Thursday, June 19, 2014

Rapuh - Agnes Monica

Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan 'tuk kesekian kali
Tuhan kumohon jangan lakukan itu

Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak s'lalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap

Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya

Friday, June 13, 2014

Michelle oh Michelle

Seronok michelle dah balik.
Hari tu michelle tak balik balik umah, sedih betul.
Ni sejak semalam michelle ada happy sungguh rasa.
Penat layan si comel ni tp sebab dia jugak hilang penat seharian ke kelas pe sume.
Sayang budak panda nih..

Tuesday, June 10, 2014

Semester 6 Degree IT.

Hye. Lama pulak tak update blog. Kihkihkih.. Busy la kononnya..

Sekarang ni dah masuk semester 6. Setahun je lagi nak abes study, InsyaAllah.. Dan sekarang dalam semester pendek. 7minggu jer belajar pastu exam pastu cuti pastu raya! Yeay! Hahaha... Dan semester agak bosan la jugak sbb bertiga je kat rumah sewa. Yg lain extend. Kurang teman bergurau tu yg bosan huuhuhu..

Semester ni jugak aku bakal berpuasa di Unisel lagi. Masuk tahun keenam dah puasa kat sini. Kata mak, sabarlah.. Tahun depan da boleh puasa kat rumah dah.. Hehehe.. InsyaAllah boleh puasa kat rumah. Tu pon kalau belum kawen la. Erk!

Kawen? Hahaha.. Mak macam tak sabar nak dapat menantu tp aku macam ready tak ready je nak kawen tu. Nak memang la nak tp bila fikir tanggungjawab as a daughter tu terus tak rasa nak kawen. Banyak lagi nak kene selesaikan before jadi someone's wife. Dia pun macam tak ready je lagi. So just follow the flow.. Hahaha..

Ahh sudah.. Melalut ke situ pulak. Abaikan.. Abaikan.. Sekarang fokus utk semester ni dan semester depan.. Sem ni nama je sem pendek tp aku amek 3 subjek. Agak berat la jugak. Tp nak abes cepat punya pasal, redah ajer. Pastu nak kene start projek utk sem depan, taknak kelam kabut nanti.. Harapnya mood rajin tu cepatlah sampai. Hihihiihi...

Apapun, semoga aku berjaya menghadapi sem ni dengan rajin dan tenang. Malaysia boleh, farah pon boleh.. Jyeah!!! :D