Saturday, January 4, 2014

Aku, Kawan & Pasangan?

Malam yang indah dan ditemani bunyi-bunyian katak ni buat aku terfikir sesuatu. Erm, sesuatu yang nampak simple tapi penting sebab melibatkan hati dan perasaan.

Aku ni jenis suka berkawan, tak kisah la laki ke perempuan ke pondan ke awek orang, boyfriend orang, semua aku berkawan. Yea, dah nama pon kawan kan. kawan aje la. Tapi ada satu mende yang buat aku tak selesa dalam berkawan. Maksud aku, bila kawan aku tu boyfriend orang la. Bila dah nama pon boyfriend orang, kalau awek dia jenis yang sporting dan boleh kawan ngan aku takpe la, aku tak kisah. Tapi yang jenis cemburu sangat-sangat sampai nak tengok muka aku pon tak boleh tu. Haaa… Yang jenis camtu memang aku tak boleh terima.

Santai la girls, aku berkawan je ngan BF korang. Bukan ada perasaan apa pun, tapi kalau girl lain aku tak tau la kan. So, tak payah la nak jeles tak tentu pasal okeh. Kalau BF korang tu betul betul sayangkan korang, dia memang tak layan feeling ngan girl lain coz sayangkan korang kan. Tapi kalau dia layan jugak, memang masalah la dan aku tak suka lelaki yg macam tu. Sebab apa tahu? Aku bagi contohlah kan..

Let say aku kawan ngan sorang laki, nama dia Mamat (bukan nama sebenar). Si Mamat ni pulak ada awek, Senah (bukan nama sebenar jugak). Mamat ngan aku ni kawan lama gila, rapat la jugak sampai si Senah ni jeles gila gila. Tak lama lepas tu, si Mamat kata dia ada feeling kat aku, walhal masa tu Mamat ni masih lagi BF si Senah. Si Mamat sanggup nak tinggalkan Senah demi aku. Korang ingat aku nak terima laki macam Mamat tu? Huuuu.. Memang Tak Lah! Kenapa? Kenapa?

Kalau Mamat boleh tinggalkan Senah untuk Aku, tak mustahil si Mamat ni boleh tinggalkan aku untuk perempuan lain. Itu ikut permikiran logik aku la kan. Lelaki, tak semua laki boleh dipercayai. So girl, janganlah nak salahkan orang lain jer dan fikir BF kau je betul. Takdenye. Dalam kes macam ni semua salah. Salah sebab apa, fikirlah sendiri takkan aku nak terangkan jugak kan. Huuu…

Jadi, tu je la yang aku nak cerita malam ni. Aku tak suka la kawan camtu. Bila keluar ramai-ramai terasa awkward gila! Tapi kalau keluar ramai-ramai tp awek dia tak follow, nanti awek dia sentap la pulak kan. Cara senang, TAK PAYAH BERKAWAN. Tapi dalam dunia ni berapa ramai yang boleh hidup tanpa kawan? Kalau kau boleh, kau buat dulu. Lepas tu aku follow.

Dah, panjang pulak bebelan aku malam ni.. Huuuu.. Katak pon dah berhenti menyanyi. So, baik aku berhenti menaip. Hihihi…

Bye! :D

No comments: