Monday, October 15, 2012

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Unisel !

 

Alhamdulillah, selesailah sudah. Penantian selama 3 1/2 tahun berakhir pada 14/10/12 .. Smile 
Seronok sangat bila tengok senyuman mak ayah saat aku keluar dari dewan utama sampai bergenang airmata aku. Aku cuma mampu cakap “Inilah hadiah terbaik yang aku mampu untuk mak ayah” ..

Parent students lain tunggu anak-anak keluar dengan sejambak bunga. Tapi aku, dengan satu pelukan dan ciuman istimewa dari mak. Itulah hadiah terbaik bagi aku hari ni.. :’D . Terus aku cakap kat mak “ Lagi 3 tahun setengah, Farah nak pastikan nama Farah kat muka surat depan buku ni pulak!” . Mak bagi sokongan penuh kat aku. Ayah pon sama.

Terima kasih mak ayah sebab sokong farah 250% .. Terima kasih pensyarah sebab sentiasa tolong Farah. Terima kasih cikgu sebab didik Farah dengan baik kat sekolah. Terima kasih kawan kawan sebab sentiasa ada untuk Farah. Sayang Semua! Open-mouthed smile 

Camne pun, terasa sedih sikit sebab abang dengan kakak tak dapat datang event tu. So gambar studio juz bertiga dengan mak ayah jer. huhuhu..

Photo1281

Rezeki Mak Ayah. Open-mouthed smile

No comments: