Monday, January 31, 2011

Monyet Sesat…

Salam Guys,

Hari tu aku ada join segment sengal kat blog incik Udeen yang sengal kan… Segment pukul 12..

So kat sini aku nak sambung cerita aku yang sengal tu yer…huhuhu…

Pada pukul 12, saya berjalan jalan di depan rumah.  Tiba tiba saya ditarik oleh Monyet yang sesat ntah dari mana dan beliau turut membuat saya sesat, lalu saya dan monyet sama-sama sesat. Apabila Kami menyedari kami sesat, aku bertanya pada sang Monyer apa yang patut aku buat, lalu monyet tersebut berkata “ukkk…aakkk..akkk..aakkk..ukkk…akkk…hungga…hungga..” . Okeyh, baru aku perasan aku ni bukanlah Lan Pet Pet atau pun Si Tarzan untuk faham bahasa monyet tersebut. Maka, Kami pon berjalan-jalanlah kat jalan yang ada jalan. Sedang kami berjalan-jalan, kami terjumpa SpongeBob & Patrick sedang ralit tengok Squidward dok dandan rambut dye. Jap!!!Jap!!! tetibe jer Squidward ada rambut…hurmmm.. (pikir jap..) Selepas itu, tak semena-mena aku dan sang Monyet di tegur Hantu Mak Limah yang sedang merewang tak tentu pasal. Tiba-tiba hantu Mak Limah ni offer kami berlakon citer “Hantu Kak Limah n The Gang” plak, katenyer “Monyet ni sesuai jadi Maskot, awak pulak sesuai jadi tukang sisir rambut saya yer..Bagi lawa-lawa sikit, baru dapat ngorat Incik Udeen yang sengal tu” .. Haiisssh…hantu Mak Limah ni pon ade Feel kat Incik Udeen. Memang sengal lah hantu Mak Limah nih. Lepas tu aku sampai jugak kat rumah aku, sekali kena sergah ngan ayah plak “Woi, ape buat malam-malam buta ni?? Masuk cepat!!!” … haiiisshhh…terkejut jer tau…takpelah… baru jer nak masuk tiba-tiba aku ditarik oleh pagar rumah aku plak. Woi pagar, sedap sedap je kan tarik baju aku!!! (pk balek, pagar mane leh tarik…OK..aku Sengal!!) Lepas tu, mak pulak sound “Kau ni dah tak tau jalan nak balik rumah ke? Sepak mau???”. Aku pon jalan lah terkedek-kedek masuk umah. Baru jer masuk rumah dan nak on PC, konon-konon nak tunjuk kat Sang Monyet ni, paras rupa incik Udeen tu, tiba-tiba jerrr………Tupp!!! ……Alamak..Blackout la pulak, da la td dapat sms dr FB kate incik Udeen nak wat segment kul 12… melepas r camni… Takpe lah, g baring dalam bilik je la ngan sang monyet tu…hurm… Baru jer nak melelapkan mata..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Mak jerit “ Dah pukul berapa ni!!! bangun lah!!! anak dara ape bangun pukul 12 ni? Matahari dah tinggi dah tu.. Cepat bangun masak nasi!!!!”

 

Cehhh!!! aku bermimpi rupanyer….huhuhu….. monyet…monyet….

 

~TamaT~

 

 

 

 

 

Sumber dari:

Hikayat Nurul Nadia

~Saya Buncit~

Aq Waeda

~Iekasub~

Cikin

~Biey~

Siti Fatimah Fuzz

 

p/s: u ols jgn marah yer…hehehehe…..

 

 

Sekian,

Penulis yang tak Bertauliah

Sayalah :)

Karaoke, Bowling, Movie.

Salam Guys..

Kali ni nak cerita sikit jer…

Ari sabtu baru ni ada keluar ngan anak sedara aku, Siti, Mastura n Harmain. Mula- mula plan nak g tengok wayang kat Metro Kajang tapi last-last tak jadi sebab tak ada cerita yang menarik. Nak tengok cerita HaQ tak boleh sebab Kak iQa da booking tiket untuk hari Ahad.

Semua tak boleh, kitaorang pon berjalanlah ke Metropoint Kajang plak dengan hajat nak main bowling. Tup..tup ade tournament plak, so kenalah tunggu sampai 5.30pm. Memandangkan masa tu baru pukul 3ptg, kitaorang pon g la sebelah bowling tu kat tempat maen segala game tu. Tukar 4 token jer… 4 token = Rm 4 yer…haissshh… Yang tensionnyer, boleh dikatakan 80% machine tak boleh nak guna sebab telan duit tapi tak berfungsi… memang Kurang AjaQ la kan!!!! geramnyerrrr laaa hai….

Dapat main 2 3 game jer, Harmain plak syok maen Street Fighter segala tu… Dengan penuh konsentrasi tau…Tak cayer???

meh Tengok gambar ni sendiri….

IMG0630A

*Khusyuk betol dye…

 

IMG0631A

*Sempat ag tu nak pose muke terkejut.

 

IMG0634A* Sambung Game

 

 

Dah habis main game, diorang nak g KFC plak, disebabkan aku ni dah malas nak berjalan so aku decide nak g karok kat box jer SORANG-SORANG yer…huhuhu….kalau dah sorang, takyah la nak mengada g karok kat music box tu yer…hehehe… semua pelik tengok aku sorang…hurmmm… Pelik ker?? aku ase biasa jer… Bantai 5 Lagu… Cantek punyer susunan…

1. Everytime – Britney Spears.

2. Maneater – Nelly Furtado (lagu wajib)

3. Because You Love Me – Celine Dion (1st time)

4. I Don’t Want Miss A Thing – Aerosmith (sbb baru tgk Armageddon)

5. Bungaku Bakawali – Elly Mazlein

 

Haaa….Cantek tak susunan lagu dye??? hehehe…. Lagu Elly Mazlein bantai suara rock plak..huhuhu… OkEYH, Dah!!! Suara aku memang tak sedap macam makan cekodok cicah sos kayh!!! huhu…

5.18pm abes karok, g tengok bowling da kosong ke belom, tengok da ada kosong jer, cepat-cepat teks ank sedara aku nih…hehehehe….pastu kami pon main bowling…hahahaha….. Harmain pon main tau!!!

 

IMG0638A

*Mastura(kak wa) , Harmain, Siti (Kak Ti)

 

IMG0640A

*Harmain punye bola 7kg jer yer…

 

IMG0641A 

Tu belum ag korang tengok aku main bowling versi kidal…hehehe… Pada member- member, “bukan aku taknak main bowling ngan korang, tapi aku segan sebab aku kidal n bola suka melencong d saat akhir…huhuhuhu” …heheheh…

Abes Bowling, g beli aiskrim sebelum balik umah..memang syok makan aiskrim dalam hujan!!!

IMG0646A

hahahaha… Okeyh, tu untuk hari sabtu…

 

Hari ahad plak, aku keluar g tengok cerita HaQ ngan Kak iQa n Abg Zul…huhuhu….Rindu sama kak iQa… :p

Cerita tu, OK laaaa……

okeyh!!! tu jer….

 

pendek tak kali ni??hehehe..

p/s : Gambar tak berkualiti sebab Hp asyik jatuh jer…n lighting tak cukop..huhuhu.. :p

 

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah,

Sayalah… :)

Saturday, January 29, 2011

Sengal Zone : Pukul 12 Ni !

Hahahaha…sanggup pause movie semata-mata nak join segment incik.Udin yang sengal nih. Jadi aku pon masuk dalam golongan yang sengal…hahahaha… :p

header 12

Aku tak ada idea nak sambung ayat, tengok ayat jer terus aku terfikir monyet, so aku letak monyet je la…hehehe… Khas untuk incik Udin yang sengal… Ambik nih!!!!

 

Pada pukul 12, saya berjalan jalan di depan rumah.  Tiba tiba saya ditarik oleh Monyet yang sesat ntah dari mana dan beliau turut membuat saya sesat, lalu saya dan monyet sama-sama sesat.

 

Okeyh-okeyh, sudah cukup sesat dah nih….Mau sambung movie…Good nite.!!!

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah,

Sayalah :)

Thursday, January 27, 2011

My Name is Khan

Salam guys,

Lama tak update blog nih, hehehehe… :).. nak kata sibuka sangat tu tak adalah tapi semalam tak berapa sihat. Kelmarin kan tak tidur so perut masuk angin & sakit sangat-sangat lalu diri ini tidak dapat hadir ke kelas. hurm…bukan malas tapi tak sihat yer.

Petang semalam ada tengok cerita My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan & Kajol. Memang cerita ni dah lama tapi baru ada kesempatan nak tengok. Kalau sebelum ni cerita pasal Filem 3 Idiots jadi kali ni nak cerita pasal My Name is Khan pulak.

my-name-is-khan

Rasanya dah ramai yang tengok cerita ni dan dah tau jalan cerita ni, tapi ada sesetengah orang cakap cerita ni tak best dan membosankan. Boleh saya tau part mana yang bosan tu??? hehehe.

Macam biasa, aku bukan nak bagi sinopsis cerita tapi aku nak bagitau pengajaran cerita ni yang aku dapat pas tengok cerita ni sampai habis.

Dalam My Name is Khan ni, dia menceritakan tentang seorang insan yang menghidapi Autism. Pada yang tak tahu apa itu Autism, kat sini aku nak terangkan sikit jer dari info yang aku dapat pas tanya kat en.Wikipedia nih.

Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior. These signs all begin before a child is three years old. Autism affects information processing in the brain by altering how nerve cells and their synapses connect and organize; how this occurs is not well understood.  It is one of three recognized disorders in the autism spectrum (ASDs), the other two being Asperger syndrome, which lacks delays in cognitive development and language, and Pervasive Developmental Disorder-Not Otherwise Specified (commonly abbreviated as PDD-NOS), which is diagnosed when the full set of criteria for autism or Asperger syndrome are not met. "

*sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Autism 

Haaa…tu dia.. tapi kalau setakat copy paste jer, better korang cari sendiri kan? Jadi dengan berbesar hatinya aku nak terangkan apa yang aku faham tentang Autism nih.

Mereka yang mengalami Autism ni tak sama macam kita yang normal ni tau. Tindak balas diorang dan cara pemahaman diorang berbeza sama sekali ngan kita. Kita tak boleh nak layan diorang macam kita layan orang normal. Majoriti daripada mereka tidak tahu untuk meluahkan perasaan diorang sama ada suka, sedih atau marah. Kita juga harus bercakap berulang-ulang kali supaya mereka boleh faham apa yang kita cuba sampaikan. Mereka juga jenis suka menyendiri dan mudah takut kepada sesuatu benda dan ketika berada di tempat baru.

Tu jer yang aku leh terang kan, selainnya boleh rujuk SINI.

my name is khan 2

Berbalik pada My Name is Khan. Rizvan Khan seorang kanak-kanak genius yang menghadapi Autism. Boleh menghafal pelbagai perkara tetapi lemah kerana takut pada keadaan sekeliling. Macam aku cakap tadi, aku taknak bagi sinopsis cerita nih tapi aku nak bagi pengajaran yang ada dalam cerita ni.

 

1. Yakin Pada Diri.

dari cerita ni kita akan nampak Rizvan Khan itu seperti seorang pemuda yang hidup dalam ketakutan, walhal ia tidak sama sekali. Rizvan Khan adalah seorang yang percaya pada Tuhannya bahawa Allah akan sentiasa membantu hambaNya dan dia percaya setiap kata-kata mak dia. Jadi setiap perkara yang dia lalui dia akan ingat pesan mak dia dan dari situ dia akan yakin pada diri dalam setiap perkara yang dia lakukan. Kerana keyakinan yang tinggi tu, akhirnya dia dapat jumpa President.

2. Semua Orang Sama

Dalam dunia ni, semua orang sama. Darah sama Merah, Hidup kat Bumi yang sama dan Bernafas pada udara yang sama. Jadi kenapa mesti ada perbezaan antara Agama dan Bangsa seolah-olah kita ni hidup dengan membezakan kasta setiap orang. Apa yang membezakan kita adalah amalan kita. Betul apa yang Filem ni cuba sampaikan. Dalam dunia hanya ada 2 jenis manusia, pertama, orang yang baik melakukan perkara baik dan kedua, orang yang jahat melakukan sesuatu yang jahat. Jadi kesimpulannya, hidup kita semua sama perbezaan antara kaum sekadar luaran tetapi masing-masing menpunyai tujuan hidup yang serupa.

3. Hidup kena Berilmu

Kenapa aku cakap camtu sedangkan tak nampak sangat pon dalam cerita ni. Tapi kalau perhatikan betul-betul, itu yang pengarah cuba sampaikan pada kita semua. Ilmu tu bukan sekadar ilmu dunia macam Metamatik dan Fizik tapi termasuklah Ilmu agama dan Akhirat. Masa part last tu, Rizvan Khan ada singgah di satu masjid untuk solat dan kebetulan ada seorang lelaki sedang menyampaikan tazkirah tentang pengorbanan Nabi Ibrahim A.s yang menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s . Tapi dalam masa yang sama lelaki tersebut (Dr.Feisal Rehman) cuba memesongkan informasi yang disampaikan dengan mengatakan Allah memerintahkan diorang untuk berperang dan berkorban dengan saling berbunuhan. Sedangkan Allah membenci peperangan dan mintak kita berbaik dengan semua orang tanpa kira agama. Bila Rizvan Khan mengatakan itu salah dan berkata bukan Allah yang perintahkan macam tu. Semua orang tanya siapa yang perintahkan dan Rizvan kate Syaitan. Kat situ kita leh tengok kalau  orang- orang yang tak ada ilmu pasal tu akan terpengaruh dengan kata-kata orang macam DR.Feisal Rehman tu. Jadi Ilmu tu penting.

4. Saling Membantu.

Dalam filem ni kita tengok Rizvan Khan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Bila dia tolong orang, orang tolong dia balik. Sebab tu orang tua dulu-dulu ada cakap “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Dia tolong orang tanpa kira siapa orang tu sampai sanggup meredah hujan dan ribut. Tapi kalau tengok zaman sekarang, berapa orang boleh buat macam tu? Dah la Rizvan tu autism. Hurm….

5. Berpegang pada janji.

Lepas kematian Sam (anak pada Mandira) , Mandira salahkan Rizvan atas kematian Sam dan mintak Rizvan jumpa President dan katakan yang “My name is Khan, and I’m not A terrorist” . Tanpa berfikir panjang, Rizvan ni cuba kotakan janji dia walaupun kita tahu tu sesuatu yang mustahil. Dia sanggup berhujan, berpanas, buat kerja baiki barang rosak semata-mata nak duit sebab nak jumpa President walaupun tu makan masa bertahun jugak dan akhirnya apa yang dia buat tu berbaloi walaupun pada saat akhir dia di tikam oleh pengikut DR.Feisal Rehman tu. Sebab nak tunaikan janji dia pada Mandira dia kuatkan jugak semangat dia tu sampailah dia berjaya.

 

my-name-is-khan (1)

Haaa…tu je la yang aku nak senaraikan. Ada banyak lagi tapi da letih nak taip dan korang mesti da letih nak baca…hehehehe…. Nak layan movie lain plak…

 

bye-bye….

 

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah

Sayalah :)

Wednesday, January 26, 2011

Shawn Baharin. Siapa???

Memandangkan satu malam tak boleh nak lelapkan mata, aku pon menggodek la segala laman sesawang yang ada kat dunia internet ni. Bila da bosan aku main dengat recorder plak, dok record suara sendiri…hehehe..bunyi memang kelakar tapi tu la hobi aku dari kecik sampai sekarang.

Aku ingat lagi masa zaman tadika ngan sekolah rendah dulu, aku memang suka menyanyi, sampai sekarang lah suka menyanyi. hehehe… Masa kecik-kecik, balik sekolah jer terus aku capai radio lepas tu rakam suara aku menyanyi, time tu aku suka nyanyi lagu “Untukmu-Feminin” ngan “Bagaikan Puteri – Farra”… hehehe.. sampai hancur semua keset abang ngan akak aku sebab penuh dengan suara aku jer… Tapi tu zaman pakai radio besar tu lah kan, kalau nak up pon pakai Walkman. Zaman 90-an kata kan.

Bila dah masuk sekolah menengah, henpon pon dah canggih!!! hehehe… apa lagi, proses rakam suara kat henpon la pulak kan, sure memori penuh sebab suara aku jer, paling gila pon tu la jadi ringtone aku . :p

But then, bila ingat-ingat balik dulu aku suka dengar lagu Shawn Baharin. Pada siapa yang tak kenal Shawn Baharin, meh aku cerita sikiiiit jer info sal beliau nih!!!! (mari dekat…mari dekattt…..)

ShawnBahrain

Shawn Baharin ni boleh dikatakan agak popular la zaman 90-an dulu, kalau tak silap masa umur aku 8 9 tahun gitu lah. Masa tu, tv2 selalu mainkan lagu time petang-petang atas tajaan “minyak Masak Cap Buruh”… hehehehe… Dan lagu yang selalu kuar “All Rise-Blue” ngan “Melodi Hati-Shawn Baharin” . Sampaikan aku memang hafal lah lagu-lagu nih!!! Tapi bila da meningkat remaja nih, banyak perkara kita lupa kan? hehehehe… Dan tiba satu ketika aku buka website 1liriklagu.com, godek punya godek dan godek, akhirnya aku jumpa lirik & video lagu “Melodi Hati” nih.

Bila dah jumpa, mula lah aku nak wat uji minda kan sama ada aku ingat lagi ke tak melodi lagu nih, cuba punye cube punye cube, akhirnya aku berjaya!!!! ceeewaaah!!! kuat lagi ingatan aku ni rupanya…hehehe… Masa tu aku pun terfikir kenapa dah tak ada berita pasal Shawn Baharin, dah tak ada lagu baru dari Shawn Baharin ataupun aku yang tak ambil tahu pasal Shawn Baharin..

Anyone ada info? tolong bagitau saya boleh tak? … :)

Siapa nak tengok Lirik & Video lagu MELODI HATI by SHAWN BAHARIN, korang leh klik kat sini yer…. SINI

 

Sekian,

Penulis tak bertauliah,

saya lah :)

Bloglist Tak Salah.

Salam Guys!!!

Bertemu lagi dalam ruangan Sila Join Segment Sape-sape jer….hahahaha….

Aku sebenarnya ngah layan Movie Lagenda Budak Setan nih, bajet macam pagi sok takde kelas jer kan kan kan. Dok syok layan sampai meleleh-leleh airmata tetibe ade insan dok anta msj chat kat FB aku.Lalu aku pon pause cerita ni kejap dan alang-alang tu, tengok blog kejap… Tetiba ada komen…hehehehe… kat komen tu aku bukak la link mereka yang comment entry Sengal aku tu kan dan tak semena-mena aku ternampak 1 Contest nih!!!

Bloglist Tak Salah

tak salah

Dengan segala perasaan tak malu dan tak segan, aku berkobar-kobar nak join contest nih!!! weehuuu!!! Lagenda Budak Setan leh tunggu dulu…hehehehe….. Ala, saje-saje je nak join Contest ni sebab tak salah aku nak join. Terbuka pada semua lapisan umur kowt!!! atok, nenek, adik, abg, akak semua leh join yer!!!

Jadi, apalagi silalah join!!!! Tataaaaa…….

Tuesday, January 25, 2011

Sengal Zone : Saya Takut Doktor !

header 12

Hahahaha … Tak pernah aku nak layan apa-apa segmen kat dunia blogging ni tapi hari ni aku buang tebiat sikit. Aku sebenarnya nak bukak blog Melromeo, tapi disebabkan page beliau tersangatlah lambat nak load aku pon bukak la entri baru si Sengal Zone hak milik kekal En.Udin nih!!! hahahaaha…. Maka aku pun cepat-cepat bukak Windows Live Writer aku nih sambil taip laju-laju untuk entri nih…

Incik Udin yang sengal, meh saya jawab soklan anda yer….

Ready

Set

Go…

Soklan PERTAMA :- Anda Takut Doktor Apa?

Jawapannya doktor GIGI..hehehe…kenapa doktor GIGI? meh aku jawab soklan kedua plak….

 

Soklan KEDUA :- Kenapa Takut?

hehehe… kenapa aku takut? jap eyh, aku fikir jap…. errrmmm…urrmmm…haaaa!!!!!

Jeng!!!

Jeng!!!

Jeng!!!

Sebab aku ada pengalaman g hospital kerajaan untuk cabut gigi masa Form 3 dulu. Haisssh…malas kata apa la kan, doktor tu buat mulut aku ni macam barang mainan dye jer weyh…. Memang la dye da bius, tapi kan belum kebas ag dye da cabut gigi aku.. Sengal Betol Lah!!!! pas cabut tu baru aku rasa kebas… masalah..masalah….

Lagi 1, aku ingat lagi masa Form 4.. Gigi aku comel jer, dye g gerudi yg gigi depan nih pastu tampal. Siyes tak cantik dowh!!! pastu masa dye laser tu, Gusi aku TERBAKAR (maksudnye luka r, sbb laser kan panas) … Seminggu aku tak makan nasi tau!!! memang terbaek lah!!!

 

Haaa…Incik Udin, soklah da dijawab…..hehehe…..

sekian,

Penulis yang tak bertauliah

saya lah :)

Di Sebalik 3 Idiots.

Salam guys, entri 4 pagi…huhuhu…

Farah baru je habis layan cerita hindi “3 Idiots”, lakonan Amir Khan ngan Kareena Kapoor. Hehehe… Tengok macam takda kerja je kan sampai boleh layan movie. :) ..Al-Maklum, sekali sekala menghilangkan bosan. Dapat movie ni pun dari cik NANA masa group discussion untuk final project. Dah alang-alang tu, layan la terus kat rumah kan. Kat sini farah bukan nak cerita di sebalik tabir 3 Idiots ni tapi farah nak cerita pengajaran yang kita dapat dari cerita 3 Idiots nih. Tengok jer Tajuk filem macam tu, tapi intipatinya lebih dari apa yang kita bayangkan.

3-idiots-lesson-for-bloggers

Ni antara yang Farah dapat dari cerita nih….

1. Buat sesuatu yang kita betul-betul minat!!!

Ok, ni penting yer lagi-lagi bagi student kayh!!! Macam farah sendiri la kan, sebenarnyer course IT ni boleh dikatakan jurusan pinggiran hati jer. Minat tu minat la tapi takde la ghairah sgt kan cuma gitu-gitu ajer..hehehe… Zaman sekolah dulu memang minat Sastera ngan Engineering, tapi apa boleh buat dah rezeki kat bidang IT so terima je la . Dan Farah bersyukur sangat-sangat bila Farah boleh bawak course nih, (boleh bawak tu bukan la macam bawak kete or motor tapi yang saya maksudkan saya boleh terima jurusan ni dalam hidup saya) Alhamdulillah sekarang ni pointer masih lagi ok dan faham apa yang pensyarah cuba ajar dan sampaikan masa kat dalam kelas.  Tapi, ada orang yang tak minat akan rasa betul-betul bosan bila belajar IT sampaikan ada sesetengah orang kata belajar IT tu susah dan payah. But then bila Farah dah lalui sendiri, what I can tell you guys is “IT is EASY to Understand esp Programming” … kalau Networking tu, saya sendiri tarik diri kayh sebab memang tersangatlah tak minat…hehehehe…. so, kalau tak minat pon, kita kene pupuk semangat dan perasaan minat kat mende tu. Anggap jer mende tu BF kita kayh!!! hehehe….

 

2. Percayakan Diri Sendiri. (Aal Izz Well)

Dalam cerita nih, setiap kali si Rancho tu berdepan ngan something dye akan sebut “Aal Izz Well” takpun lagi senang faham “All Is Well” (semua baik-baik sayang….eyh….silap….semua baik-baik saja..hehehe). Dia kata setiap kali kita sebut itu akan bagi semangat pada kita. Memang ayat tu tak boleh selesaikan masalah kita tapi ia boleh bagi kita semangat juang yang tinggi untuk berdepan dan selesaikan masalah yang kita hadapi. Jadi selalu la ingat All Is Well yer…hehehehe…

 

3. Cara pembelajaran & Pengajaran.

Korang perasan tak cara belajar yang diorang cuba sampaikan iaitu FAHAM & bukan HAFAL!!!! Yes, fahamkan apa yang kita belajar dan bukan hafal apa yang kita baca yer kawan-kawan. Even Farah ni bukan lah seorang pelajar yang cemerlang yang dapat 4flat setiap semester tapi Farah memang amalkan cara nih. Bila kita faham apa yang kita belajar, kita akan cuba praktikkan semua yang kita faham tu dalam aktiviti harian kita dan bila kita dah praktikkan semua tu, secara automatiknya kita akan ingat apa yang kita belajar tu tanpa memaksa otak kita untuk menghafal dari A-Z. Berbanding dengan kita menghafal 1 buku setiap subjek yang kita belajar tu.

Contohnya macam ni lah kan,

Situasi A - Amat ni seorang pelajar yang sangat-sangat rajin. Tapi dye susah nak dapat result yang super duper bagus time exam berbanding kawan-kawan dye yang study biasa-biasa jer. Setiap hari Amat akan baca buku dan cuba menghafal setiap patah perkataan yang ada dalam buku tu, Kalau boleh, dye nak jer minum air rebusan buku tu sampai dye leh ingat semua mende. Bila nak dekat exam, Amat semakin tertekan bila memikirkan banyak lagi yang belum dihafal sampaikan dye tak tidur sebab nak hafal semua mende tu. Bila masuk dewan Exam, Amat jadi blur dan blank. Seterusnya Amat tak dapat nak jawab soalan-soalan exam tu dengan baik sebab dye da mula konfius dengan apa yang di hafal nya…

Situasi B – Ali ni pulak seorang student yang memang sempoi habis tak serajin Amat tapi mungkin time exam dye lebih hebat dari Amat. Ali seorang yang suka mempraktikkan apa yang dye belajar masa dalam kelas. Ali ke kelas berbekalkan 1 buku nota n sebatang pen. Masa cikgu mengajar, Ali bagi 99% perhatian pada cikgu tu dan faham apa yang cikgu tu ajar. Bila balik rumah Ali cuma perlu selak buku tebal-tebal tu sebagai bahan rujukan sahaja. Satu hari Ali menghadapi masalah di mana Laptop dye tak boleh nak on. Mungkin ada File yang berkurap(corrupt). Dengan berbekalkan buku nota Rm1.50 dan Buku tebal yg dipinjam di Library, Ali cuba menggodek dan membetulkan Laptopnya sendiri. Akhirnya Ali pon berjayaa….. Bila time exam, ada 1 soalan ni tanya apa step yang perlu diambil untuk Reboot OS dan Ali pon teringatlah apa yang dye buat masa betulkan Laptop dye. Maka Ali dapat jawab semua soalan tu dengan senang dan mudah sekali yer anak-anak.

Haa….kat situ kita dah boleh tengok implikasi dari cara kita belajar sama ada cara tu berkesan ke tidak kat kita. huhuhu… tapi kalau boleh bawak dua-dua cara lagi bagus confirm leh ganti Professor Klon tu nanti…hehehehe…

 

3. Kejar Kesempurnaan dan Kejayaan Akan Menyusul Kemudian.

Ini memang betul pun, bila kita berjaya tak semestinya kita sempurna tapi bila kita sempurna dah pasti kita berjaya, betul tak? hehehehe… Kita boleh kira berapa ramai orang yang mengejar kejayaan dan berapa ramai orang mengejar kesempurnaan. Mungkin nisbah utk kejayaan dan kesempurnaan adalah 2:3 … hehehe(pepandai je aku nih)… Macam aku sendiri, aku sibuk mengejar kejayaan tapi aku lupa tentang kesempurnaan sampailah aku teringat bahawa “ senang untuk berada di Atas dan sukar untuk mengekalkan posisi tersebut” …ceewah!!! bg ayat senang jer…

 

4. Belajar kerana Ilmu bukan kerana Nama.

pernah dengar tak ayat ni “aku Menulis Bukan Kerna Nama” ? .. Haa, siapa yang tak tahu meh aku gitau yer, tu lirik lagu Ramli Sarip tu… Cuba korang fikir, berapa ramai orang yang belajar sebab nak ILMU, berapa ramai orang yang belajar sebab nak KERJA yang gaji riban-riban dan berapa orang yang belajar sebab ikut cakap mak ayah? hurm,aku yakin orang yang nak belajar sebab nak tambah ilmu tu sikiiiit ajer sebab sekarang semua orang nak kaya harta.. Bak kata member aku yang sorang nih “ Terima kasih tak boleh bagi kau makan tapi duit boleh” maksudnya lebih kurang camni la, konon korang terangkan 1 subjek yang member korang tak faham sampai berbuih mulut korang tapi akhirnya korang just dapat ucapan terima kasih jer, air mineral pon tak dapat..huhuhu…kesian weyh…hehehe….tapi aku ingat lagi masa darjah 5 cikgu aku ada cakap “kalau awak belajar sebab nak lulus exam, awak akan lulus. Tapi kalau awak belajar sebab nak kerja, awak akan dapat kerja”. Lebih kurang cam jurulatih PLKN aku cakap “kalau awak bercinta sebab nak bercinta, awak takkan kawin. tapi kalau awak nak bercinta sebab nak kawin, awak akan kawin jugak….kita tak semestinya akan berkahwin dengan org yg kita cinta dulu” … ha, macam tu la kan…. so, Belajarlah sebab korang nak kejar ILMU dan bukan sebab korang nak dapat PHd semata yer….

 

5. Persahabatan.

Sumpah aku cakap, aku menangis bila tengok persahabatan yang terjalin dalam cerita nih!!! buat aku lebih saaaayang kawan-kawan aku tau!!! heheheehe…. bila seorang ada masalah, yang lain akan datang bagi sokongan. Sahabat yang baik akan membantu rakannya berjaya dan mendorong semangat rakan-rakannya untuk berjaya. Sedih wohhh….. … T__T

 

6. Jangan Pandang Rendah pada orang lain!!!

Haaa!!! ni penting!!! jangan sesekali pandang rendah pada seseorang kayh!!! kelak kita yang malu sendiri nanti…  Jangan korang ingat, korang dah berjaya ,hidup mewah korang leh kutuk orang lain sesuka hati jer tau. Korang kena faham setiap manusia ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing, jadi jangan pernah ada perasaan PERASAN HEBAT tu tau!!! hehehe….

 

OKLAH, aku dah rasa mengantuk pulak nih…hehehe…kalau nak tau pe lagi pengajaran yang korang leh dapat, Tengok lah cerita ni sendiri yer!!! Confirm best wohh!!! memang terbaek la!!!! lagi-lagi untuk student cam aku nih!!! hehehee….

Mau Tido!!! ~lalala~..

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah…

sayalah… :)

Monday, January 24, 2011

Family day 20/1/11

Hahahahaa….memandangkan tak tau apa nak dibuat hari ni, meh aku cerita pe yang terjadi last week. Memang cerita ni agak basi macam nasi lemak basi, tapi aku nak cerita jugak sebab aku tengah ada mood dan masa untuk melalut dan mengarut kat belog yg terCHENTA nih!!!! hohh!!! terChenta la sangat kan sampai berhari-hari ditinggalkan aku…hehhehehe…

Banyak cerita sebenarnya, tapi biarlah aku highlight yang best dan penting buat aku dalam tahun 2011 nih..

20/1/11 – Mereka yang bersagama Hindu dok sebok p Batu Caves sebab Thaipussam tapi kitaorang pulak sebok kat Bukit Cherakah sebab ada Family Day. Aku tetap join family day ni, biarpun program title  “Family day keluarga Maisom” !! Aku dengan muka tatau malunya pergi join sekali… hahahaha!!! memang tatau malu pon sebab aku da tepek bedak 5inci kat muka aku so watpe nak malu.~lalala~ Lagipun, apa ada pada nama? as long we are together, we are 1 family…am I rite??? huhuhu. Apa yang penting? (…kerjasama!!!! ala ala wonderpet gitu….huhuhu) hehehe….apa yang penting Hubungan Sillaturahim antara aku dan mereka semakin ERAT gitu!!! Erat macam apa eyh? erm…erat cam spongebob ngan Patrick leh x??? hehehe….  Ye la kan, sebab aku dari kecik dok kat kampung Sungai Sekamat tu da kira memang kampung aku lah sebelum aku pindah g pahang. Dok membesar dengan diorang sumer.. Da kira akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik n makcik-makcik aku lah!!! nanti apa-apa hal pon diorang jugak yang tolong aku, kang kalau aku meninggal kang, ada jugak yang tolong urus jenazah aku kan…. betol tak? betol tak? betol tak?

Kronologi Family Day 2011

7.00 am – semua pakat berkumpul kat kampung tengah. siapkan van dan kereta masing-masing. Makanan, hamper dengan alatan masak sumer angkut dalam Van. Lepas kereta n Van dah ready, semua berkumpul depan rumah Waklong (Hj. Idris) dan waklong baca doa semoga program hari ni berjalan lancar.

 

family day 1 mereka yg aktif bergambar.

 

8.00 am – sekitar 8 pagi semua gerak, berbekalkan walkie talkie yang En.Taiko (abg zam) sediakan, komunikasi antara driver menjadi lebih mudah dan senang. tu pun sebab taknak ada yang sesat…. tapi yang paling lawaknye, bila Taiko salah masuk jalan, kereta kat belakang pon salah masuk jalan jugak!!! hahahaha…. memang menurut perintah lah katakan!!!!

 

family day 4 

tu dia taiko pakai spect itam

 

Tapi aku tak pasti pukul berapa sampai kat sana, sampai jer masing-masing berkumpul kat tapak parking tu. Makcik-makcik & pakcik pakcik yang lebih tua , di persila naik van & kereta utk ke destinasi yang di nantikan. Kami yang MUDA nih, jalan kaki jer..hehehe…bersenam katakan… :p

family day 3

Iklan no plat mahal

 

Lepas berjalan-naik bus- dan berjalan, akhirnya kitaorang pon sampai kat astaka n kolam renang tu. Terus kemas-kemas barang apa semua. Dah siap kemas, masing masing berkumpul kat astaka. Cik Atikah dok bagi penerangan apa aktiviti yang bakal di jalankan. Agak sesak dan kecoh tapi tahniah kat kak Tikah sebab berjaya kawal keadaan dari awal sampai akhir!!!! tak lupa jugak AJK yang lain..hehehe…

family day 5

aktiviti berjalan :)

 

Aktiviti bermula dengan warming up, (haaa!!! sape sape kat luar tu, kena ingat yer, warming up tu penting tau sebelum wat apa- apa aktiviti. kalau taknak badan tu sakit-sakit, sila lah warming up yer anak-anak… :p)

Lepas warming up, semua buat POCO-POCO sambil di conduct oleh kaklong Bat… hehehe… syiok dan best sbb semua bagi kerjasama, lagi best bila pakcik-pakcik wat tarian yang sangat comel!!! hahahaha!!!!

family day 6

sebelum warming up, ade saja yang pasan camera…haiiishhh

 

 

Warming up dah, poco-poco pon dah, sekarang sukaneka pulak!!! weeehuuu!!!!

Acara pertama – bawak bola pingpong dalam sudu!!!!

hahahaha…acara ni agak lawak kayh!!! nampak senang tapi susah gak la..hehehe..yang takleh blah, juruacara siap leh pesan “ jangan guna airliur yer!!!! “ … hehehe…of coz la jangan sebab share sudu… kumpulan yang menang, kumpulan IKAN!!! diketuai Taiko (abg. Zam)…aku pon kumpulan Ikan gak…hehehehe…. blurrpp…blurrpp..blurrpp…

Acara kedua – Mencari Permata!!!

Ok, yang ni memang menyiksa aku weyh!!! seksa!!!  Mencari Permata ni, korang kena tiup tepung dan ambil gula-gula tu guna Mulut yer!! Mulut!! Part ni yang wat hidung aku tersumbat, mane taknyer dah la tepung tu tinggi menggunung, gula-gulanyer hah kat dasar dulang tuh!! mane mak nak cari nyah oi??? aku pon pe ag, tiup punyer tiup punyer tiup akhirnya aku nampak gula-gula. Dengan semangat berkobar-kobar macam nak daki gunung Everest nih, aku pon tunduk lah nak amik gula-gula tu. Dan dan aku tunduk, baru ngap, aku g inhale plak!! tak pasal-pasal sedut tepung guna hidung dan makan tepung of coz guna mulut!!! yarkkksss!!!! pembulian tahap melampau tuh!!! huhuhu….yang ni group aku kalah kayh!!! sebab ada yang main x aci…hehehehe…

Acara Ketiga – Bawa Hati ku Pergi…

hehehe….nama comel jer…sayu jer dengar…yang ni senang yer… hang ngan pasangan hang p kepit belon kat perut hangpa berdua, p jalan n pas belon tu kat geng hangpa yg dok seberang nun… jgn bagi jatuh, kalau jatuh p start semule yer…heehehehe…time ni aku couple ngan Pea Lola Loly, hehehe….n memang belon tu tak jatuh… Teknik nyer, Buncitkan perut bawah yer…bg sokongan padu kat belon tu..hahahaha…..

Acara Keempat – Pecah belon (x ingat nama game nih)

yang nampak senang jer.. kitaorang kena lari lari dan lari, kutip belon pastu tiup bagi pecah!!! Siapa kate senang? susah weyh, nak putus nafas tiup belon ni tau…last guna kuku je bg pecah..hahaha….Paling Kiut, abg Fadil, sampai merah muka dia dok tiup belon tu…. Naseb video tu xde kat aku, kalau ade da upload kt sini..hehehe…

Acara Last – Baling belon berisi air (yg ni pon x ingt name, tibe-tibe hilang ingatan)

Yang ni memang susah… kitaorang kena baling belon berisi air tu kat pasangan masing-masing. bila tak pecah, kena undur 1 langkah…. hahaha….aku ngan cik CT berjaya tak pecahkan belon tu tapi gagal sebab belon tu jatuh!!! JATUH tapi TAK PECAH tau!!! hebat x? hehehehe…

Pas habis semua acara, bermula la aktiviti bebas… ada yang buat chicken dance, ade yang g melantak chicken wings dan ada yang terjun kolam…hehehe….kitaorang yang mula-mula plan nak g cycling ni pon tak jadi cycling sebab masing-masing da penat berendam macam badak sumbu…hehehehe…

Overall, Family Day ni memang best sesangat!!!! dengan kerjasama n sokongan padu dari semua orang, akhirnya aktiviti ni berjalan lancar. Siap ada cake untuk birthday boy & girl yang lahir Jan n Feb lagi tu…hahaha…dan dan suma ngaku lahir bulan JAn….pandai sungguh mereka yer… Aktiviti penutup, bergambar 1 family before balek…. thanks pada yang menjemput dan Thanks pada semua yang hadir… Love u guys a lots!!!!!

family daysila abaikan tarikh kat gambar tu yer… :)

 

p/s :perhaps next time ade lagi la yer, makin menarik dan makin meriah bila ditambah dengan ahli baru dari semasa ke semasa. ceeewaaahh!!!! hehehehe….

sekian,

penulis tak bertauliah,

saya lah…. hehehehe….

Thursday, January 20, 2011

Tolong Ingatkan Aku…

Tolong ingatkan aku, Kisah Kau Tersedar dengan Saku Penyeluk Masa….

hehehehe…Jangan Salah faham yer… aku bukan nak bagi lirik lagu TIA nih tapi aku nak cerita apa yang jadi kat aku bila TIA ni menang Anugerah Juara Lagu 25 baru baru nih…. :)

Actually bukan apa pon, cuma aku dah tunaikan janji aku yang aku akan pakai baju kurung bila Ana Raffali menang AJL25 tu aku dah tunaikan. Pada yang tak tahu, aku sebenarnya dah berjanji kat diri aku yang aku akan pakai baju kurung utk ke kelas sepanjang minggu ni dan akhirnya aku dah berjaya tunaikan janji aku… hehehe… bukan pe, aku gembira la sangat-sangat bila Ana ni menang…

Pada yang dok kutuk-kutuk Ana Raffali ni, terpulanglah pada diri korang. Korang kutuk pon korang dapat dosa but Ana still won okayh!!! (RM35ribu..byk tu)  Aku bersyukur sebab M.Nasir memang profesional bila dia boleh menilai kehebatan lagu Tolong Ingatkan Aku tu. Lagu tu bagi aku, lagu yang terhasil dari jiwa sendiri sebab aku boleh rasa lagu tu masuk dengan jiwa aku. Bukan nak kata lagu Cinta Sempurna by Yuna tu tak best or lagu-lagu lain tak best cuma aku rasa setiap bait lirik TIA tu memang sangat bermakna.

Setiap lagu yang bertanding kat AJL 25 kali ni memang ada maksud tersendiri utk aku… meh aku senaraikan yer…

1. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali :- bila dengar lagu ni aku akan teringat pada sidia, saat-saat yang kami lalui bersama, selalu aku akan betul-betul feel lagu ni bila aku ada problem dengan dia. Setiap baris lirik tu memang tersangat bermakna so, aku suka semua sekali. Tapi secara jujur, masa mula-mula dengar lagu ni memang aku tak suka, bila dah hayati lirik tu baru la aku minat sampai sekarang.

2. Cinta Sempurna – Yuna :- First time dengar lagu ni kat radio aku terus minat lagu ni. Tapi fahaman aku untuk lagu ni aku lagi suka fikir yang lagu ni sesuai untuk mak ayah aku bila part lirik

“Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu”

Pelikkan aku nih…huhuhu… tapi nak wat cam mane kalau dah tu yang aku rasa masa first time dengar lagu nih.

3. Hanyut – Faizal Tahir :- Haa, lirik lagu ni aku baru faham 2 minggu sebelum AJL25, masa tu aku kat dalam kereta on the way balek rumah dari Tesco Kuala Selangor ngan housemate aku. Bila aku dah faham aku terus dengar dan dengar lagu ni. Pada pendapat aku lagu ni mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang begitu mendalam sehinggakan setiap masa dia teringat pada kekasih dia. dan semakin lama dia hanyut di bawa deras arus cinta…. ceeewah!!!! hikhikhik…. :p

4. Selamat Malam – Faizal Tahir lagi…. :- Lagu ni plak macam mintak kita lupakan semua kisah yang dah berlalu hari ni dan mulakan hidup yang baru pada esok pagi. lebih kurang macam tu la dan aku macam tak percaya anak buah aku yang darjah 1 tu dah hafal lagu nih…. kuat gak aura Faizal Tahir nih!!!

5. Sofea Jane – Black :- hahh!!!! lagu ni buat aku tertanya sampai sekarang kenapa mesti letak tajuk “Sofea Jane” nape tak letak nama “Siti” ke, “Siti Farah” pon macam ok gak…hehehehe…. Lagu ni pun best jugak… tapi aku tak reti nak terangkan perasaan yang aku rasa bila dengar lagu nih…

OK lah, tu 5 lagu yang aku suka…kiranya paling minat la kan… top 5… dan Aku rasa semua pemenang AJL25 memang layak untuk menang. yang tak menang tu, anda masih lagi pemenang di hati peminat anda.

Hehehe….terlebih cerita plak kan… Padahal nak citer sal pakai baju kurung tu jer entry kali nih….huhuhu…

Goodnight Everybody!!! Wan An!!! Assalamualaikum!!!

Saturday, January 15, 2011

Saya Pelanggan Setia Celcom!!!!

Ahaks!!! yes, memang saya pelanggan setia celcom..ehehe… tukar lah nombor baper kali pon mesti gune Celcom Gak!!! ehehehee…

Cakap Sal Celcom,Ade Satu Iklan yang aku suka tengok!!!

huhuhu…Iklan ni Memang comel Giler… !!!! And Lagi Satu iklan Celcom yang Lawak, Iklan Girl Tu nanges Pas Tengok Paper beg Celcom uh!!!

Mesti ada yang pelik kan kenapa Girl Tu Nanges??? Sedih ke Terharu ke Ape ke??? hehehe…

Ni Jawapan Dia..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!

celcom promotion

Haaa…. Actually Celcom Ada Wat Sale Sampai 31 March 2011 !!! Ada lebih kurang lagi 2 bulan lebih!!! uhukkksss!!!

celcom 2

Ni Detail Untuk Sales Tu!!! AKu Caye ramai pakai nak Pakai Broadband and Gune Celcom Blue Nih. Daripada Korang gune Camtu jer, pe kate korang try usya Sale ni sekali… Untung sabut timbul, untung la korang nanti…

Untuk broadband korang dapat Diskaun Weyh!!!! selain tu dapat beli Notebook murah dari Biasa…

Yang Guna Celcom Blue, korang juz topup minimum Rm30 jer sebulan then korang leh dapat Call…

uhukss!!! kalau x Cayer tengok SINI(xyah right click)

Tengok Jangan Tak Tengok!!!!

Lupa Nak Cakap CELCOM GREAT SALE ni offer korang GREAT GREAT PRICE utk korang dapatkan

LG optimus 7  LG OPTIMUS 7

ngan

samsung_galaxy_tab1

SAMSUNG GALAXY TAB!!!!

 

Hebat Tak Hebat Wa Cakap Sama LuU!!!???

Percaya Padaku - Ungu

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff


tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff


berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

 

Hehe…sekarang nih jadi lagu Fevret aku…Lirik yang begitu mendalam n menusuk hati..

seseorang yang mengharap kepercayaan daripada kita utk dya menjaga kita dengan baik… suka sangat-sangat!!! sungguh terpikat!!! ahaks!!!

MRT Sg.Buloh to Kajang

salam guys!!!!

Okeyh okeyh, tak pernah pernah aku nak cerita sal politik or infrastructure kan? meh hari nih aku cerita sikit… Tadi dok usya Fb tetiba ada 1 statement yang wat aku terkejut gak lah… “Pembinaan MRT Sg.buloh – Kajang”. hurm…. ape tu MRT???? pada yang tak tau, meh aku gtau sikit yang aku tahu sal MRT nih, MRT is stand for Mass Rapid Transport, alaaa same gak la ngan LRT, KTM n Monorail tu. aku tau pon pas aku tanye en.Google la kan..ehehehe… :)

Masa aku baca sal MRT Sg.Buloh – Kajang nih, aku ase cam agak best la jgk kan sebab nanti senang aku nk ulang alik..ahahaha…padahal, naek KTM pon same jer senang tapi tak tahu kenapa aku rasa lagi senang kalau ada MRT nih… but then, bila fikir balik kan aku kat Unisel tak lame dah pon. Sekarang dah sem 6, next sem dah habis dah lagipun kalau aku sambung degree kat Unisel mesti aku dah Grad baru mende alah MRT ni siap kan??? coz aku baca kat News on Bernama n NST kate siap around 7 years, lame tak lame tu??? lame sangat aku rasa…huhuhu….

Tapi kan, part yang tak bestnyer, dengar kata area Rumah abg aku kat kajang ni kene tempias pembinaan tu.. betul ke tidak, I’m not to sure.. Just dengar kata je lah.. hurm, tu yang paling tak best…. kalau umah abg nih kene tempias maknenye pas nih aku dah tak ada kampung lah… sedih mak noks!!!! :(

Projek yang menelan nilai RM30 billion tu mesti wat Malaysia makin maju lepas nih!!! Perhaps jalan raya dah tak jam sangat, bukan ape la kan, dalam masa 7 tahun mesti aku dah ada lesen n transport sendiri so aku taknak lah rasa sesak jalan time aku sendiri yang drive kan.. Orang lain drive takpe, sebab aku letih menunggu je bukan letih tekan pedal minyak pon…hahahahaha…kejam seyh!!!!

Apa-apa pon, aku harap project berbillion-billion nih berjaya coz aku nak gak tengok Malaysia jadi negara MAJU kan.. Baru bangga jadi rakyat Malaysia,,,eyh, bukan bangga tapi LEBIH bangga menjadi rakyat MALAYSIA!!!! ehehehe….semangat nih!!! huhuhu… MALAYSIA BOLEH!!! SAYA BOLEH!!! SAYA OK!!! ahahahah… bukan ayat “Saya GAY saya OK” atau “Saya LES saya OK” yer kawan kawan…huhuhu….ape la aku melalut nih kan!!! ahahaha…

OK LAh, ni route utk MRT tu yang aku dapat kat website www.ilham.my

Ada 3 Route

Laluan Pertama - Sungai Buloh, Kota Damansara, Kuala Lumpur and Cheras hingga ke Kajang
Laluan Kedua - Sungai Buloh, Kepong, Kuala Lumpur and Serdang
Laluan Ketiga - Kawasan Kuala Lumpur

line1b

nampaknyer, tu je lah yang aku nak melalut malam nih!!! 

Wednesday, January 12, 2011

Senang Nak Buat Orang Fikir Positif Tapi…

salam guys,

Hari ni tetibe rasa cam nak mengupdate blog la plak kan… Actually, hari-hari rasa macam nak update cuma tahap kemalasan tu lagi tinggi dari tahap kerajinan, tu pasal la aku tak update blog nih sampai dah berhabuk dan berkulat bagai… Haiaasssh…ape la nak jadi ngan anak dara sekarang ni kan…hehehehe….

Ok, cukup la dengan intro yang tak seberapa tu kan….huhu… Malam ni aku nak cerita sal konflik yang melanda diri aku nih..

Masalahnyer macam ni, aku ni senang nak nasihatkan orang lain bila orang tu ada masalah jiwa dan perasaan nih, tapi bila turn aku tak ada siapa leh wat aku berhenti menangis dan menangis. Even aku sendiri pon susah…. Susah kan? kan? kan?

Aku dah tak tahu nak buat macam mana dah. Kadang malu kat diri sendiri.. YE r, bukan ape, kau pandai giler nak nasihatkan orang tibe-tibe part kau, kau plak yang menggelabah semacam kan... Tak ke pelik tu? hurm…

Ni bukan aku sendiri la yang cakap, tapi da ramai kate kat aku macam tu… Bangga pon ade tapi Malu lagi la ada…

yang aku peliknyer, ramai member yang ada masalah cintan cintun nih datang cari aku…Aku nih dah macam dokter cinta la plak…huhuhu… padahal, masalah aku sendiri bertimbun…kesian aku weyh!!!

Macam mana lah aku nak settlekan konflik diri aku nih???

Any Ideas???