Posts

Showing posts from July, 2012

Dah nak raya!

  Semalam lepas amek anak buah aku balik sekolah, tetibe .. Akak : Yeay! Yeay! Dah nak raya!!! Maksu : Akak, lambat lagilah.. baru 10 hari puasa.. Ada 20hari lagi tau . Akak : Alaaa.. dah nak dekat la tu kan maksu .. Maksu : Akak, akak tau tak orang suka sangat bulan puasa, bulan Ramadhan nih.. Akak : Kenapa orang suka, maksu? Maksu : Sebab, bulan puasa ni lah orang kejar nak dapat pahala banyak-banyak. Masa ni, pintu syurga tu Allah bukak luas-luas tau.. Lepas tu, Allah tutup pintu neraka. Orang dalam kubur pun tak kene seksa tau kak.. Kalau dah raya, kita takleh nak kumpul pahala macam bulan puasa nih dah. Akak : Habis tu, kenapa orang raya? Maksu : Hari raya tu, hari kemenangan. Masa zaman nabi dulu, bulan puasa pun ade peperangan. Lepas sebulan puasa, umat Islam pun raya sebab kita dah menang. Kita menang bila kita dapat puasa, tahan nafsu lapar, dahaga, dengan mende-mende lain yang boleh batalkan puasa. Macam sekarang, akak dah puasa 10 hari, lagi 20 hari akak pu

Maksu, Ampunkan Dosaku Tu Apa?

Image
  Itulah soalan anak buah aku yang umur 6 tahun tu lepas dengar nasyid I’tiraf yang Raihan nyanyi tu. Budak-budak, diorang cuma tahu perkara yang Allah marah itu dosa dan apa yang Allah tu suka, pahala. Yang lain tu, cuma samar-samar je bagi diorang. Dan bila soalan ni ditujukan pada aku, aku pon jawab. “Adik, dosa tu bila kita buat salah. Macam adik buat salah kat akak, adik kene mintak maaf kan? Macam tu la bila kita dosa ngan Allah, kita kenalah mintak maaf kat Allah .. Ampun tu, maksud dye mintak maaf la tu. Adik faham tak?” Dia cuba untuk faham dan dia tanya soalan lagi. “Maksu, adik banyak dosa tak?” Part ni yang takot nak jawab nih.. Tapi, aku cuba jugak.. Aku pon kate la. “Adik, semua orang buat salah. Semua orang buat dosa. Tapi, budak kecik macam adik ni, mak ayah yang tanggung dosa adik sebab adik belum tahu apa yang betul ngan salah. Bila adik besar, semua dosa adik nanti ayah yang tanggung. Kesian ayah tau.. Adik sayang ayah tak? Kalau adik sayang, adik kene

45.5 or 47.8 ?

Image
  Haih… Pelik ase.. Hari tu aku timbang, berat aku 45.5kg .. Sangatlah pelik, takkan seminggu puasa boleh turun sampai 4kg kot.. Superb sangat dah tu! Sahur makan, berbuka pon makan, siap makan banyak buah-buahan lagik.. Dan 45.5kg tu berat aku masa zaman sekolah dulu. Tak pasti form baper.. Lepas tu, tengahari tadi pi try timbang kt mesin yang ade kat Tesco tu. 47.8kg plak.. Aikkkkk!!! Takkan la baru 2 hari naik 2.3kg kot.. Padahal aku siap TERlepas sahur lagi tu. Berbuka pon tak makan nasi .. Haih… Penimbang tu rosak kot.. Dan aku tak tahu kenapa puasa tahun ni macam tak semangat je nak makan banyak-banyak macam selalu. Bukan memilih, tapi takde selera.. Kadang tu plan macam-macam nak beli kat bazaar ramadhan, tapi bila da sampai, semuanye aku tak berkenan.. So, beli air jer.. Makanan, juz beli Char Kuey Tiaw sebungkus. Itu jer.  Pagi tadi, sempat minum segelas je air untuk sahur.. Terlajak tidur punye hal. If kat kampung, mak ada Super Power yang boleh buat aku bangun sahur se

Mimpi, Peringatan atau Mainan Tidur?

  Mimpi ni dah lama dah.. mungkin dah sebulan atau dua bulan.. Ini bukan cerita rekaan, tapi ini apa yang aku alami sendiri. Ada orang kata tu semua mainan tidur, tapi aku anggap mimpi satu peringatan kepada aku sendiri. Lama aku pendam, aku cuma cerita kpd seorang kawan tapi hari ni aku nak cerita kat blog nih. Mimpi yang sangat menggerunkan aku.. Suatu malam, aku bermimpi yang aku dibawa ke suatu tempat dimana ramai wanita sedang menunggu giliran untuk dihukum, termasuk diri aku sendiri. Satu tempat yang menakutkan dan penuh dengan jeritan kesakitan. Setiap orang diseksa dengan begitu kejam sekali. Aku terasa bahang kepanasan di tempat tu. Aku tengok ada yang menjerit, ada yang menangis dan ada yang memohon ampun. Tapi semua tu dah terlambat. Tiada lagi keampunan dan tiada lagi kemaafan. Hanya menanti giliran untuk diseksa. Setiap perbuatan seolah-olah diulang tayang semula. Saat seseorang tu membuka aurat, saat orang tu melakukan setiap dosa, semuanya diulang tayang.. Jelas!

Kewlbox - Fowl Words - Play Online

 Hari hari yang membosankan dihabiskan dengan main game nih. Seronok dan mencabar.. :) Kewlbox - Fowl Words - Play Online

Baitul Rahmat

Tu drama yg aku dan family tonton kat tv1. Cerita pasal anak anak yg tak kenang jasa ibu bapa dan akhirnya hantar kat Baitul Rahmat(rumah orang tua). Sedih betul! Kenapa la ada anak yg camtu. Masa dok tengok citer tu tetibe mak tanye, Mak : nanti farah nak hantar mak g rumah orang tua tak? Aku : taknak la. Nak jaga. Mak : rumah orang tua kan selesa. Kalau farah keje. Siapa nak jaga? Aku : mak ayah lg penting. Takkan la anak 3orang takleh nak jaga mak ayah sendiri. Lagipun mak da susah payah ngandungkan aku. Ayah susah payah berusaha nak cukupkan makan pakai aku. Takkan la aku nak lupa semua tu. Besar rahmat bila seorang anak jaga ibubapanya. Kita ada seorang mak, seorang ayah.. Memang takleh cari ganti. Keje boleh cari, duit boleh cari, kete boleh beli. Tapi bukan mak ayah. Mereka tak ternilai dan tak terbanding. Jika kita seorang anak sebagai amanah Allah buat mereka, sekarang mereka adalah amanah yg perlu kita jaga. Jangan nanti bila mereka dah takda, kita baru nak menangis

Aku ke yang salah?

Erm, tadi kan aku g beli makanan ikan ngan ayah. Otw balek tu, singgah la jap beli buah coz sebelum puasa lagi ayah nak makan limau bali, da alang alang ada tu singgah la kejap. Sebelum benti tepi tu aku bagi la signal kanan awal awal lagi. Takde kereta pon kat belakang aku mase tu. Dah kereta dari arah bertentangan banyak, kene la aku benti dulu kan. Kalau terus kang, tempah maut namenye. Ntah semena-mena ada kete kancil slow kat belah kiri kete aku. Menjerit marah marah aku. Dah jalan tu kecik, aku rasa tak salah dye benti blkg aku,lagipun aku dah bg signal. Aku yang gelabah ni, terus masuk simpang. Demm! Cerun plak. Camne la nak kuar.. Siap membeli, aku try kuar simpang. Banyak kali gak tapi tak berjaya coz ni first time kete aku bwk beban lebih 150kg. Aku tak dapat nak balance klac n minyak. Enjin asyik mati je. Kesian betul! Last, aku turun sampai kawasan mendatar dan cube naik lagi n aku berjaya! Syukur ya Rabb! Berjaya kuar dgn selamat dan dapat la aku update pasal kes tadi

Supergirl!

Haa.. Memang supergirl pon sebab baru pas balek dari beli makanan ikan ngan ayah aku.. Kenapa super? Super sebab aku angkat makanan ikan tu sensorang, takkan la aku nak bagi ayah aku angkat plak kot. Aku sayang ayah aku.. Dah la 1guni beratnye 20kg. 4guni=80kg. Super tak aku? Hehehe.. Sekarang dah mula rasa dahaga. Haish.. Tetibe ase nak wat bisnes online ikan sungai. :-)

Aktiviti Hujung Minggu

Image
Pukul 10pagi ayah ajak g bank, dok mandi ayah kate tak jadi plak. Memandangkan takde apa nak dibuat, aku pon capai baldi dan g kat kete. Jirus jirus air, gosok gosok kete, bilas bilas kete, bersihkan dalam kete, 1jam kemudian siap! Tapi aku rasa cam lebih dari sejam je. Siap part 1, check enjin plak. Ni someone tu yang byk ajar aku. Mula-mula tengok minyak hitam dulu, erm.. Ada lagi separuh, memandangkan nanti kete kene tinggal, aku nak tukar pas raya je. Coolant pon lagi separuh, petang kang la isi. Air filter pon da aku bersihkan, senang sikit nak start enjin. Bila da siap semua tu, mula la tak tau nak watpe. Nak keluar pon bukan ada apa pon kat bandar Pekan ni. Bukan kutuk ye tapi hakikat. Library, riverfront tu mmg cantik tapi belum tergerak hati lg nak ke sana. Hehehe.. Nak g kuantan plak, confirm parent aku tak bagi, jadi dok umah je la sambil fikir nak masak pe petang ni. Tapi semalam mak da request roti jala, menjala la aku petang ni kat dapur. Hehehe.. Bila cakap pasal ro

Persediaan awal

Image
Semalam awal awal lagi dah pergi beli tiket bus, taknak jadi cam tahun tahun sebelum ni bila terpaksa tunggu raya pertama or kedua baru balek kampung. Huhuhu, Ni first time naik bus Mara Liner dan kali kedua naik bus Utama Express. Dan aku menggharapkan perjalanan pergi balik yang selamat dan selesa. Almaklum la, bulan puasa dan musim raya kan. Harapnye tak letih sangat la nanti. Nak drive sendiri, parent tak bagi. Risau katanya,jadi terpaksalah naik bus. Lagipun bukannye tak biasa, selalu sangat dah pun.

Antara Cita-cita dan Tanggungjawab.

Salam guys, Erm.. Dalam tempoh sebulan ni aku dok dilemma nak pilih yang mana satu. Antara sambung belajar atau jaga parent aku yg tengah tak sihat sekarang nih.Beratnya pilihan dan dugaan bagi aku. Dua-dua penting sangat. Kena plak mak dok desak aku sambung cepat dan abes cepat coz nak aku kawen cepat. Eh! Da ada calon ke? Ada yang cadangkan aku teruskan niat sambung belajar tu coz parent makin tua, takot diorg tak sempat nak tengok aku berjaya. Erm.. Betul gak tu. Dan akak pon cadangkan aku sambung je terus. Tadi mak cakap yg ayah kata tengok aku da macam taknak study lagi je. Aku pon jawab "bukan taknak cume tak sedap hati bila mak ayah tak sihat cam sekarang ni". Mak pon diam Nak wat camne, memang itu yang aku rasa sekarang ni. Esok lusa nak g Kajang dah. Sabtu daftar degree. Tiket bus pergi balek pon dah beli. Name je ada kereta, tapi naik bus juge.. Setakat ni je la. Nak tidur standby sahur. :-)

Beserdehana dalam berbelanja

Salam guys, Hari ni hari pertama puasa untuk tahun ni, jadi aku nak ucapkan selamat berpuasa  yer. Bila dah lame tak update, tak reti pulak nak bercerita. :p Erm, first day puasa ni mesti ramai yang semangat membeli belah kan, lagi-lagi bab makanan. Aku pon tak terkecuali jugak. Kononnya untuk sahur dan berbuka. Semalam balik dari membeli bahan untuk masak time sahur, tetiba ayah aku cakap <b>"orang kita ni, esok nak puasa, masa tu la nak borong sana sini. Kata nak sedia untuk bulan puasa, padahal esok tu puasa je. Bukan makan 3 kali sehari pun"</b> Erm. Dok masak tadi aku terfikirkan balik kata-kata ayah aku tu. Ada betulnya jugak. Kita ni sepatutnya beserdehana dalam bulan puasa ni. Contohnya bab makanan ni la. Puasa bukan setakat niat dan puasa, tapi untuk kita rasa kesusahan orang lain yang tidak berkemampuan cam kita. Kita masa berbuka, penuh meja makan. Bersusun haa segala jenis air dan kuih muih. Sampaikan banyak plak yg lebih lepas berbuka tu. Kan da

Cuba try test

Lame tak post.