Asal Usul Kanta Sentuh

 

Assalamualaikum guys,

Semalam tamatlah sudah kursus LINUX dan ERP system yang aku join selama 20 hari nih.. Dan kerana itu jugak aku tak berkesempatan untuk sentiasa update blog.

Aku tadi duk online mencari wholesaler contact lenses, hajat di hati nak cari rezeki lebih bulan puasa nih.. ehehe.. Tiba-tiba aku terfikir macam mana la Kanta Lekap tu di cipta. ye la, kalau cermin mata tu kita boleh berfikir secara logik lagi. Tapi lens kan lembut, nak jugak tahu macam mana kan…

SEJARAH KANTA SENTUH DICIPTA.

Kanta sentuh yang pertama telah dibuat oleh pakar fisiologi Jerman Adolf Fickpada tahun 1887. Kanta ni adalah diperbuat daripada kaca dan dipanggil sebagai “scleral lens” kononnya kerana ia meliputi sclera, bahagian putih mata.

1912, seorang lagi pakar optik, Carl Zeiss pun cipta kanta sentuh jugak. tapi kali ni yang betul-betul untuk letak kat kornea mata.

1938, Dua saintis, Obrig dan Muller, memperkenalkan lensa plastik scleral yang diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai Plexiglas kerana ia adalah lebih ringan daripada kaca,kanta Plexiglas adalah lebih mudah untuk dipakai.

Kanta plastik kornea pertama telah dibuat oleh Kevin Touhy pada tahun 1948.

SUMBER : LINK

Kiranya dah lama dah contact lenses ni wujud. hehe.. Dan aku start pakai masa form 4. Sekarang tak pakai dah sebab power mata kiri kanan tak sama. lagi-lagi sekarang power bertukar jadi +1.25 dari –1.25 .. sebelah kiri aku tak rabun langsung. huhh!!!

Sekarang, meh kita tengok cara diorang buat contact lenses nih.!!!

amacam?? Rumit tak?? memang patot la contact lenses tu mahal sikit kan.. ehehehe.. tapi dulu lagi mahal berbanding sekarang nih.. :)

 

notajari: nak pakai lenses, cari yang ok. mata tu anugerah yang tak ternilai. takde jual kat pasar malam or online!! :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?