Posts

Showing posts from July, 2011

IFTAR

Image
  Assalamualaikum guys,   Semalam bercerita pasal niat puasa kan.. hehehe.. sekarang jom ajar kanak-kanak doa berbuka puasa.. yang DEWASa, aku rasa doa berbuka yang korang paling hafal kan? ehehehehe… Ni lagu terbaru daripada INTEAM.. aku dengar kat WHI edisi jumaat lepas.. Mencari kat youtube, takde la plak. yang ada teaser jer.. Tapi naseb ada part doa berbuka tu. Eyh, lupa nak bagitau korang.. IFTAR tu maknanya Buka Puasa tau.. hehehe.. jom sama-sama dengar teaser nih. best tau. :)  

Pengumuman Puasa dan Raya tahun ni mungkin Berbeza

Image
  Assalamualaikum guys, Apsal aku rasa macam aku seorang je yang ketinggalan nih? hurm… Tadi aku nak search nama “Atuk” yang selalu umum puasa ngan raya tu.. Dan aku terjumpa satu artikel yang mengatakan tahun ni beliau dah bersara.. :( Ye la, dari kecik sampai besar dengar beliau jer yang dok umum puasa ngan raya tu. Sampai dah boleh ikut gaya sekali..Tapi tahun ni mungkin lain dah. apa boleh buat, nak taknak kena terima jugak kan.. tapi nak tengok gak esok.. masih beliau yang umumkan atau orang lain dah.. huhu KUALA LUMPUR 7 JAN 2011 - Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun. (Artikel penuh, sila klik SINI )   notajari : walaupun penyimpan mohor besar Raja-raja dah bertukar, semangat puasa tu tetap kena ada.. :)

NIAT PUASA

Image
  Assalamualaikum guys, Lusa InsyaAllah kita nak puasa dah kan.. hehehe.. Secara jujurnya, aku ni dulu susah nak baca niat puasa yang Arab nyer.. aku akan baca dalam bahasa melayu jer.. Tapi sekarang dah banyak cara nak ingat niat puasa. Contohnya, Budak budak suka la ni..tapi aku lagi suka yang Raihan.. ada lagu sikit.. So, setiap kali niat puasa aku akan niat macam dalam nasyid PUASA DULU BARU RAYA nih.. pastu, semangat nak puasa pon makin tinggi. hehehe..   notajari : rindu nak tengok muka “atuk” (Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah) yang wat pengumuman puasa ngan raya tu.. hehehe…

Aweks pengsan dalam KTM

Image
  Assalamualaikum guys, LEtihnyer la hari nih.. haih.. tengah hari tadi keluar jumpa si dia, alang-alang tu teman la dia menunggu bus di hentian Putra sebab si dia nak balik kampung. Tepat kul 6, bus pon gerak dan aku terus ke KTM Putra. Pukul 6.05 minit aku tunggu train.. tunggu punya tunggu, tak nampak kelibat train ke Sg. Gendut Gadut pon.. yang ada semua ke Pelabuhan Klang.. Haih.. Train ke Rawang pon takde jugak.. yang banyak ke Batu Caves jer.. Masuk train ke-6 baru lah train ke Sg. Gendut Gadut . Tu pun pukul 6.50pm baru train tu sampai.. haih!!! Giler Lama.. sabar jer la.. PEnuh plak tu.. Mula-mula dok berdiri kat pintu jer la. Sekali kat Bank Negara makin ramai yang naik, langkah SELAMAT, aku masuk kat tengah tengah Koc tu. Kalau aku duk gak kat pintu tu, memang naya la jawabnyer. Dah la bau durian pekat lak tu!!! Sabar jer la.. Kat Stesen KL Sentral malas nak cakap lah, giler ramai… Sampai muka ayu, cun, cantik, seksi pon dah tunjukkan perangai sebenar diorang denga

Ramadhan 2011

  Assalamualaikum guys, Lagi 2 3 hari je dah nak kat puasa dah kita. Cepatnye lah masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ke 3 aku bakal berpuasa di U. Tapi mungkin tahun ni lain sikit. Untuk semester ni aku cuma ada 2 kelas jer. Kebetulan paklong aku perlukan orang untuk jaga khemah kat bazar nanti. menjual baju raya. dan InsyaAllah aku akan jadi part timer di sana. Saja nak mencari rezeki lebih bulan puasa nih sebab aku ada hajat yang aku nak tunaikan. Hajat tu, bukan la hajat nak meminang orang ke ape ke. Tapi aku nak belikan ayah aku baju melayu ngan kopiah dan tudung untuk mak aku. Nak belikan baju kurung untuk mak aku, susah sebab mak lagi selesa kalau baju tu ditempah. Kalau beli siap, mak tak suka.. So, nak sangat kumpul duit banyak sikit dan tunaikan hajat aku tu. tak dapat baju raya sendiri pon takper, janji untuk mak ayah ada.. ehehehe.. sesungguhnya, aku amat merindui mereka berdua.. Tak sabar nak balik Pekan, dan raya nanti la aku balik. Kiranya ni tah

#1 Wordless Wednesday

Image
    Assalamuailakum…. tengah lapar.. dan dan fikir pasal makan… haih!!! :p

Apa ni? Tak suka laa…

Image
  Assalamualaikum guys, Pagi pagi lagi dah online Fb.. Berblogwalking dan berguling…. Erk!!! Lepas tu aku tak tau aku tertekan link apa sampai kuar page LOG IN to enter this page.. hurm.. Masa tu dah rasa tak sedap hati, cepat-cepat on laptop dan terus meng ‘online’ kan diri semula. Bukak google chrome, enter address www.facebook.com dan….. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Tadaaaa!!!!   Hishh!!! memang tak suka betullah… walaupun aku dak IT, aku taktau apa itu NGINX (pronoun as Engine X) .. Walaupun aku dah google menatang tu, aku masih tak faham apa itu NGINX!!! Tension lah macam nih. Nak on Fb kene pergi Profile page, baru leh masuk.. Leceh ar.. huhu.. Korang tau tak mende ape nih? leh tolong gtau or citer tak ape mende nih.. Serious cam blur jer sampai bab IT dan network nih.. Cannot Gi!!!!

Hurm

  Rasa macam jatuh cinta pandangan ke-10 … haih!!!

Berpindah

  Assalamualaikum guys, Letihnyer la hari nih… Baru selesai kemas barang ni ha.. Kan training dah habis, so terpaksa lah berpindah ke block lain. Tak boleh nak duduk kat rumah yang sama. Sesungguhnya amatlah meletihkan. kena pack barang, lepas tu dalam 100meter, masuk Block H dan unpack semula barang.. Leceh giler!!! Tapi nasiblah ada yang ikhlas sudi menolong aku untuk mengangkat semua barang aku tu naik ke tingkat 2.. hehe.. mana nak larat kalau angkat sendiri. :p Terima kasih sangat sangat pada yang sudi tolong saya tu yer.. hehe.. Segan plak bila korang tolong angkat barang tu semua, padahal tak sampai sebulan lagi kenal korang. Walaupun korang senior aku dan korang amik degree, korang still baik ngan aku.. Thanks!!! Kesimpulannya, tak semua senior tu suka membuli yer.. ada jugak senior yang baik dan suka menolong macam mereka berdua tu.. huhuhu.. nama, tak perlu di mention kat sini.. mereka tau sendiri.. :p Ok lah, sekarang masa untuk berfesbuk.. Dah lama tak layan komen kom

Asal Usul Kanta Sentuh

Image
  Assalamualaikum guys, Semalam tamatlah sudah kursus LINUX dan ERP system yang aku join selama 20 hari nih.. Dan kerana itu jugak aku tak berkesempatan untuk sentiasa update blog. Aku tadi duk online mencari wholesaler contact lenses, hajat di hati nak cari rezeki lebih bulan puasa nih.. ehehe.. Tiba-tiba aku terfikir macam mana la Kanta Lekap tu di cipta. ye la, kalau cermin mata tu kita boleh berfikir secara logik lagi. Tapi lens kan lembut, nak jugak tahu macam mana kan… SEJARAH KANTA SENTUH DICIPTA. Kanta sentuh yang pertama telah dibuat oleh pakar fisiologi Jerman Adolf Fickpada tahun 1887. Kanta ni adalah diperbuat daripada kaca dan dipanggil sebagai “scleral lens” kononnya kerana ia meliputi sclera, bahagian putih mata. 1912, seorang lagi pakar optik, Carl Zeiss pun cipta kanta sentuh jugak. tapi kali ni yang betul-betul untuk letak kat kornea mata. 1938, Dua saintis, Obrig dan Muller, memperkenalkan lensa plastik scleral yang diperbuat daripada bahan yang dikenali seba

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga!

Assalamualaikum guys, hari ni aku rasa lemah sangat.. Bukan kerana aku demam ataupun aku lemah sebab belum makan. Tapi aku lemah sebab bulan ni jer pelbagai dugaan yang aku hadapi.. Sedih, memang sedih.. Dan segala kesedihan yang aku sembunyikan tu tak dapat lagi aku bendung malam tadi. Hurm, cukuplah dengan madah puitis aku nih. Sekarang masuk mod biasa semula. Minggu lepas, aku kehilangan external hardisk aku yang aku beli guna duit aku sendiri. Semua maklumat ada dalam tu termasuk final year project aku. Sangat berat nak terima kenyataan, tapi apakan daya mende dah takde. Kena lah terima jugak. Lepas tu aku diuji dengan masalah dalaman aku, boleh dikatakan masalah yang agak peribadi untuk aku ceritakan di sini. Kalau aku cerita kang lagi banyak la masalah yang datang nanti. Dan yang pasti, sejak akhir akhir ni jiwa aku sensitif sangat. Mudah terasa hati tapi aku pendamkan aja. Aku anggap semua tu hanya 1 gurauan dalam kehidupan. Semalam pulak, aku baru dapat tahu 2 subjek ya

Chance & Passion

  Assalamualaikum guys, Hari ni nak cerita pasal tajuk entry terperap nih.. heeheh… Chance and passion.. Kalau dalam bahasa Melayunya Peluang dan Keghairahan. Tapi perkataan “keghairahan” tu macam pelik ajer bunyi nyer.. sebab tu aku lagi suka guna perkataan omputih tu.. takde lah budakbudak akan fikir pelik dengan perkataan “keghairahan” tu. :) Sekarang aku berdepan dengan situasi dimana aku mempunyai keinginan dan passion yang tinggi tetapi tidak diberi peluang untuk memenuhi keinginan aku tu. Dalam tempoh beberapa minggu ni aku join program LINUX dan ERP system. Sebelum ni tawaran diberikan kepada pelajar Diploma dan Ijazah. Tpai secara TIBA TIBA aje, rules and regulation bertukar dan pelajar Diploma tak boleh nak join program tu. agak sedih la jugak.. dah semangat tempah hostel dan bayar ape semua tiba-tiba jadi macam tu plak. Seriously, sakit hati tu ada tapi apa boleh buat.. Terima aje la kan.. Tapi syukur Alhamdulillah, kami tetap diberi peluang oleh Trainer kami. Mr.M bagi

BAHAYA KAWIN DENGAN PROGRAMMER

  Assalamualaikum guys, Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.  Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."  Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?  Suami : Bad command or filename.  Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!  Suami : Errorneous syntax. Abort?  isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?  Suami : Variable not found...  Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.  Suami : Sharing Violation. Access denied...  Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? aba

Amy Mastura & Tommy Page

Image
  Assalamualaikum guys, Dok berjalan-jalan di laman youtube, terjumpa plak video nih. Tak sangka aku Amy Mastura ni pernah berduet dengan Tommy Page .. macam tak percaya jer… kalau boleh, aku nak Amy Mastura sendiri gitau aku yang memang dia yang berduet dengan Tommy page… Whoaaa… siyes aku suka Tommy Page sebab dia HANDSOME!!!! dan aku paling suka lagu A Shoulder To Cry On… huhh!!! Dan aku suka Amy Mastura sebab dia CANTEK dan berbakat.. aKu suka semua lagu Kak amy.. ehehe.. MAk aku pon suka jugak!!! Korang dengar la lagu ni, best jugak tau!!! :)

#2 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys, Seronok belajar LINUX…

#1 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys… + =

Windows Live Writer & Blogger

Image
  Assalamualaikum guys,   Malam ni aku nak bercerita pasal Windows Live Writer nih. Aku rasa ramai dah tahu pasal ni, tapi masih ada blogger yang tak tahu. Jadi, malam ni aku nak bagitau korang apa kelebihan guna Windows Live writer nih. Selama ni, aku jarang nak update blog guna dashboard tu. Satu, sebab kena tunggu ada internet connection baru boleh update, kalau sempat save dalam draft dah kira nasib tapi kalau tak sempat, kau taip la balik.. Dua, sebab enviroment yang putih jer.. ehehe.. macam tak menarik mood nak update.. :p Berbanding guna WLW ni, anytime boleh menaip dan save without internet connection. Lepas tu, boleh guna Theme blog kita sendiri as background. Kemdian, banyak function lain lagi yang lebih memudahkan kerja berblogging :) Antaranya, 1 . Ada button untuk hyperlink ( letak link dalam blog) . KAt situ korang boleh pilih nak open in another windows or same windows. Korang just taip URL jer kat situ, setting kasi baik dan klik OK. :) 2. Senang nak letak

Alam belajar tu kecik jer...

Assalamualaikum guys, Sekarang aku jarang nak update blog sebab ketiadaan masa dan ketiadaan idea. Tapi malam ni aku nak melalut sikit jer. Hari-hari kita mesti berdepan ngan macam-macam ragam orang sekeliling kita. Seriously, kalau nak dilayan setiap perangai manusia yang pelik pelik tu memang pening weyh!!! Aku dah rasa dan aku rasa korang pon pernah rasa gak lah.. Berdepan ngan orang yang cepat terasa, cepat sentaphatimaknak, cepat marah, cepat merajuk dan segalanya cepat lah.. Bila aku taip camtu, aku tak kata yang aku ni bukan salah seorang dari kategori yang di atas tu. Sejujurnya aku memang cepat terasa dan cepat terguris. Tapi tu sementara jer. Take it as positive things. Kalau kau nak sentap memanjang, tak hidup la kau.. Kenapa aku cakap camtu?? Sebab aku rimas, penat dan letih nak jaga setiap hati manusia yang sesungguhnya pelbagai ragam. Haih!!! Masa tu mula lah keluar istilah "asyik aku je jaga hati dia, hati aku siapa nak jaga?!?" .. Bila dah keluar ayat

#2 Spontaneous Thursday

  Assalamualaikum guys, Laptop aku ada 3 OS.. ahahah… kau ada?

#1 Spontaneous Thursday

  Assalamualaikum guys, MAti MAti aku ingatkan hari ni hari rabu.. Rupa-rupanya dah hari khamis… adehh!!!     Nak tau lebih pasal Spontaneous thursday, Jom Terjah blog nih SyafiQRosli

Aiskrim Doposen

Image
  Assalamualaikum guys, Semalam dok makan nasi goreng yang di goreng oleh Cik N, tetiba keluar pulak cerita pasal asam masin.. ehehehe… korang tau kan asam masin tu ape? takkan la tak tahu kot kan… :p Aku ni memang penggemar asam masin. Lagi-lagi yang warna merah nih. Sedap weyh!!! kena pulak makan ngan limau kasturi… pergghh!!! kecur air liur nih.. haih!!! Tapi takleh makan banyak tau, nanti sakit perut korang tercirit aku tak tau… ahahaha * http://queenfantagiro.blogspot.com * Asam ni jugak lah penyebab aku suka aiskrim doposen(20sen) tu.. ehehe.. aiskrim asam.. Mesti korang pernah rasa kan.. ehehe.. sedap gak tu. Asalnya dari air asam boy tapi bila disejukbekukan,jadilah aiskrim doposen.. * http://www.silampuneon.com * Kalau makan aiskrim tu, mesti start dari yang tawar dulu. Part yang kena ikat tu. Bak kata Cik Nana “bahagian tu, laju jer makan.. kunyah jer terus.. bila dah sampai part asam, slow jer makan.. sebab rasa asam tu sedap” .. haa!! lebih kurang camtu la.. ehe

#6 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys,   Orang lain sibuk install Software, kami sempat bergambar.   notajari : aku tak kenal budak tembam hujung tu… ahahahaha

#5 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys, Mengantok la pulak… ntah apa-apa la aku buat dengan pen tu

#4 wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum guys

#3 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys,   Moh la kita budayakan amalan membaca.. tapi jangan jadi cam Pambob nih, baca magazine je tau… :p

#2 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys,   *perasan tak something yang tak kena dengan screen tu?

#1 Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum guys,

Tiba-tiba je kreatif

Image
  Assalamualaikum guys,   Aku ni bukan seorang insan yang rajin dan suka tulis warna-warni.. Tapi kali ni aku sendiri pelik apsal tetiba aku kretip!! Dan aku tak tahu sejak bila tulisan aku jadi macam tu.. ehehe :p Tengok tu!!! pelik pelik… walaupon copy dari tenet jer.. tapi pelik camne aku leh wat camtu.. ahahaha… :p   Rasa macam menarik pulak biler cantik macam tu.. ahahahah *perasan cantik* :p

Three Types Of People

Image
Assalamualaikum guys, Entry lepas aku ada cakap nanti nak share ilmu dari apa yang aku belajar masa training kan. So, hari ni aku nak cerita pasal types of people. jom kita mulakan. Aku belajar bahasa Inggeris, tapi aku cerita kat sini bahasa melayu jer la yer. BI aku hancur...ehehe Ada tiga jenis orang yang kita kena tahu. 1. Submissive - Submissive ni orang yang kurang keyakinan diri. Asyik diam jer... Jalan pun tunduk ajer. Kebanyakkannya orang yang pendiam dan susah bercampur dengan orang lain. Kalau orang arahkan dia buat sesuatu, dia akan ikut jer dan memang dia takkan membantah. Kalau dia tak salah pon dia tetap mintak maaf. orang jenis ni macam hidup dalam dunia dia sendiri. susah nak bercampur dengan orang lain. Dia akan senyum pada orang yang dia kenal, kalau dia tak kenal dia tetap senyum tapi senyum yang dibuat-buat ajer.. 2. Aggressive - Aggressive ni orang yang terlebih keyakinan diri.. Haa!!! macam mana tu? ehehe.. meh aku cerita. korang tau tak cara orang bo

I'm Nervous Person

Assalamualaikum guys, aku rasa sepanjang Jun dan Julai ni aku akan bercerita pasal training ajer.. ehehe... Kalau korang bosan, maaf la yer. Sepanjang Soft Skill week yang lepas, banyak presentation yang dah kitaorang buat. Boleh dikatakan sepanjang 4 hari tu presentation ajer dan hari ke 5 mock Interview. Tu semua untuk gain knowledge kita pasal interview dan asah bakat kita dalam presentation. Ada kawan aku kata, "kita diploma, kenapa nak mock interview jugak? biarlah budak degree tu jer yang buat" . Okeyh, sebenarnya mende ni diploma ke degree ke semua kena tahu jugak. Tak semestinya lepas degree jer nak kerja. Mana la tau kot kot korang nak g interview pas abes diploma ni, kan berguna pe yang korang belajar tu... Ok, berbalik pasal aku seorang yang cepat gelabah, gementar dan sewaktu dengannya. Hehehe... kalau part presentation jer mesti ada kawan aku akan cakap " ala, kau mesti boleh buat sebab kau pandai..tak nervous" .. ahahaha.. tu luaran jer bebb..

Tamat Sudah…

  Assalamualaikum guys, Tepat pukul 5.00pm tadi tamatlah sudah minggu pertama training.. ehehe.. agak meletihkan dan memeningkan juga men’cuak’kan.. hehehe… Minggu pertama ni more to Soft Skill ajer.. Minggu depan baru start guna PC untuk training. Tapi siyes cakap, minggu ni best sebab boleh kenal senior student mostly degree student. Secara tak langsung boleh belajar banyak perkara baru dengan diorang. Even there are degree student, bila dalam kelas taraf kami same ajer.. ehehe.. Setiap hari presentation ajerr… memang terketar-ketar la jugakkan. Tapi best sebab boleh improve aku punyer presentation skill. Dan paling nervous masa mock interview tadi.. Seronok sebab tett!!!! ahahaahah… takleh gtau kat sini. :p Ok lah, takleh nak merapu panjang sebab aku ada hal.. ehehe.. minggu depan da start Lab training plak. Perhaps dapat PC depan sekali coz lemah daya penglihatan.. ehehe.. nak pakai lens, kena order dulu sebab +1.25 .. nak pakai spec, memang dah taknak dah.. kesian aku.. Sebe