Saturday, October 20, 2012

Mr. Steak House

 

Haa.. Cerita pasal makan lagik. hihihihi… Aku kalau part makan nih, haruslah dikongsikan bersama janji sedap dan berpatutan. Smile

Semalam plan nak makan dekat dekat area Unisel jer, tapi tersesat sampai ke Shah Alam! Bahahaha.. Sabar je lah kawan kawan aku nih.. Semua selera nak makan western jer, terima kasih pakcik google sebab kami boleh review tempat ni sebelum pergi. Terima kasih kat Cho jugak sebab cadangkan tempat nih.

Mr. Steak House @ Shah Alam

mr. steak house

picture credit to :Jom Makan2-Jalan2

Terletak Di G07, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park Seksyen 13,40100 Shah Alam Selangor.

Dan ni memang pertama kali kami pi makan kat situ. Review menu online memang tak percaya bila tengok harga setiap menu tu. Sampailah kami order sendiri.

Photo1290

Chicken Chop = RM8.90*

Ordered By Me, dan rasa memang sedap. Mushroom sauce cukup rasa dan cukup lemaknye. Memang tak menyesal bila makan. Open-mouthed smile 

Photo1293

Mix Lamb Chop = RM 16.90

Apit yang order. Mix Lamb Chop ni mix dengan ayam. Kalau perhati betul betul, kat atas tu ayam, kat bawah tu kambing. Ada baked beans, roti, coleslaw jugak. Black pepper sauce, sedap jugak. Smile

Photo1291 

Lamb Chop = RM 13.90

Ini, Nad dan Cho yang order . Sauce same dengan mix lamb chop tu jugak dan sedap jugak. haa! Open-mouthed smile

 

Boleh nampak harga yang agak berpatutan tu. Oh yer, Chicken chop tu dalam menu tulis promosi, so tak berani nak jamin time korang makan nanti harga sama or lain dah. hehehe.. yang pasti semalam masih RM8.90 .. Kat sini ade service charge 5% . Air pulak, juices semua RM5.00 kecuali Durian Belanda. Cold drinks RM2.50+ , Hot Drinks pon lebih kurang jugak. Tempat makan pon ok, bersih dan selesa. Kiranya tak rugilah kami jalan jauh semata-mata nak makan kat sini.. hehehehe.. Smile 

 

smlm

Apit & Nadia Open-mouthed smile

me & Cho Open-mouthed smile

smlm2

 

So, overall memang sedap dan memang selesa makan kat sini. Next time boleh pi lagik! Open-mouthed smile  And btw, nampak tak jus strawberi kat tepi tu? Haa.. Sedap Okeyh! Rasa macam original blended strawberry.. Berbaloi even RM5. Kih3… Open-mouthed smile 

Setakat ni je cerita, lain kali kalau pi tempat best lagi, cerita lagi… heee!!!! Open-mouthed smile

Monday, October 15, 2012

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Unisel !

 

Alhamdulillah, selesailah sudah. Penantian selama 3 1/2 tahun berakhir pada 14/10/12 .. Smile 
Seronok sangat bila tengok senyuman mak ayah saat aku keluar dari dewan utama sampai bergenang airmata aku. Aku cuma mampu cakap “Inilah hadiah terbaik yang aku mampu untuk mak ayah” ..

Parent students lain tunggu anak-anak keluar dengan sejambak bunga. Tapi aku, dengan satu pelukan dan ciuman istimewa dari mak. Itulah hadiah terbaik bagi aku hari ni.. :’D . Terus aku cakap kat mak “ Lagi 3 tahun setengah, Farah nak pastikan nama Farah kat muka surat depan buku ni pulak!” . Mak bagi sokongan penuh kat aku. Ayah pon sama.

Terima kasih mak ayah sebab sokong farah 250% .. Terima kasih pensyarah sebab sentiasa tolong Farah. Terima kasih cikgu sebab didik Farah dengan baik kat sekolah. Terima kasih kawan kawan sebab sentiasa ada untuk Farah. Sayang Semua! Open-mouthed smile 

Camne pun, terasa sedih sikit sebab abang dengan kakak tak dapat datang event tu. So gambar studio juz bertiga dengan mak ayah jer. huhuhu..

Photo1281

Rezeki Mak Ayah. Open-mouthed smile