Windows Live Writer & Blogger
Assalamualaikum guys,
Malam ni aku nak bercerita pasal Windows Live Writer nih. Aku rasa ramai dah tahu pasal ni, tapi masih ada blogger yang tak tahu. Jadi, malam ni aku nak bagitau korang apa kelebihan guna Windows Live writer nih.
Selama ni, aku jarang nak update blog guna dashboard tu. Satu, sebab kena tunggu ada internet connection baru boleh update, kalau sempat save dalam draft dah kira nasib tapi kalau tak sempat, kau taip la balik.. Dua, sebab enviroment yang putih jer.. ehehe.. macam tak menarik mood nak update.. :p
Berbanding guna WLW ni, anytime boleh menaip dan save without internet connection. Lepas tu, boleh guna Theme blog kita sendiri as background. Kemdian, banyak function lain lagi yang lebih memudahkan kerja berblogging :)
Antaranya,
1 . Ada button untuk hyperlink ( letak link dalam blog) . KAt situ korang boleh pilih nak open in another windows or same windows. Korang just taip URL jer kat situ, setting kasi baik dan klik OK. :)
2. Senang nak letak pictures. Pada yang suka letak pictures yang comel cantik dan macho tu, korang boleh klik jer kat button Picture dan browse gambar yang korang nak letak. Boleh adjust size dan letak watermark yang simple jugak!! :)
3. Nak upload video pon boleh. Sama ada dari file korang atau dari Youtube. Kalau file sendiri, selalunya dia upload kat youtube terus. Senang kerja kan :)
4. Korang boleh adjust font yang korang nak ikut suka korang.
5. korang boleh add berapa banyak blog yang korang nak dekat Tab Blog tu. Setting kasi cun, dah settle..
Tu antara kelebihan WLW nih. Korang yang tak reti HTML pon leh guna jugak. Senang nak letak url dan gambar. :) Kat bawah ni contoh WLW aku sekarang. Theme sama dengan blog.
Kalau nak download, korang boleh klik SINI . Dah masuk site tu, korang klik download. Lepas tu Run macam biasa. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya aku. Aku try sedaya yang mampu. Lepas tu, kalau ada yang aku belum tau, korang boleh tak share ngan aku? ehehe… Sharing is caring yaww!!! :)
Comments