Saturday, July 30, 2011

Aweks pengsan dalam KTM

 

Assalamualaikum guys,

LEtihnyer la hari nih.. haih.. tengah hari tadi keluar jumpa si dia, alang-alang tu teman la dia menunggu bus di hentian Putra sebab si dia nak balik kampung. Tepat kul 6, bus pon gerak dan aku terus ke KTM Putra.

Keretapi_Tanah_Melayu-logo-BFA585A10D-seeklogo.com

Pukul 6.05 minit aku tunggu train.. tunggu punya tunggu, tak nampak kelibat train ke Sg. Gendut Gadut pon.. yang ada semua ke Pelabuhan Klang.. Haih.. Train ke Rawang pon takde jugak.. yang banyak ke Batu Caves jer.. Masuk train ke-6 baru lah train ke Sg. Gendut Gadut . Tu pun pukul 6.50pm baru train tu sampai.. haih!!! Giler Lama.. sabar jer la.. PEnuh plak tu..

Mula-mula dok berdiri kat pintu jer la. Sekali kat Bank Negara makin ramai yang naik, langkah SELAMAT, aku masuk kat tengah tengah Koc tu. Kalau aku duk gak kat pintu tu, memang naya la jawabnyer. Dah la bau durian pekat lak tu!!! Sabar jer la..

Kat Stesen KL Sentral malas nak cakap lah, giler ramai… Sampai muka ayu, cun, cantik, seksi pon dah tunjukkan perangai sebenar diorang dengan menjerit perkataan-perkataan mencarut yg tak sedap di dengar. Hurm…

Sepanjang perjalanan tu aku diam jer sebab takde kawan nak bersembang. Aircond memang dah tak rasa dah. Tiba-tiba ada girl pengsan.. Semua dlm train dah kelam kabut. Memang kesian kat girl tu, dalam hati aku “hurm, tu la akibat duduk kt pintu” .. Settle satu girl, sampai kat bandar Tasik Selatan, lagi sorang pengsan… Tu pon kesian gak tu.. dalam hati aku, “jadi cam aku takyah bawak beg langsung n duduk kt tengah tengah”.. huhu,..

Tiba-tiba, orang belakang aku berdialog,

A : kalau nak duduk tu, cakap jer la.. tak payah nak pengsan-pengsan.

B : hahaha.. tau takper.. apa kata kau pengsan sekarang, mesti orang bagi tempat duduk.

A : jom la kita pengsan ramai-ramai, nanti boleh duduk.

 

Okeyh, hot giler hati aku bila dengar macam tu. Dah orang tu pengsan, jangan la nak cakap macam tu lagi. Ce kalau kau yang pengsan dan orang cakap camtu kat kau. Apa perasaan kau? hurm.. aku usya muka girl 2 orang tu, dan hati aku kata lagi “kalau kau pengsan depan aku, aku akan wat bodo jer nanti.. forever” .. well, aku pon takde lah baik sgt.. hehehe…

Kesimpulannye, pihak KTM kena tambah lagi train untuk peak hours. Sebab ni bukan pengalaman pertama aku, sebelum ni pun aku pernah tunggu train sampai 4 jam kat Bandar Tasik Selatan.

Dan pesanan aku, kalau dah padat sangat tu, bagilah tempat duduk kat orang yang lebih memerlukan yer. Sebelum terjadi kes pengsan macam tadi.. hurm.. kesian tau..

Aku nak rehat nih. Penat membebel. ntah korang baca sampai abes ke idak nih.. hehehe.. bubye!! :)

6 comments:

Habibul Ambia said...

Campak Je Kart Railway Minah Tuh .
Mati Pun Takpe Kowt .
Ahaha .

Siti Farah said...

kau nak suruh aku campak minah yang mana nih? hehehe

fiq. said...

huh, tension2, kalau cukup 10 hari, mau tinggi tekanan darah, hhuhuu

My Name is Mar said...

Penumpang KTM ramai sebab tambang nya murah...
Dan mungkin juga sebab faktor banyak stesen yang jauh-jauh diperlukan...
Pernah gak naik KTM and rasa nak pengsan..
Tapi nasib baik sang kekasih ada..
Terlampau PACK sangat...
Tak suka naik KTM...
Tapi TERPAKSA...

Untung ke jadi SILENT READER?

Siti Farah said...

@fiq. naseb la jarang naik... :)

Siti Farah said...

@My Name is Mar yurp.. tambang murah dan takde nak join jalan jem.. tp dlm KTM yg jem. huhu.. sesak dan lemas..