Tuesday, July 31, 2012

Maksu, Ampunkan Dosaku Tu Apa?

 

Itulah soalan anak buah aku yang umur 6 tahun tu lepas dengar nasyid I’tiraf yang Raihan nyanyi tu. Budak-budak, diorang cuma tahu perkara yang Allah marah itu dosa dan apa yang Allah tu suka, pahala. Yang lain tu, cuma samar-samar je bagi diorang.

Dan bila soalan ni ditujukan pada aku, aku pon jawab.

“Adik, dosa tu bila kita buat salah. Macam adik buat salah kat akak, adik kene mintak maaf kan? Macam tu la bila kita dosa ngan Allah, kita kenalah mintak maaf kat Allah .. Ampun tu, maksud dye mintak maaf la tu. Adik faham tak?”

Dia cuba untuk faham dan dia tanya soalan lagi.

“Maksu, adik banyak dosa tak?”

Part ni yang takot nak jawab nih.. Tapi, aku cuba jugak.. Aku pon kate la.

“Adik, semua orang buat salah. Semua orang buat dosa. Tapi, budak kecik macam adik ni, mak ayah yang tanggung dosa adik sebab adik belum tahu apa yang betul ngan salah. Bila adik besar, semua dosa adik nanti ayah yang tanggung. Kesian ayah tau.. Adik sayang ayah tak? Kalau adik sayang, adik kene la dengar ape yang mak ayah cakap, ape yang Allah suruh pun adik kene buat. Kalau tak, nanti susahlah ayah. Adik nak ayah masuk syurga kan?”

 “Maksu, adik sayang ayah banyak banyak! Adik taknak lah buat dosa.”

 

Itu je la yang dapat aku terangkan pada anak buah aku nih dan aku harap diorang faham.. Budak kecik, masa ni la kita nak ajar diorang tapi biar dengan cara yang betul.. Smile

No comments: