Posts

Showing posts from 2011

Akibat Malas

Image
  Assalamualaikum guys… hahaha.. sebenarnya nak post pasal ni sejak hari kaki ni berbalut.. tapi apakan daya, hp abes betri n tak bawa charger, so terpaksa la tunda hingga ke hari nih.. Tengok nih! Abaikan jari yang gemuks tu.ahaahah Tu la.. malas lagi nak masuk ikut pintu, g masuk ikut sliding door yang ade pagar tu.. Dan tu la akibat kemalasan terlampau sy.. akhirnya kaki terseliuh, bengkak dan berbalut.. ahahah… Padan muka kan? :p .. dah tau kaki terseliuh pon boleh g bantai jalan jalan pusing unisel, lagi terbaik sakitnye.. melarat ke betis plak.. ahahah.. Petang karang nak balek rumah sendiri di tingkat 2 tu, dan nak kemas kemas barang untuk pulang bercuti.. Saya dah habis exam lama da tapi baru nak balek.. :p

2 Kuning Telur Dalam 1 Cengkerang.

Image
  Assalamualaikum guys, Heee!! :D Tengok tajuk tu, kalau siapa belum pernah terjumpa kes macam ni, mesti pelik kan? Tapi tak dah bagi aku sebab mende ni jadi kat aku sendiri. Masa raya haji hari tu aku nak buat kek batik and of course kena gunakan telur ayam, dan masa aku pecahkan telur ayam tu….. . . . Tadaaa!!! Ada 2 kuning telur dalam sebiji telur yang aku pecahkan tadi tu dan kuning telur tu bercantum. Serious tak tipu! huhu.. Memang agak pelik dan excited sampai aku menjerit halus masa pukul 12.15am tu. Kalau orang lemah semangat, mesti pengsan dah bila dengar aku jerit dan gelak sorang-sorang tu.. ahahaha.. Dalam kepelikan tu, aku dok keliru nak guna sebiji ke dua biji telur sebab dah ada 2 kuning telur. Tanpa fikir panjang aku pecahkan aja lagi sebiji dan teruskan misi kek batik aku. ehehe.. Baru hari ni aku nak cari punca kenapa boleh jadi mende camtu kat telur tu. Dan rupa-rupanya, 2 kuning telur tu terbentuk sebab ayam betina tu melepaskan 2 ovum serent

Laksa Penang

Image
  Assalamualaikum guys, Today is my last paper, dan semuanye dah berakhir. Harapnya begitulah.. ehehe… Ok, ini cerita lama, tapi aku nak cerita gak. Sebelum raya hari tu, adik sepupu aku ni teringin nak makan laksa, so dia mintaklah aku masak laksa. Disebabkan dia dah macam adik aku sendiri, so aku cubalah masak untuk dia walaupun aku tak pernah langsung maksa laksa penang.. hehehe… percubaan pertama, BERJAYA. Ni la rupa laksa penang aku. Jom kita tengok resepi yang aku guna pakai. .ehehe.. Bahan-Bahan untuk kuah laksa. 1kg Ikan Kembung 1/2 biji Bawang Besar 10 ulas Bawang Merah 7 ulas Bawang Putih 5- 10 biji Cili Padi (ikut sesuke lidah) Daun Kesum (penting tu) 1 batang Bunga Kantan (penting jugak) 7 – 10 sudu Cili Giling 3cm Belacan (secukup rasa) 5 ulas Asam Keping 1/2 cawan Air Asam Jawa 3cm Halia Gula dan Garam Secukup Rasa Cara Memasak : 1. Rebus ikan kembung dengan asam keping. 2. Toskan ikan kembung tu dan kisar. Lepas tu tapi

Sama Tapi Tak Serupa

Image
  Assalamualaikum guys, hehe.. Short entry jer kayh.. video jer lebih.. tengok nih. V V V V V V V V V V V Kalau Safura nyanyi lagu “Sedalam Mana Cintamu”   Bee Gees pulak nyanyi lagu  “How Deep Is Your Love”   Hehehehe… tajuk jer sama.. tapi lagu tak serupa… :p   Bye!

Saat Lafaz Sakinah

Image
  Assalamualaikum guys, Best Lagu Nih. Nak mengalir airmata pun ada bila fahamkan bait bait lirik lagu nih. Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu   Terus rasa rindu kat mak ayah makin membuak-buak dan terbayang macam mana perasaan mak ayah bila aku kawen nanti… :’)

Real SpongeBob and Squidward

Image
  Assalamualaikum guys, just a short post.. tadi terjumpe video nih kt YT.. hehehe.. menarik for me.     SpongeBob   Squidward   Patrick Star pon ade video nye.. tapi tak best.. :p

Sabar & Kuat.

Image
  Assalamualaikum guys, Letihnye rasa bila tidur pukul 6 lebih dan bangun kul 10pg.. 3jam je masa tidur. Tapi takpe sebab pagi-pagi lagi dah dapat dengar suara ayah.. :) Ayah call tanye khabar tadi dan agak sentap bila ayah kata “dah lame senyap je, tak telefon pon” . hurm.. ayah, sebenarnye bukan taknak telefon, tapi ank ayah ni tengah melalui masa-masa kritikal dalam hidup, takut menangis bila dengar suara emak and ayah nanti. Taknak mak ayah risau dengar farah nanges.. tu jer.. ( i wish they read this but i know it just a dream !) Segar je mata ni, terus aku membayangkan kawan-kawan aku sekarang ada dekat Dewan Utama dan bakal dapat scroll untuk Istiadat Konvokesyen Unisel tahun ni. Tahniah guys, korang dah berjaya tamatkan diploma korang dan hari ni hari sejarah untuk korang. Tahniah! :) Dan aku? Aku gembira bila kawan-kawan aku dah berjaya convo tapi aku sedih sebab harapan aku nak convo sekali ngan diorang tak tercapai. :( Takpe la mungkin ada hikmah disebalik semua yang berl

Art Clokey

Image
  Assalamualaikum guys, Hahahaa…sedang meng’google’kan diri, tetiba aku rasa google hari ni pon cantik jugak! ahaha… sangat comel.. pandai pereka dia ni kan.. Sempena Ulangtahun Art Clokey yang ke-90 , google jadi camni..   Bila Klik Jadi Camni Sangat Comel Bagi Aku.. ahahaha… Student Multimedia mesti tau siapa Art Clokey nih. Sebab dia la yang start buat animasi tanah liat tu. (animasi ke eyh?) :p .. Disebabkan aku agak sibuk nak taip panjang panjang, jom la kita tengok info pasal dia ni kat wikipedia. ehehe.. klik je nama Art Clokey ni.. :) Sambung Buat kerja.. bubye!!! :)

Orang Sombong Tak Dapat Apa

  Assalamualaikum guys, Huhh!! semakin dekat ngan november, stress tu makin terasa. ahahaha.. semakin stress, semakin kuat la aku melalut dan mengarut nanti. Kesian kat orang sekeliling aku sebab terpaksa melayan kerenah aku. ahahaha.. Syukur Alhamdulillah tengahari tadi selesai jugak masalah aku pasal subjek Entrepreneurship tu. hurm.. walaupun family aku memang berlatar belakangkan bisnes, aku masih kurang berminat pasal bisnes ni jugak. Tapi kalau nak mintak aku jadi Salesgirl tu, aku suka la.. ahaha..sebab aku suka bercakap dan borak dengan orang yang aku baru kenal. Lagi-lagi kalau laki tu ensem, sure la tibe-tibe keluar lawak bodoh dari aku nt.. ahahaha… gatai!!! :p eyh! Termelalut plak, hurm… berbalik pada subjek Entrep aku tu. Hari tu aku ada masalah bila aku takde group untuk projek Entrep nih. aku sensorang weyh! mintak masuk group dak kelas aku ni, diorang taknak coz katenye report diorang semua tu dah nak siap da. Ok la, aku terima la alasan diorang tu. Walhal kalau aku

Bila Semua Post Gambar Convo

  Assalamualaikum guys, Ditengah malam yang tak berapa sunyi nih, aku nak meluahkan rasa sedih kat hati aku ni bila tengok gambar konvokesyen kawan-kawan aku. Yela, sekarang kan musim convo, jadi semua nak post gambar convo memasing kan.. hurm.. even kawan sediploma aku pon akan convo gak hujung minggu ni. tinggal aku je la kat sini.. sedih weyh!!! sobss.. sobss.. sobss.. Ada yang pelik bila aku kata kawan batch aku da grad tapi aku je belum. Nak buat macam mana, belum rezeki aku nak grad tahun ni. InsyaAllah tahun depan. Dan harapnya begitulah.. Ada apa dengan convocation nih? Penting ker? dan penting ke convo cepat atau lewat nih? hurm.. ada yang rasa tak penting, tapi bagi aku penting sangat. Kenapa dan mengapa? Sebab aku rasa graduation ni memang tersangat penting untuk aku membuktikan yang aku dah berjaya habiskan study pada tahap tu la. Dah nama pun graduation kan.. Hurm.. Sebenarnya aku pun tak tahu nak cerita camne perasaan aku masa ni, yang aku tau aku sedih. Tu jer.. Kaw

RM10.75

Image
  Assalamualaikum guys, Selamat BerHari Khamis.. hehehe… okeyh, stop hehehe tu!! Serious Jap, Pagi tadi dapat tahu yang pengasas Apple kene geget “Steve Jobs” dah meninggal akibat Kanser Pankreas. So, RIP “SJ” .. Haaa!!! Mode Sempoi balek… Tengok tak Nilai RM10.75 tu??? hheehehe.. itu bukanlah earning Nuffnang atau ChurpChurp aku, tapi itu adalah hasil yang aku dapat lepas kemas almari aku yang berselerak tengahari tadi.. hehehe.. Ni barang barang dalam beg-beg kecik aku.. hehehe… pas dikeluarkan, inilah rupanyer.. memang berselerak… :p .. Lepas tu asingkan semua barang ikut geng diorang, ni yang aku dapat… Koleksi name card yang baru aku rembat.. hehe.. yang Hairazone tu saloon tempat aku memanjakan diri.. :p Tiket wayang yang baru menjadi simpanan.. yang lain kat umah pahang. hehehe.. nampak sangat sem ni aku jarang tengok wayang.. Ye la kot.. :p Segala resit n atm resit yang aku kumpul ntah dr bile ntah. aku pon tak tahu.. hehehe.. tapi tu la, bila di kira balik berap

Pandangan Orang.

  Assalamualaikum guys. Thanks singgah my blog yang tak seberapa nih. Sorrylah tak dapat nak hidang biskut marie cicah tea o suam untuk korang.. hhehehe.. :p Aku sebenarnya nak meluahkan rasa hati aku nih. Mungkin agak sedih la jugak bagi aku.. :( Aku sedih dengan sikap orang yang sentiasa mempunyai pandangan negatif terhadap orang lain. Situasi yang aku leh bagi contoh kat sini pasal Couple yang naik motor dan Couple yang naik kereta . Couple – Motor.. Semua orang akan pandang serong bila seorang perempuan membonceng motor dengan seorang lelaki. Tak kisah la sedara atau tidak, yang diorang tau “tu la mat ngan minah rempit, Teruk!!” . hish!!! teruk betul pendapat diorang tu..   Couple – Kereta Orang takkan kata apa pun.. Siap senyum lagi bila tengok couple nih keluar dari kereta.. lagi-lagi kalau si pakwe bukak kan pintu untuk si makwe, siap kata “Sweetnyee pakwe dia tu”…   Oh please!!! kenapa mesti ada pemikiran yang macam tu? Teruk sangat ke orang yang naik motor berbandi

The “V” Symbol..

Image
  Assalamualaikum guys, Macam biasa, sekarang ni aku jarang update blog. Macam blog terbiar pon ade ni ha.. bersawang dah pun… :p Okeyh, malas nak mengarut lebih sebab kesian korang yang nak baca tu.. Jom kita g topik utama entry aku malam ni.. Pasal “V” sign ataupun orang kita cakap simbol “peace” (alaaa… yg simbol 2 jari tu la… :p) Tapi, kat sini korang tahu tak maksud “V” tu bila hand gesture tu kita terbalikkan? erm.. maksud aku dari Kepada   yang nih..   Aku tengok sekarang makin orang amek gambar sambil pose simbol peace terbalik tu.. hurm… korang nak tau tak maksud sebenar peace terbalik tu? Pada yang tak tahu, meh aku bagitahu (aku pun baru tahu ).. Tapi aku bagi hint je la eyh.. selebihnye korang fikir sendiri.. hehehe..   Erm… kalau simbol   bermaksud yang alat kelamin lelaki.. so… yang ni maksudnyer.. hurm.. korang fikir sendiri yer.. :p ..   So, pada yang dok seronok amek gambar siap tunjuk jari gitu, pas ni ubah-ubah la yer.. huhu.. Lagi-lagi girls nih.

Kek Kukus Coklat

Image
  Assalamualaikum.. Salam hari ahad.. heehehe.. .esok dah isnin da, bermulalah monday blues bagi mereka yang anti dengan hari isnin.. Gladly, aku takde kelas hari isnin, so esok bakal pulang ke kampus. Demi rakan-rakan yang ku sayang, aku wat kek kukus untuk diorang.. hehehe.. Sorry sebab lambat buat yer kawan-kawan.,, :) Resepi untuk wat kek ni tersangat mudah lah.. ni untuk loyang bulat size 6 inci tu kot… tp dapat 2 loyang lah.. sorry, sebab aku tak ukur loyang tu pon td.. hehe.. :p Bahan-bahan : 2 mangkuk tepung naik sendiri blue keys 1 cawan serbuk koko aku guna yang ni 1 cawang gula halus 1 cawan milo 1 tin susu sejat (aku guna susu F&N) 1 cawan minyak masak 1 cawan air panas   Cara membuat : 1. Campurkan semua bahan kering tadi tu… (tepung, koko, gula, milo).. gaulkan… 2. masukkan telur yang dah dipukul kembang, susu, minyak dan akhir sekali air.. Kacau sampai sebati yer.. pastikan takde ketulan tepung lagi.. 3. sapukan loyang dengan minyak or marjerin

Kenangan UPSR

  Assalamualaikum guys, Selesai sudah adik-adik jawab UPSR… hehehe.. hujung tahun kang keluar dah result kan.. Cepat sikit berbanding PMR ngan SPM.. Bila terbaca cerita pasal kes GURU TERLAMPAU tu, buat aku teringat kenangan masa UPSR dulu.. Tapi bukanlah pengalaman pahit yer.. ni pengalaman manis bak madu tualang tu!!! ahahaha… :p Aku ingat lagi tarikh aku jawab UPSR tu, 3, 4, dan 5 September 2002 (kalau tak salah la kan) .. Sesungguhnya, hari tu la yang aku nanti-nantikan masa darjah 6 tu sebab aku tak sabar nak tamatkan zaman sekolah rendah aku!!! ahahah.. bajet nak cepat jadi remaja lah.. :p Sebenarnya, sebelum UPSR tu aku ade konflik sikit dengan angka giliran aku. Tersalah angka giliran, kenapa? aku tak tahu sangat.. yang aku tau, ada kesalahan di situ.. walau apa pun, aku tetap jawab UPSR dengan jayanya.. Aku bersyukur masa tu sebab cikgu-cikgu dok bagi semangat kat aku setiap hari.. bukan aku je la, tapi kat kawan-kawan aku yang lain jugak. :) . Dengan semangat yang ada, d
Assalamualaikum guys, sangat jarang nak mengupdate entry di blog ni, blog pon semakin terabai.. Camtu jugak laman sosail yang lain.. Aku pon tak tahu kenapa rasa macam malas sangat. Lately, aku mengalami masalah problem yang agak pelik.. Tetibe aku keliru macam mana nak eja hari "ahad".. Tetibe aku keliru dengan apa yang aku baca.. Sebut lain, baca lain,faham lain.. Adehh!! Agak korang nape ye? Hurm.. Sekarang kes final project aku plak, nama aku takde dalam list plak.. Takde supervisor, takde ape.. Hurm... Tu yang rasa makin malas nak belajar.. Belum masuk kelas business entrepreneurship yang ntah ape ape tu.. Group pon kucar kacir... For once, aku rasa cam nak putus asa... Cam nak benti jer... Hurm... :(

Someone Said…

  Assalamualaikum guys, Lumrah seorang gadis, bila ada masalah jer mesti mood menaip tu sampai walaupun takde ape nak di ceritakan. Ni pun berkaitan hal peribadi, tetiba hari ni rasa down jer.. terasa macam peristiwa MAc 2010 bakal berulang. Tapi biarkanlah.. Lupakan aje kerana ada yang mengingatkan :-   “there's nothing people can help you, except yourself. in relationship realm, your maturity help you to solve the problem. it's not bad idea to ask others to help, but prove to them that you can stand firm without relying to others. because in the end, it is you who step trough the door~” “strength is most common problem for people. it's more like "Can I?" or "Why?". stop questioning and start to find the solution now. it's good to start "what should I do to solve this?", or perhaps "It should end, now and forever!". adding for question on top existing question wouldn't help ^ ^ there's strength inside everyone, you o

Short Post

  Assalamualaikum guys, Sebelum raya till after raya still takde kesempatan nak update blog. Bulan puasa sibuk berniaga, raya sibuk berayak kat rumah dan lepas ni bermulalah tugas aku sebagai pelajar sepenuh masa.. jadi memang kurang masa nak update dah lepas nih.. Pada yang singgah dari segmen ape semua tu, aku nak mintak maaf sebab belum berkesempatan nak melancong p tempat korang.. Tapi aku janji, nanti aku singgah jugak yer.. Siap follow sekali blog yang aku tekan je “join this site” terus je leh follow.. :) bukan memilih, tapi ikut kesempatan waktu dan internet jugak. So, tu je la kali ni.. Ada masa aku p melawat blog kengkawan yer… :) Bye!! :)

Harapan Syawal..

  Assalamualaikum guys, Nak dekat raya dah kan..sedar tak sedar dah hujung bulan dah pun… Aku plak semakin sibuk sebab nak kat raya ni makin ramai pelanggan datang beli baju raya.. Macam yang korang dah tahu, tahun ni aku kerja ngan paklong aku sebab aku nak cari duit lebih.. Duit untuk beli baju raya aku, mak, ayah n share beli baju en.boyfie aku.. Syukur Alhamdulliah, semua tu aku dah tunaikan.. Semalam, bila dapat belikan baju untuk mak aku, hampir mengalir airmata ni. Rasa bersyukur sangat-sangat aku dapat beli baju tu.. Tapi aku tahan airmata tu sebab ramai orang kat shopping mall tu.. Baju mak, set ngan tudung sekali.. Hari ni settle baju ayah.. Baju melayu, kain pelikat n kopiah.. Hari ni pon airmata aku hampir mengalir sekali lagi sebab aku berjaya tunaikan hajat aku.. Hajat terbesar aku tahun ni, aku nak beraya ngan mak ayah aku.. aku nak ada ngan mak ayah aku sebelum malam raya.. dan aku nak semua pakai baju yang aku belikan masa hari pertama raya… aku harap sangat… It

Changing Run Level on Red Hat LINUX

Image
    Assalamualaikum guys, Entry kali ni cuma aku nak berkongsi apa yang aku ulangkaji hari ni pasal LINUX.. maybe mende ni nampak senang, tapi percayalah ramai gak yang search pasal nih.. hehehe… :p Kali ni aku dok ingat balik cara nak tukar dari User Interface yang cantik tu kepada Command Prompt yang hitam tu.. Mula mula kita log in sebagai ROOT dulu yer.. senang nak tukar setting.. :) sebelum tukar setting, kita buat backup file dulu… sekarang ni guna file inittab so kita akan backup file ni.. Cara dia… korang taip cp inittab inittab.bak dan enter.. so, takde la nanti sistem korang jadi kurap (corrupt) kalau salah command nanti… :) Lepas tu taip vi /etc/inittab macam kat bawah nih. Bila tekan ENTER akan keluar macam ni.. Tekan ENTER untuk continue dan akan keluar cam bawah ni pulak. Lepas tu cari baris yang di highlight tu. Ok.. Dah jumpa? Kalau dah, gerakkan cursor menggunakan arrow kat keyboard ke nombor 5 macam kat bawah ni pulak. dah? Tekan i (insert

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Image
  Assalamualaikum guys, Nampaknya bulan ni memang aku jarang sangat-sangat update sebab masa tak mengizinkan sangat. kekadang tu internet connection pon jeles ngan aku terus tak bagi aku online.. :( Nampaknya Cik Ima tagged aku untuk segmen Anif Abdullah nih.. Takper la aku join ajer. Kalau bertambah follower, makin bertambah la pembaca pada info info yang ada kat blog aku neh.. hehehe.. bab personal tu, taknak baca pon takper.. :) klik banner untuk join!!! :)   pehtu, mr Anif kita ni nak tahu nama and hobi kan… okeyh.. Nama saya SITI FARAH and orang panggil FARAH jer… Dan saya suka errr… urmmm.. sy suka online and main game SOLITAIRE .. :)   Saya nak tag kawan-kawan, tapi saya tak tau nak tag saper.. kalau taknak tag boleh tak? tapi kan, biar saya tag insan nih… Cempaka Putih Nota Terakhir tu je kot buat masa nih… hehehe… Selamat malam semua… :)

Customer Always Right… Betul ke?

  Assalamualaikum guys, Lately ni teramat sibuk coz membantu paklong berniaga kat depan Plaza Metro Kajang. Selasa ke kolej dan khamis kembali ke Kajang. So tak banyak masa nak update blog. Nak FB pon jarang-jarang.. Tapi ada ke reader blog aku nih? hehehe… Berbalik pada tajuk kat atas nu… Korang rasa Customer Always Right ke tak? Bagi aku, Tak pun…. :p … Kenapa tak? sebab minggu ni aku terpaksa berlakon manis depan pelanggan yang membuatkan aku terpaksa senyum KAMBING!!! :p Sumpah cakap, memang sakit hati derr… Panas jer.. Aku bg 3 Kes yang aku hadapi setiap 2 hari.. KES 1. Pelanggan : Kak, baju kurung ni berapa yer harga dia? Aku : oo.. yang ni RM150 kak. Pelanggan : takleh kurang lagi ker? Aku : Boleh, sy bagi RM 110 lah.. LAst tau.. habis kurang dah tu.. (malas nak bazir masa) Pelanggan : Ala kak, RM 100 tak boleh ke? Aku : RM110 ni pun dah kira banyak dah kurang kak.. Kalau RM100 memang susah nak bagi kak.. Pelanggan : Ala kak, sy tengok kat dalam (Plaza metro Kajang)

Jangan Layan

  Assalamualaikum guys Malam ni jiwa agak kacau sikit.. mula-mula Ok jer… tetibe satu mesej membuat aku rasa nak mencarut, mengamuk dan kasi hantam itu orang kaw-kaw!!! Ye, aku nak lupakan dia.. aku nak jauh dari dia..aku taknak fikirkan dia lagik… Kau ada awek, kau lukakan aku kau sakitkan hati aku, kau lupa aku. Tapi bila awek kau wat perangai cam syial kat kau, kau cari aku. Bila kau sunyi, kau cari aku.. apekes der??? cukup la awek kau tuduh aku n hina aku macam macam kayh!!! Well, awek kau jer baik kat dunia ni.. aku ni teruk.. tak layak pon nak berkawan dengan kau.. lagipun buat apa aku berkawan ngan kau. Aku ada sang BF yang lebih baik berganda dan sayang aku berganda.. Kau dan aku, semua tu kisah lama.. Bagi aku, kau just sejarah yang tak penting. Takde dalam exam pon.. So, g main jauh jauh!!! huhhh!! aku dengar nama kau jer aku jadi tension.. hurm.. apa pun, aku nak ucap takziah kat kau sebab nenek kau baru meninggal.. tu pun aku tau dari FB abah kau.. AlFatihah untuk ar

Di Bunuh dan Di kerat

  Assalamualikum guys, Selamat sudah menunaikan puasa untuk hari ke-4. Hari ni tengok berita asyik cerita pasal kes bunuh jer. 1 pasal kes Dr.Rohani yang dibunuh di apartment nye sendiri. Yang ke-2 ni agak ngeri sikit. Di bunuh dan di kerat. Lokasi, kat Taman Kosas, Ampang. Mayat seorang wanita ditemui di atas siling pangsapuri yang tak berpenghuni tu. hurm… Aku follow berita ni dari tengahari lagi, mula-mula penduduk kat situ ada terhidu bau busuk lepas tu ada yang terjumpa kaki kat atas lantai. Bila hubungi polis, polis jumpa plastik dan sarung bantal kat atas siling. Plastik dan sarung bantal tu mengandungi mayat yang di kerat. Kaki yang dijumpai tu mungkin terjatuh dari siling tersebut. Lepas tu, polis jumpa mayat kat dalam mangkuk tandas. Mungkin tak larat nak angkat dah so sembunyikan kat situ jer. Lepas bedah siasat dibuat, Mayat tersebut adalah seorang wanita dan dipercayai mengandung. Lepas tu ada satu mayat kanak-kanak lelaki bersama ngan mayat wanita tu. Bangsa, belum d

#1 Spontaneous Thursday

Image
  Assalamualaikum guys, Nak pengsan japs!!! eyh… takleh!! pose pose… Ok, nak menjerit japs… MTT follow blog aku!!!!! ngeee :D Tak cayer? Tengok ni,

Sahur Dulu Dan Sahur Sekarang.

Assalamualaikum guys, dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan.. Dan hari ketiga ni aku bersahur di unisel. Memandangkan bujang, aku minum 2 kotak susu Dutchlady Low Fat.. Hehehe... Tetiba, terfikir perbezaan sahur dulu-dulu ngan sekarang. Dulu pagi-pagi, mak yang kejutkan makan sahur.. Menu sahur yang paling menyelerakan, telur masin ataupun sardin.. Ada je salah satu tu, terus nafsu makan tu bangun tido sekali..hehehe... Lepas sahur, tengok tv jer sebab menanti subuh.. Dah subuh, bantai sambung tengok TV lagi.. Dulu kan pose time cuti sekolah.. Paling best sekali, bila tengok rancangan Kisah Anbiya' yang host tu Wardina saffiyyah... Suka sangat!!! sekarang bangun pun kawan yang kejutkan. Takpun abg cayang yang kejutkan.. Makan pun sekadar yang ada jer.. Macam hari ni minum susu jer.. 2 kotak lak tu.. Hehehe... Kumpul tenaga.. :p Lepas tu, online FB, Twitter... Semua post pasal menu bersahur jer.. Sampai lah subuh.. Hehehe.. Lepas subuh, kalau takde kelas Sah terbungkang

IFTAR

Image
  Assalamualaikum guys,   Semalam bercerita pasal niat puasa kan.. hehehe.. sekarang jom ajar kanak-kanak doa berbuka puasa.. yang DEWASa, aku rasa doa berbuka yang korang paling hafal kan? ehehehehe… Ni lagu terbaru daripada INTEAM.. aku dengar kat WHI edisi jumaat lepas.. Mencari kat youtube, takde la plak. yang ada teaser jer.. Tapi naseb ada part doa berbuka tu. Eyh, lupa nak bagitau korang.. IFTAR tu maknanya Buka Puasa tau.. hehehe.. jom sama-sama dengar teaser nih. best tau. :)  

Pengumuman Puasa dan Raya tahun ni mungkin Berbeza

Image
  Assalamualaikum guys, Apsal aku rasa macam aku seorang je yang ketinggalan nih? hurm… Tadi aku nak search nama “Atuk” yang selalu umum puasa ngan raya tu.. Dan aku terjumpa satu artikel yang mengatakan tahun ni beliau dah bersara.. :( Ye la, dari kecik sampai besar dengar beliau jer yang dok umum puasa ngan raya tu. Sampai dah boleh ikut gaya sekali..Tapi tahun ni mungkin lain dah. apa boleh buat, nak taknak kena terima jugak kan.. tapi nak tengok gak esok.. masih beliau yang umumkan atau orang lain dah.. huhu KUALA LUMPUR 7 JAN 2011 - Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun. (Artikel penuh, sila klik SINI )   notajari : walaupun penyimpan mohor besar Raja-raja dah bertukar, semangat puasa tu tetap kena ada.. :)

NIAT PUASA

Image
  Assalamualaikum guys, Lusa InsyaAllah kita nak puasa dah kan.. hehehe.. Secara jujurnya, aku ni dulu susah nak baca niat puasa yang Arab nyer.. aku akan baca dalam bahasa melayu jer.. Tapi sekarang dah banyak cara nak ingat niat puasa. Contohnya, Budak budak suka la ni..tapi aku lagi suka yang Raihan.. ada lagu sikit.. So, setiap kali niat puasa aku akan niat macam dalam nasyid PUASA DULU BARU RAYA nih.. pastu, semangat nak puasa pon makin tinggi. hehehe..   notajari : rindu nak tengok muka “atuk” (Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah) yang wat pengumuman puasa ngan raya tu.. hehehe…

Aweks pengsan dalam KTM

Image
  Assalamualaikum guys, LEtihnyer la hari nih.. haih.. tengah hari tadi keluar jumpa si dia, alang-alang tu teman la dia menunggu bus di hentian Putra sebab si dia nak balik kampung. Tepat kul 6, bus pon gerak dan aku terus ke KTM Putra. Pukul 6.05 minit aku tunggu train.. tunggu punya tunggu, tak nampak kelibat train ke Sg. Gendut Gadut pon.. yang ada semua ke Pelabuhan Klang.. Haih.. Train ke Rawang pon takde jugak.. yang banyak ke Batu Caves jer.. Masuk train ke-6 baru lah train ke Sg. Gendut Gadut . Tu pun pukul 6.50pm baru train tu sampai.. haih!!! Giler Lama.. sabar jer la.. PEnuh plak tu.. Mula-mula dok berdiri kat pintu jer la. Sekali kat Bank Negara makin ramai yang naik, langkah SELAMAT, aku masuk kat tengah tengah Koc tu. Kalau aku duk gak kat pintu tu, memang naya la jawabnyer. Dah la bau durian pekat lak tu!!! Sabar jer la.. Kat Stesen KL Sentral malas nak cakap lah, giler ramai… Sampai muka ayu, cun, cantik, seksi pon dah tunjukkan perangai sebenar diorang denga

Ramadhan 2011

  Assalamualaikum guys, Lagi 2 3 hari je dah nak kat puasa dah kita. Cepatnye lah masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ke 3 aku bakal berpuasa di U. Tapi mungkin tahun ni lain sikit. Untuk semester ni aku cuma ada 2 kelas jer. Kebetulan paklong aku perlukan orang untuk jaga khemah kat bazar nanti. menjual baju raya. dan InsyaAllah aku akan jadi part timer di sana. Saja nak mencari rezeki lebih bulan puasa nih sebab aku ada hajat yang aku nak tunaikan. Hajat tu, bukan la hajat nak meminang orang ke ape ke. Tapi aku nak belikan ayah aku baju melayu ngan kopiah dan tudung untuk mak aku. Nak belikan baju kurung untuk mak aku, susah sebab mak lagi selesa kalau baju tu ditempah. Kalau beli siap, mak tak suka.. So, nak sangat kumpul duit banyak sikit dan tunaikan hajat aku tu. tak dapat baju raya sendiri pon takper, janji untuk mak ayah ada.. ehehehe.. sesungguhnya, aku amat merindui mereka berdua.. Tak sabar nak balik Pekan, dan raya nanti la aku balik. Kiranya ni tah

#1 Wordless Wednesday

Image
    Assalamuailakum…. tengah lapar.. dan dan fikir pasal makan… haih!!! :p

Apa ni? Tak suka laa…

Image
  Assalamualaikum guys, Pagi pagi lagi dah online Fb.. Berblogwalking dan berguling…. Erk!!! Lepas tu aku tak tau aku tertekan link apa sampai kuar page LOG IN to enter this page.. hurm.. Masa tu dah rasa tak sedap hati, cepat-cepat on laptop dan terus meng ‘online’ kan diri semula. Bukak google chrome, enter address www.facebook.com dan….. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Tadaaaa!!!!   Hishh!!! memang tak suka betullah… walaupun aku dak IT, aku taktau apa itu NGINX (pronoun as Engine X) .. Walaupun aku dah google menatang tu, aku masih tak faham apa itu NGINX!!! Tension lah macam nih. Nak on Fb kene pergi Profile page, baru leh masuk.. Leceh ar.. huhu.. Korang tau tak mende ape nih? leh tolong gtau or citer tak ape mende nih.. Serious cam blur jer sampai bab IT dan network nih.. Cannot Gi!!!!

Hurm

  Rasa macam jatuh cinta pandangan ke-10 … haih!!!

Berpindah

  Assalamualaikum guys, Letihnyer la hari nih… Baru selesai kemas barang ni ha.. Kan training dah habis, so terpaksa lah berpindah ke block lain. Tak boleh nak duduk kat rumah yang sama. Sesungguhnya amatlah meletihkan. kena pack barang, lepas tu dalam 100meter, masuk Block H dan unpack semula barang.. Leceh giler!!! Tapi nasiblah ada yang ikhlas sudi menolong aku untuk mengangkat semua barang aku tu naik ke tingkat 2.. hehe.. mana nak larat kalau angkat sendiri. :p Terima kasih sangat sangat pada yang sudi tolong saya tu yer.. hehe.. Segan plak bila korang tolong angkat barang tu semua, padahal tak sampai sebulan lagi kenal korang. Walaupun korang senior aku dan korang amik degree, korang still baik ngan aku.. Thanks!!! Kesimpulannya, tak semua senior tu suka membuli yer.. ada jugak senior yang baik dan suka menolong macam mereka berdua tu.. huhuhu.. nama, tak perlu di mention kat sini.. mereka tau sendiri.. :p Ok lah, sekarang masa untuk berfesbuk.. Dah lama tak layan komen kom

Asal Usul Kanta Sentuh

Image
  Assalamualaikum guys, Semalam tamatlah sudah kursus LINUX dan ERP system yang aku join selama 20 hari nih.. Dan kerana itu jugak aku tak berkesempatan untuk sentiasa update blog. Aku tadi duk online mencari wholesaler contact lenses, hajat di hati nak cari rezeki lebih bulan puasa nih.. ehehe.. Tiba-tiba aku terfikir macam mana la Kanta Lekap tu di cipta. ye la, kalau cermin mata tu kita boleh berfikir secara logik lagi. Tapi lens kan lembut, nak jugak tahu macam mana kan… SEJARAH KANTA SENTUH DICIPTA. Kanta sentuh yang pertama telah dibuat oleh pakar fisiologi Jerman Adolf Fickpada tahun 1887. Kanta ni adalah diperbuat daripada kaca dan dipanggil sebagai “scleral lens” kononnya kerana ia meliputi sclera, bahagian putih mata. 1912, seorang lagi pakar optik, Carl Zeiss pun cipta kanta sentuh jugak. tapi kali ni yang betul-betul untuk letak kat kornea mata. 1938, Dua saintis, Obrig dan Muller, memperkenalkan lensa plastik scleral yang diperbuat daripada bahan yang dikenali seba

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga!

Assalamualaikum guys, hari ni aku rasa lemah sangat.. Bukan kerana aku demam ataupun aku lemah sebab belum makan. Tapi aku lemah sebab bulan ni jer pelbagai dugaan yang aku hadapi.. Sedih, memang sedih.. Dan segala kesedihan yang aku sembunyikan tu tak dapat lagi aku bendung malam tadi. Hurm, cukuplah dengan madah puitis aku nih. Sekarang masuk mod biasa semula. Minggu lepas, aku kehilangan external hardisk aku yang aku beli guna duit aku sendiri. Semua maklumat ada dalam tu termasuk final year project aku. Sangat berat nak terima kenyataan, tapi apakan daya mende dah takde. Kena lah terima jugak. Lepas tu aku diuji dengan masalah dalaman aku, boleh dikatakan masalah yang agak peribadi untuk aku ceritakan di sini. Kalau aku cerita kang lagi banyak la masalah yang datang nanti. Dan yang pasti, sejak akhir akhir ni jiwa aku sensitif sangat. Mudah terasa hati tapi aku pendamkan aja. Aku anggap semua tu hanya 1 gurauan dalam kehidupan. Semalam pulak, aku baru dapat tahu 2 subjek ya

Chance & Passion

  Assalamualaikum guys, Hari ni nak cerita pasal tajuk entry terperap nih.. heeheh… Chance and passion.. Kalau dalam bahasa Melayunya Peluang dan Keghairahan. Tapi perkataan “keghairahan” tu macam pelik ajer bunyi nyer.. sebab tu aku lagi suka guna perkataan omputih tu.. takde lah budakbudak akan fikir pelik dengan perkataan “keghairahan” tu. :) Sekarang aku berdepan dengan situasi dimana aku mempunyai keinginan dan passion yang tinggi tetapi tidak diberi peluang untuk memenuhi keinginan aku tu. Dalam tempoh beberapa minggu ni aku join program LINUX dan ERP system. Sebelum ni tawaran diberikan kepada pelajar Diploma dan Ijazah. Tpai secara TIBA TIBA aje, rules and regulation bertukar dan pelajar Diploma tak boleh nak join program tu. agak sedih la jugak.. dah semangat tempah hostel dan bayar ape semua tiba-tiba jadi macam tu plak. Seriously, sakit hati tu ada tapi apa boleh buat.. Terima aje la kan.. Tapi syukur Alhamdulillah, kami tetap diberi peluang oleh Trainer kami. Mr.M bagi

BAHAYA KAWIN DENGAN PROGRAMMER

  Assalamualaikum guys, Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.  Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."  Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?  Suami : Bad command or filename.  Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!  Suami : Errorneous syntax. Abort?  isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?  Suami : Variable not found...  Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.  Suami : Sharing Violation. Access denied...  Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? aba

Amy Mastura & Tommy Page

Image
  Assalamualaikum guys, Dok berjalan-jalan di laman youtube, terjumpa plak video nih. Tak sangka aku Amy Mastura ni pernah berduet dengan Tommy Page .. macam tak percaya jer… kalau boleh, aku nak Amy Mastura sendiri gitau aku yang memang dia yang berduet dengan Tommy page… Whoaaa… siyes aku suka Tommy Page sebab dia HANDSOME!!!! dan aku paling suka lagu A Shoulder To Cry On… huhh!!! Dan aku suka Amy Mastura sebab dia CANTEK dan berbakat.. aKu suka semua lagu Kak amy.. ehehe.. MAk aku pon suka jugak!!! Korang dengar la lagu ni, best jugak tau!!! :)

#2 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys, Seronok belajar LINUX…

#1 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum guys… + =

Windows Live Writer & Blogger

Image
  Assalamualaikum guys,   Malam ni aku nak bercerita pasal Windows Live Writer nih. Aku rasa ramai dah tahu pasal ni, tapi masih ada blogger yang tak tahu. Jadi, malam ni aku nak bagitau korang apa kelebihan guna Windows Live writer nih. Selama ni, aku jarang nak update blog guna dashboard tu. Satu, sebab kena tunggu ada internet connection baru boleh update, kalau sempat save dalam draft dah kira nasib tapi kalau tak sempat, kau taip la balik.. Dua, sebab enviroment yang putih jer.. ehehe.. macam tak menarik mood nak update.. :p Berbanding guna WLW ni, anytime boleh menaip dan save without internet connection. Lepas tu, boleh guna Theme blog kita sendiri as background. Kemdian, banyak function lain lagi yang lebih memudahkan kerja berblogging :) Antaranya, 1 . Ada button untuk hyperlink ( letak link dalam blog) . KAt situ korang boleh pilih nak open in another windows or same windows. Korang just taip URL jer kat situ, setting kasi baik dan klik OK. :) 2. Senang nak letak

Alam belajar tu kecik jer...

Assalamualaikum guys, Sekarang aku jarang nak update blog sebab ketiadaan masa dan ketiadaan idea. Tapi malam ni aku nak melalut sikit jer. Hari-hari kita mesti berdepan ngan macam-macam ragam orang sekeliling kita. Seriously, kalau nak dilayan setiap perangai manusia yang pelik pelik tu memang pening weyh!!! Aku dah rasa dan aku rasa korang pon pernah rasa gak lah.. Berdepan ngan orang yang cepat terasa, cepat sentaphatimaknak, cepat marah, cepat merajuk dan segalanya cepat lah.. Bila aku taip camtu, aku tak kata yang aku ni bukan salah seorang dari kategori yang di atas tu. Sejujurnya aku memang cepat terasa dan cepat terguris. Tapi tu sementara jer. Take it as positive things. Kalau kau nak sentap memanjang, tak hidup la kau.. Kenapa aku cakap camtu?? Sebab aku rimas, penat dan letih nak jaga setiap hati manusia yang sesungguhnya pelbagai ragam. Haih!!! Masa tu mula lah keluar istilah "asyik aku je jaga hati dia, hati aku siapa nak jaga?!?" .. Bila dah keluar ayat