Tuesday, July 31, 2012

Dah nak raya!

 

Semalam lepas amek anak buah aku balik sekolah, tetibe ..

Akak : Yeay! Yeay! Dah nak raya!!!

Maksu : Akak, lambat lagilah.. baru 10 hari puasa.. Ada 20hari lagi tau.

Akak : Alaaa.. dah nak dekat la tu kan maksu..

Maksu : Akak, akak tau tak orang suka sangat bulan puasa, bulan Ramadhan nih..

Akak : Kenapa orang suka, maksu?

Maksu : Sebab, bulan puasa ni lah orang kejar nak dapat pahala banyak-banyak. Masa ni, pintu syurga tu Allah bukak luas-luas tau.. Lepas tu, Allah tutup pintu neraka. Orang dalam kubur pun tak kene seksa tau kak.. Kalau dah raya, kita takleh nak kumpul pahala macam bulan puasa nih dah.

Akak : Habis tu, kenapa orang raya?

Maksu : Hari raya tu, hari kemenangan. Masa zaman nabi dulu, bulan puasa pun ade peperangan. Lepas sebulan puasa, umat Islam pun raya sebab kita dah menang. Kita menang bila kita dapat puasa, tahan nafsu lapar, dahaga, dengan mende-mende lain yang boleh batalkan puasa. Macam sekarang, akak dah puasa 10 hari, lagi 20 hari akak puasa, maknanya akak dah puasa penuh. Jadi akak menanglah, raya tu macam hadiah kemenangan kita tu. Contoh, akak masuk pertandingan lumba lari, bila akak dah penat dan menang, akak dapat hadiah. macam tu la puasa dengan raya nih.

Akak : ooo.. jadi, akak puasa penuh, akak menanglah. adik tak puasa, adik kalah! hahaha..

Maksu : Adik kecik lagi la kak. apelah….

 

Erm… budak-budak.. falsafah sangat kang tak faham plak.. aku pon taktau pe yg aku terangkan tu betul ke tak. cume nak fahamkan diorang jer..

No comments: