Posts

Showing posts from January, 2014

Dugaan Lagi. Ya Allah, sembuhkan mak.

Dah lewat malam dan aku masih belum tidur. Terkenangkan apa yg mak tengah tanggung sekarang. Mungkin ini ujian untuk mak, tp aku sebagai anak tak sanggup tengok penderitaan mak. Siang tadi aku agak busy. Ke klinik, ke hospital, ke kampung kampung. 3 hari lepas (sabtu) mak ada mengadu yang kepala mak sakit. Bila aku tengok, nampak macam ada luka. Masa tu aku dah suspek kayap coz tanda tanda macam kayap. Ajak mak g klinik tp mak taknak. So, takpe la, takkan nak paksa pulak. Keesokkan harinya (Ahad), aku tengok dahi mak merah. Jadi sama dengan apa yg jadi kt kepala mak. Instinct aku makin kuat cakap yg tu kayap. Mak pon dah mula rasa menda yg sama. Aku ajak g klinik sekali lagi dan mak masih taknak pergi. Masa tu aku dah tak sedap hati. Risau, takut, semua ada. Mana taknya, kayap kan bahaya, kena pulak kat kepala. Hari ketiga (Isnin), mak panggil aku pagi tu, mak sendiri ajak g klinik. Dah tak tahan katanya coz dah sampai kat mata. Bila aku tengok mata mak, bukan setakat k

Cuti Semester & Semester Baru

Hye semua. Aku sekarang ni kat hospital, kat unit kecemasan coz Maklong aku tak sihat. Alang alang menunggu nih, try la update blog kejap. Sekarang ni tengah cuti semester. Dan setiap kali cuti semester hubungan aku dan hospital tak dapat dipisahkan. Hihihi.. Almaklum, setiap kali cuti aku kene bawak parent aku buat monthly checkup and adakala bwk maklong aku pergi checkup dan kadangkala, aku sendiri yg kene checkup. Hahaha.. Tapi kali ni jadual aku pack sikit. Ntah tetiba mak aku nak cat rumah la, bersihkan tangga, kipas, tingkap. Semua nak kene bersihkan. Dan tu semua tugas aku dan anak buah aku. Setiap hari siapkan satu part. Sekarang Alhamdulillah semua dah selesai. Jiran aku yg nak kawen tp rumah aku pulak yg kemas lebih lebih. Hahaha. :p Minggu depan nak balik rumah sewa dah, nak start semester baru dah. Semester 5. Macam tak percaya, kejap je dah sem 5. Hihihi. Semester ni berkemungkinan besar akan buat aku busy dan tercabar coz aku amik 6 subjek bersamaan

Aku, Kawan & Pasangan?

Malam yang indah dan ditemani bunyi-bunyian katak ni buat aku terfikir sesuatu. Erm, sesuatu yang nampak simple tapi penting sebab melibatkan hati dan perasaan. Aku ni jenis suka berkawan, tak kisah la laki ke perempuan ke pondan ke awek orang, boyfriend orang, semua aku berkawan. Yea, dah nama pon kawan kan. kawan aje la. Tapi ada satu mende yang buat aku tak selesa dalam berkawan. Maksud aku, bila kawan aku tu boyfriend orang la. Bila dah nama pon boyfriend orang, kalau awek dia jenis yang sporting dan boleh kawan ngan aku takpe la, aku tak kisah. Tapi yang jenis cemburu sangat-sangat sampai nak tengok muka aku pon tak boleh tu. Haaa… Yang jenis camtu memang aku tak boleh terima. Santai la girls, aku berkawan je ngan BF korang. Bukan ada perasaan apa pun, tapi kalau girl lain aku tak tau la kan. So, tak payah la nak jeles tak tentu pasal okeh. Kalau BF korang tu betul betul sayangkan korang, dia memang tak layan feeling ngan girl lain coz sayangkan korang kan. Tapi kalau di