. Erm.. Ni tak syok nih, esok banyak lagi urusan nak kene settle. Masak la aku camni.. Sok berjalan lagi kat dalam Unisel ni dengan cuaca yang sangatlah tak elok.. Dugaan.. Dugaan..

Memandangkan sekarang musim jerebu, jom la same-same kurangkan aktiviti luar ye kawan-kawan.. Smile  .. Shopping raya tu, malam pon boleh.. Winking smile

Tuesday, July 31, 2012

Dah nak raya!

 

Semalam lepas amek anak buah aku balik sekolah, tetibe ..

Akak : Yeay! Yeay! Dah nak raya!!!

Maksu : Akak, lambat lagilah.. baru 10 hari puasa.. Ada 20hari lagi tau.

Akak : Alaaa.. dah nak dekat la tu kan maksu..

Maksu : Akak, akak tau tak orang suka sangat bulan puasa, bulan Ramadhan nih..

Akak : Kenapa orang suka, maksu?

Maksu : Sebab, bulan puasa ni lah orang kejar nak dapat pahala banyak-banyak. Masa ni, pintu syurga tu Allah bukak luas-luas tau.. Lepas tu, Allah tutup pintu neraka. Orang dalam kubur pun tak kene seksa tau kak.. Kalau dah raya, kita takleh nak kumpul pahala macam bulan puasa nih dah.

Akak : Habis tu, kenapa orang raya?

Maksu : Hari raya tu, hari kemenangan. Masa zaman nabi dulu, bulan puasa pun ade peperangan. Lepas sebulan puasa, umat Islam pun raya sebab kita dah menang. Kita menang bila kita dapat puasa, tahan nafsu lapar, dahaga, dengan mende-mende lain yang boleh batalkan puasa. Macam sekarang, akak dah puasa 10 hari, lagi 20 hari akak puasa, maknanya akak dah puasa penuh. Jadi akak menanglah, raya tu macam hadiah kemenangan kita tu. Contoh, akak masuk pertandingan lumba lari, bila akak dah penat dan menang, akak dapat hadiah. macam tu la puasa dengan raya nih.

Akak : ooo.. jadi, akak puasa penuh, akak menanglah. adik tak puasa, adik kalah! hahaha..

Maksu : Adik kecik lagi la kak. apelah….

 

Erm… budak-budak.. falsafah sangat kang tak faham plak.. aku pon taktau pe yg aku terangkan tu betul ke tak. cume nak fahamkan diorang jer..

Maksu, Ampunkan Dosaku Tu Apa?

 

Itulah soalan anak buah aku yang umur 6 tahun tu lepas dengar nasyid I’tiraf yang Raihan nyanyi tu. Budak-budak, diorang cuma tahu perkara yang Allah marah itu dosa dan apa yang Allah tu suka, pahala. Yang lain tu, cuma samar-samar je bagi diorang.

Dan bila soalan ni ditujukan pada aku, aku pon jawab.

“Adik, dosa tu bila kita buat salah. Macam adik buat salah kat akak, adik kene mintak maaf kan? Macam tu la bila kita dosa ngan Allah, kita kenalah mintak maaf kat Allah .. Ampun tu, maksud dye mintak maaf la tu. Adik faham tak?”

Dia cuba untuk faham dan dia tanya soalan lagi.

“Maksu, adik banyak dosa tak?”

Part ni yang takot nak jawab nih.. Tapi, aku cuba jugak.. Aku pon kate la.

“Adik, semua orang buat salah. Semua orang buat dosa. Tapi, budak kecik macam adik ni, mak ayah yang tanggung dosa adik sebab adik belum tahu apa yang betul ngan salah. Bila adik besar, semua dosa adik nanti ayah yang tanggung. Kesian ayah tau.. Adik sayang ayah tak? Kalau adik sayang, adik kene la dengar ape yang mak ayah cakap, ape yang Allah suruh pun adik kene buat. Kalau tak, nanti susahlah ayah. Adik nak ayah masuk syurga kan?”

 “Maksu, adik sayang ayah banyak banyak! Adik taknak lah buat dosa.”

 

Itu je la yang dapat aku terangkan pada anak buah aku nih dan aku harap diorang faham.. Budak kecik, masa ni la kita nak ajar diorang tapi biar dengan cara yang betul.. Smile

Monday, July 30, 2012

45.5 or 47.8 ?

 

Haih… Pelik ase.. Hari tu aku timbang, berat aku 45.5kg .. Sangatlah pelik, takkan seminggu puasa boleh turun sampai 4kg kot.. Superb sangat dah tu! Sahur makan, berbuka pon makan, siap makan banyak buah-buahan lagik.. Dan 45.5kg tu berat aku masa zaman sekolah dulu. Tak pasti form baper..

Lepas tu, tengahari tadi pi try timbang kt mesin yang ade kat Tesco tu. 47.8kg plak.. Aikkkkk!!! Takkan la baru 2 hari naik 2.3kg kot.. Padahal aku siap TERlepas sahur lagi tu. Berbuka pon tak makan nasi ..

Haih… Penimbang tu rosak kot.. Dan aku tak tahu kenapa puasa tahun ni macam tak semangat je nak makan banyak-banyak macam selalu. Bukan memilih, tapi takde selera.. Kadang tu plan macam-macam nak beli kat bazaar ramadhan, tapi bila da sampai, semuanye aku tak berkenan.. So, beli air jer.. Makanan, juz beli Char Kuey Tiaw sebungkus. Itu jer.  Pagi tadi, sempat minum segelas je air untuk sahur.. Terlajak tidur punye hal. If kat kampung, mak ada Super Power yang boleh buat aku bangun sahur serta merta.. ekekekeke… Tapi kat sini, kejut banyak kali pon aku leh tido balik..

So, sekarang ni aku tak sure berat aku berapa yang pasti aku kene maintain below 48kg.. Dapat 45-47 pon aku dah syukur sangat. Bukan kurus sebab nak cantik tapi sebab nak sihat. Takmolah overweight .. Bahaya! Macam-macam penyakit datang singgah nanti. Lepas ni aku kene la rajin exercise untuk kekal sihat dan menarik gitu! awww!!! Smile with tongue out

 

p/s : Tengok kat sidebar kanan tu.. Calculate la BMI korang.. Jom same-same kekal sihat! Open-mouthed smile

Sunday, July 29, 2012

Mimpi, Peringatan atau Mainan Tidur?

 

Mimpi ni dah lama dah.. mungkin dah sebulan atau dua bulan.. Ini bukan cerita rekaan, tapi ini apa yang aku alami sendiri. Ada orang kata tu semua mainan tidur, tapi aku anggap mimpi satu peringatan kepada aku sendiri. Lama aku pendam, aku cuma cerita kpd seorang kawan tapi hari ni aku nak cerita kat blog nih.

Mimpi yang sangat menggerunkan aku.. Suatu malam, aku bermimpi yang aku dibawa ke suatu tempat dimana ramai wanita sedang menunggu giliran untuk dihukum, termasuk diri aku sendiri. Satu tempat yang menakutkan dan penuh dengan jeritan kesakitan. Setiap orang diseksa dengan begitu kejam sekali. Aku terasa bahang kepanasan di tempat tu.

Aku tengok ada yang menjerit, ada yang menangis dan ada yang memohon ampun. Tapi semua tu dah terlambat. Tiada lagi keampunan dan tiada lagi kemaafan. Hanya menanti giliran untuk diseksa.

Setiap perbuatan seolah-olah diulang tayang semula. Saat seseorang tu membuka aurat, saat orang tu melakukan setiap dosa, semuanya diulang tayang.. Jelas! Tiada yang dapat disembunyikan lagi.

Tiba giliran aku .. Aku diikat pada seketul batu yang besar. Dan batu itu bergerak .. Selama batu itu bergerak, aku dapat lihat segala dosa yang pernah aku lakukan. Dosa apa? Biarlah aku dan Dia je yang tahu. Dari sekecil-kecil kesalahan hinggalah yang paling berat sekali. Tiada satu pun yang terlepas.. Ya Allah, banyak sungguh dosaku.. Aku menangis.

Setelah segala apa yang aku pernah buat ditonton semula, aku diseksa. Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Yang aku tahu, aku berharap ia satu mimpi dan aku ingin bangkit dari tidur saat itu jugak. Aku tak sanggup diseksa lagi. Sakit! Perit! Pedih! Walaupun aku menangis, meraung, kesakitan tu tetap tak berkurang.

Dan Tiba-Tiba….

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Azan subuh berkumandang.. Aku tersedar dari mimpi, aku berpeluh, aku menangis… Ya Allah, adakah ini satu peringatan untuk ku agar ku kembali ke jalan Mu? ..

Saat itu aku ingin berubah. Berubah ke jalan yang diredhai.. Aku bersyukur kerana Allah masih menyayangi aku dan memberi ku mimpi tu..

Saat itu jugak aku ambil keputusan untuk berubah. Aku perlukan seorang pembimbing. Aku perlukan kawan-kawan yang menyokong aku. Aku perlukan kata-kata semangat. Aku putuskan hubungan dengan seorang yang dulu aku anggap kekasih. Maafkan aku. Sudah banyak dosa yang aku lakukan. Izinkan aku untuk berubah.

Aku bercerita bukan kerana ingin mengatakan aku yang terbaik atau aku sempurna. Tapi ini sebagai peringatan untuk aku dan pembaca lain.

Semakin hari semakin insaf. Aku cuba untuk berubah. Aku cuba untuk istiqamah. Aku berubah secara beransur-ansur kerana aku taknak semua tu cuma sekadar “hangat-hangat tahi ayam” ..

Ingatlah, hidup kat dunia ni sementara jer dan mati itu pasti.. :’)

I’tiraf by Raihan

Friday, July 27, 2012

Monday, July 23, 2012

Baitul Rahmat

Tu drama yg aku dan family tonton kat tv1. Cerita pasal anak anak yg tak kenang jasa ibu bapa dan akhirnya hantar kat Baitul Rahmat(rumah orang tua). Sedih betul! Kenapa la ada anak yg camtu.

Masa dok tengok citer tu tetibe mak tanye,
Mak : nanti farah nak hantar mak g rumah orang tua tak?
Aku : taknak la. Nak jaga.
Mak : rumah orang tua kan selesa. Kalau farah keje. Siapa nak jaga?
Aku : mak ayah lg penting.

Takkan la anak 3orang takleh nak jaga mak ayah sendiri. Lagipun mak da susah payah ngandungkan aku. Ayah susah payah berusaha nak cukupkan makan pakai aku. Takkan la aku nak lupa semua tu.

Besar rahmat bila seorang anak jaga ibubapanya.

Kita ada seorang mak, seorang ayah.. Memang takleh cari ganti. Keje boleh cari, duit boleh cari, kete boleh beli. Tapi bukan mak ayah. Mereka tak ternilai dan tak terbanding. Jika kita seorang anak sebagai amanah Allah buat mereka, sekarang mereka adalah amanah yg perlu kita jaga.

Jangan nanti bila mereka dah takda, kita baru nak menangis meraung mintak maaf. Masa tu takda gunanye dah.

Adik-adik dan kawan-kawan yg selalu mengagungkan gepren n boyapren tu, pe kate korang wat cmtu kat parent korang. Nak g mane, wat ape, sume update kat mak ayah. Sayang, rindu, time kasih tu ucap dekat mak ayah. Mesti korang lebih bahagia nanti. Cubalah!

Sunday, July 22, 2012

Aku ke yang salah?

Erm, tadi kan aku g beli makanan ikan ngan ayah. Otw balek tu, singgah la jap beli buah coz sebelum puasa lagi ayah nak makan limau bali, da alang alang ada tu singgah la kejap.

Sebelum benti tepi tu aku bagi la signal kanan awal awal lagi. Takde kereta pon kat belakang aku mase tu. Dah kereta dari arah bertentangan banyak, kene la aku benti dulu kan. Kalau terus kang, tempah maut namenye.

Ntah semena-mena ada kete kancil slow kat belah kiri kete aku. Menjerit marah marah aku. Dah jalan tu kecik, aku rasa tak salah dye benti blkg aku,lagipun aku dah bg signal. Aku yang gelabah ni, terus masuk simpang. Demm! Cerun plak. Camne la nak kuar..

Siap membeli, aku try kuar simpang. Banyak kali gak tapi tak berjaya coz ni first time kete aku bwk beban lebih 150kg. Aku tak dapat nak balance klac n minyak. Enjin asyik mati je. Kesian betul!
Last, aku turun sampai kawasan mendatar dan cube naik lagi n aku berjaya! Syukur ya Rabb! Berjaya kuar dgn selamat dan dapat la aku update pasal kes tadi tu.

Fyi, yang jerit marah marah kat aku tu sorang pakcik yg lingkungan umur 55 - 65 tahun. Bukan kancil tu yg jerit tau! Hehe.

So, sekarang sape yg salah? Aku gak ke yang salah?

Supergirl!

Haa.. Memang supergirl pon sebab baru pas balek dari beli makanan ikan ngan ayah aku..

Kenapa super?
Super sebab aku angkat makanan ikan tu sensorang, takkan la aku nak bagi ayah aku angkat plak kot. Aku sayang ayah aku..
Dah la 1guni beratnye 20kg. 4guni=80kg. Super tak aku? Hehehe..

Sekarang dah mula rasa dahaga. Haish..

Tetibe ase nak wat bisnes online ikan sungai. :-)

Aktiviti Hujung Minggu

Pukul 10pagi ayah ajak g bank, dok mandi ayah kate tak jadi plak. Memandangkan takde apa nak dibuat, aku pon capai baldi dan g kat kete. Jirus jirus air, gosok gosok kete, bilas bilas kete, bersihkan dalam kete, 1jam kemudian siap!
Tapi aku rasa cam lebih dari sejam je.

Siap part 1, check enjin plak. Ni someone tu yang byk ajar aku. Mula-mula tengok minyak hitam dulu, erm.. Ada lagi separuh, memandangkan nanti kete kene tinggal, aku nak tukar pas raya je.
Coolant pon lagi separuh, petang kang la isi. Air filter pon da aku bersihkan, senang sikit nak start enjin.

Bila da siap semua tu, mula la tak tau nak watpe. Nak keluar pon bukan ada apa pon kat bandar Pekan ni. Bukan kutuk ye tapi hakikat. Library, riverfront tu mmg cantik tapi belum tergerak hati lg nak ke sana. Hehehe.. Nak g kuantan plak, confirm parent aku tak bagi, jadi dok umah je la sambil fikir nak masak pe petang ni. Tapi semalam mak da request roti jala, menjala la aku petang ni kat dapur. Hehehe..

Bila cakap pasal roti jala, teringat plak roti jala yang Kakwan Shiela buat. Pergh! Mabeles! Makan sekali mesti nak tambah 3kali. Nanti g kajang aku nak mintak resepi la. Hehehe. Petang ni buat sekadar mampu je.

Haa.. Kan da melalut ke bab juadah berbuka. Baru kul 12nih!


Persediaan awal

Semalam awal awal lagi dah pergi beli tiket bus, taknak jadi cam tahun tahun sebelum ni bila terpaksa tunggu raya pertama or kedua baru balek kampung. Huhuhu,

Ni first time naik bus Mara Liner dan kali kedua naik bus Utama Express. Dan aku menggharapkan perjalanan pergi balik yang selamat dan selesa. Almaklum la, bulan puasa dan musim raya kan. Harapnye tak letih sangat la nanti. Nak drive sendiri, parent tak bagi. Risau katanya,jadi terpaksalah naik bus. Lagipun bukannye tak biasa, selalu sangat dah pun.


Antara Cita-cita dan Tanggungjawab.

Salam guys,

Erm.. Dalam tempoh sebulan ni aku dok dilemma nak pilih yang mana satu. Antara sambung belajar atau jaga parent aku yg tengah tak sihat sekarang nih.Beratnya pilihan dan dugaan bagi aku. Dua-dua penting sangat. Kena plak mak dok desak aku sambung cepat dan abes cepat coz nak aku kawen cepat. Eh! Da ada calon ke?

Ada yang cadangkan aku teruskan niat sambung belajar tu coz parent makin tua, takot diorg tak sempat nak tengok aku berjaya. Erm.. Betul gak tu. Dan akak pon cadangkan aku sambung je terus.
Tadi mak cakap yg ayah kata tengok aku da macam taknak study lagi je. Aku pon jawab "bukan taknak cume tak sedap hati bila mak ayah tak sihat cam sekarang ni". Mak pon diam

Nak wat camne, memang itu yang aku rasa sekarang ni.

Esok lusa nak g Kajang dah. Sabtu daftar degree. Tiket bus pergi balek pon dah beli. Name je ada kereta, tapi naik bus juge..

Setakat ni je la. Nak tidur standby sahur. :-)

Saturday, July 21, 2012

Beserdehana dalam berbelanja

Salam guys,

Hari ni hari pertama puasa untuk tahun ni, jadi aku nak ucapkan selamat berpuasa  yer.

Bila dah lame tak update, tak reti pulak nak bercerita. :p

Erm, first day puasa ni mesti ramai yang semangat membeli belah kan, lagi-lagi bab makanan. Aku pon tak terkecuali jugak. Kononnya untuk sahur dan berbuka.

Semalam balik dari membeli bahan untuk masak time sahur, tetiba ayah aku cakap <b>"orang kita ni, esok nak puasa, masa tu la nak borong sana sini. Kata nak sedia untuk bulan puasa, padahal esok tu puasa je. Bukan makan 3 kali sehari pun"</b>

Erm. Dok masak tadi aku terfikirkan balik kata-kata ayah aku tu. Ada betulnya jugak. Kita ni sepatutnya beserdehana dalam bulan puasa ni. Contohnya bab makanan ni la. Puasa bukan setakat niat dan puasa, tapi untuk kita rasa kesusahan orang lain yang tidak berkemampuan cam kita.

Kita masa berbuka, penuh meja makan. Bersusun haa segala jenis air dan kuih muih. Sampaikan banyak plak yg lebih lepas berbuka tu. Kan dah membazir tu.
Cuba bayangkan mereka yang tak berkemampuan tu, dapat berbuka dengan kurma dan segelas air pon diorang dah bersyukur sangat dah. Tapi kita ni, makan sampai sikit pon tak ingat tujuan berpuasa tu.

Tak salah nak makan sedap-sedap, tapi takyah la membazir. NAFSU je tu. Beli sekadar cukup je.

Aku membebel ni bukan sebab aku je yang baik or aku je yang tak membazir. Tapi aku nak mengingatkan diri aku dan readers lain untuk sama-sama beserdehana dalam berbelanja time bulan puasa nih.

Jadi sampai sini dulu aku membebel, nak g rebus laksa.

Salam dan selamat berbuka 2jam lagi! (^_^)

Cuba try test

Lame tak post.

Saturday, February 25, 2012

Bingung – Hafizah Naser

 

Aku baru perasan lagu ni.. Best plak rasenyer… heheehe…

 

Kau katakan kau yang mencintai aku
Kau katakan kau yang merindui aku
Bila diriku tiada di sisi
Engkau pun mula mendustai aku
Coba kau fikirkan apakah kesalahan diri ku
Kerna ku bingung bila kau selalu lafazkan

I Love you,
I want you,
It is all that you’ll ever say
I need you,
I miss you,
And you always wanted me to stay
But you betrayed me
Betrayed me right from the start
But you betrayed me
Betrayed me right through my heart

Kau katakan kau yang memerlukan aku
Kau katakan kau yang menginginkan aku
Bila diriku jauh darimu
Engkau pun mula mencurangi aku

Coba kau fikirkan apakah kesalahan diriku
Kerna ku bingung bila kau selalu lafazkan

I Love you
I want you
It is all that you’ll ever say
I need you
I miss you
And you always wanted me to stay
But you betrayed me
Betrayed me right from the start
But you betrayed me
Betrayed me right through my heart

Haruskah aku melupakanmu
Segalanya memori bagiku
Kerna ku bingung bila kau selalu lafazkan

I Love you
I want you
It is all that you’ll ever say
I need you
I miss you
And you always wanted me to stay
But you betrayed me
Betrayed me right from the start
But you betrayed me
Betrayed me right through my heart

I Love you
I want you
It is all that you’ll ever say
I need you
I miss you
And you always wanted me to stay
But you betrayed me
Betrayed me right from the start
But you betrayed me
Betrayed me right through my heart

Wednesday, February 22, 2012

Tutti Frutti !!!

Assalamualaikum guys,

Haahahahaha.. Aku nak gelak sorang-sorang bila aku terfikir yang semester ni aku memang kuat makan.. Sana Sini, asalkan sedap jer mesti aku nak rasa.. Aku taktau la ape nasib aku bila ade kereta sendiri nanti.. Mau badan aku berisi sebab pi mencari tempat makan best je lepas nih.. hahaha…

Ni nak bercerita pasal Tutti Frutti… Aku adelah penggemar TF yang setia.. ahaks!! :p Boleh dikatekan setiap minggu, hari Jumaat aku akan pi TF yang kat Rawang tu.. hehehhe… Rasa macam da ketagih! Sampaikan kawan-kawan aku takleh nak sebut TF, nanti mesti aku nak pi mase tu jugak.. Tapi atas sebab tiade kenderaan nak pi, aku akan sabar dan tahan nafsu aku tu.. hehehe..

Last week aku ade g TF ngan Cacho n Nana.. 1st time pi ngan depa berdua.. Selalu aku pi ngan kawan aku sorang lagi tu jer. Nama? tak perlu nak mention kat sini kot.. hahah.. :p

Sangat best pi ngan Cacho n Nana sebab kami sangat enjoy kat sane.. :D Happy together la katekan.. hehehe.. :p

Tutti frutti 2 cup utk 3 orang sudah memadai bg kami :)

Setiap kali pi TF, flavor wajib bg aku is Coklat ngan Strawberry coz sangat sedap! Red Velvet pon sedap gak, Green Apple pon sedap gak. ahh! boleh dikatekan semua flavor sedaplah! :D  Kali ni kami amik semua flavor .. Untuk toping , almond adelah wajib bagi aku.. Takde almond, rase macam ade mende yang kurang jer.. hehehe… :p

TF sangat suka dinding cermin nih.. ahaks!

BTW, kalau nak pi TF korang pi la weekdays. Ada student price tapi kene bawak student card la yer.. 10% discount for student price.. Even 10% jer aku sangat la bersyukur, baik ade drpd takde discount… hehehehe…

TF nampak lazat… nyum! nyum!

Bagi aku, kalau dibandingkan dengan Froyo lain, aku prefer TF la.. sebab rasa dia sangat sedap walaupun ade orang kate TF tak best. ahh! peduli ape aku? janji aku suke! heheheeh…

TF 

TF

Kalau mintak aku wat slogan, aku akan cakap “Saya suka TF Froyo kerana ia kurang manis dan sangat sedap!!! yeay!!! “  hahahaahah… aku memang tak suka makanan yang terlalu manis .. Jadi TF froyo adelah yg terbaik untuk aku.. heheehehe…

Adoiii!!! citer pasal TF ni, terase macam nak TF la plak skg.. adehhh!!! k la.. GTG ..

Bye!!! :D

BBQ Land & Steamboat Kuang

Assalamualaikum guys,

Whoaaa!!! Semalam memang syok aku ngan kawan-kawan aku makan kt BBQ Land Kuang… Ni semua gara-gara JJCM la nih! ahaks!!

Akibat tergoda tengok Qi makan dan kami memang da lama nak pi makan steamboat, kami pi la jugak semalam memandangkan hari ni masing-masing takde kelas.. :)

Kami gerak dari Unisel Bestari Jaya, ambil masa 20minit la jugak nak sampai Kuang. Dan senang sangat nak cari BBQ Land ni. Masuk je simpang Kuang, lepas jambatan korang akan nampak barner besar BBQ Land, confirm takkan sesat punyelah!

Sampai-sampai jer, pi amik nombor meja kat cashier dulu, lepas tu pelayan akan sediakan dapur untuk korang. Sementara tu korang pi la amek apa-apa yang korang nak. Bayaran, RM20 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak (6-12 tahun ) , bawah 5tahun FREE!!! Makanlah banyak mana pon korang nak sampai kenyang.. ngee :D

Memang enjoy sakan la kteorang kat situ.. Dari pukul 8.45-11.00 malam kteorang kat situ… Seronok makan ramai2 nih.. hehehe.. :p

BbQ Landme with Nana & Cacho

Punye la meriah kami makan… tu baru side depan kteorang.. yang korang tak nampak, lagi banyak makanan… eheheheh… :p

DSC_1233cacho yg memang semangat dgn chopstick nyer.. :p 

RM20/person sangatlah berbaloi sebab korang leh makan banyak mana yang korang nak selagi korang mampu… Seriously sangat best!!! heheeh.. :)

DSC_1235 sila fokus kt makanan tu yer.. heheeh… :p

Aku suka time macam ni sebab banyak kenangan yang kteorang create bersama masa kat sana.. Happy sangat-sangat… :D Thanks kawan!!! :D

Ok la, tu je aku nak citer.. Siapa-siapa rasa nak makan steamboat n BBQ , leh la pi BBQ Land kt Kuang tu yer… :)