Alam belajar tu kecik jer...

Assalamualaikum guys,

Sekarang aku jarang nak update blog sebab ketiadaan masa dan ketiadaan idea. Tapi malam ni aku nak melalut sikit jer.

Hari-hari kita mesti berdepan ngan macam-macam ragam orang sekeliling kita. Seriously, kalau nak dilayan setiap perangai manusia yang pelik pelik tu memang pening weyh!!! Aku dah rasa dan aku rasa korang pon pernah rasa gak lah.. Berdepan ngan orang yang cepat terasa, cepat sentaphatimaknak, cepat marah, cepat merajuk dan segalanya cepat lah..

Bila aku taip camtu, aku tak kata yang aku ni bukan salah seorang dari kategori yang di atas tu. Sejujurnya aku memang cepat terasa dan cepat terguris. Tapi tu sementara jer. Take it as positive things. Kalau kau nak sentap memanjang, tak hidup la kau..

Kenapa aku cakap camtu?? Sebab aku rimas, penat dan letih nak jaga setiap hati manusia yang sesungguhnya pelbagai ragam. Haih!!! Masa tu mula lah keluar istilah "asyik aku je jaga hati dia, hati aku siapa nak jaga?!?" .. Bila dah keluar ayat camtu, macam-macam lah mende berlegar kat otak.

Ni sebagai peringatan untuk diri aku dan nasihat untuk orang sekeliling aku. Kalau korang nak tahu, segala ragam manusia yang korang jumpa time belajar ni baru sikit jer weyh.. Tak sampai 5/10 pon.. Nanti, bila kau dah kerja dan dah mula bergaul dengan masyarakat luar, masa tu baru lah kau jumpa lagi banyak ragam manusia yang kau tak pernah jumpa.. Dan masa tu jugak kau akan rasa lebih terseksa nak layan semua karenah yang ada..

Aku cakap camtu tak bermakna aku ni hebat dan macam tahu jer pe yang bakal terjadi satu hari nanti. Dan tu jugak tak bermakna segala sifat yang baik tu ada kat aku jer. Aku pon manusia biasa macam korang gak la. Tak lari dari kesilapan..

Tapi tak salah rasanya kalau korang amik masa seminit dua untuk berfikiran dengan lebih matang dan terbuka. Janganlah nak berfikiran terlalu sempit sampai otak korang pon terhimpit. Please lah..

So, aku mintak maaf kalau ada yang terasa kayh!!! Aku bukan menulis sebab nak kutuk sesiapa, tapi aku menulis sebab aku nak ingatkan aku dan kawan-kawan aku untuk jadi lebih baik dari semalam.. Macam aku cakap tadi, aku pon manusia biasa yang sering lakukan kesalahan dan kesilapan..

Sekian,

Comments

Anonymous said…
Saya setuju. ^^
Unknown said…
thanks Mr. Thinker@Ali kerana setuju :)
Anonymous said…
Most welcome yo! ^^

Jangan dilayan sgt dgn ragam org lain. Kadang kala buat sakit hati ja kn? ^^
Unknown said…
@Mr.Thinker@Ali

itu la pasal.. memang sakit hati,.. tp dalam masa yang sama kena jg perngai diri sendiri sebab taknak orang sakit hati :)
Anonymous said…
@Siti Farah Kena selalu senyum untuk kurangkan sakit hati. ^^
Unknown said…
@Mr.Thinker@Ali hehehe... Smile is medicine of life.. :)
Anonymous said…
@Siti Farah Yup! I agreed with that.

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?