Posts

Showing posts from May, 2011

31 Mei.. Last entry n birthday somebody... :D

Assalamualaikum... Pagi pagi ni aku dah ada kat hospital... Hehehe.. Memang bau hospital je la kan.. Tapi bukan aku yang sakit, mak ayah aku yang wat monthly checkup. Biasalaa, warga emas.. Sementara kat kampung ni, mak ajak teman sekali. So ikut aje la.. Mak ayah aku jugak kan... Hari ni 31Mei, dengan menumpang wifi hospital ni aku nak mengupdate entry last untuk Mei 2011.. Hehehe... Actually takde ape yang penting pon, saje nak menggatal tangahn sambil tunggu turn mak ni kan.. Tapi, aku tetap nak wish Happy Birthday to Kak Rokiah yang ke tetttt.... Hehehehe... Wish u happy n murah rezeki n cepat dapat baby n murah rezeki n cepat dapat baby lagi n n n n lagi la..heheheh... N not mistaken today also your wedding anniversary kan? Hehehe... Not mistaken la, if silap sorry morry haa... Rasa tu je la... Rasa mesti orang kat hospital ni rimas tengok aku dok tok tek tekan keypad hp nih..hehehe... Bye semua... :D

bila tak boleh online…

Assalamualaikum readers… Ya Allah, rasa macam ada mende yang kurang jer bila tak dapat nak online.. Bila tak boleh nak online tu otomatik la takleh nak update blog kan.. tu yang paling menyiksakan tu… haisshh… Bersawang abes blog nih… adoidoi…. Ada yang rindu tak? hehehehe…. aku ni dah rindu sangat nak blogwalking ke blog korang semua… banyak sangat mende best yang aku tengok.. sempat tengok gitu je la, nak blogwalking belum berkesempatan lagi. Tak sabar nak ke tempat yang sentiasa boleh online.. hehehe… so hari-hari ngadap blogggg jer nanti… BTW, camne template baru? ok tak? Simple je kan…hehehe… Bye semua!!! :)

Cinta dan Sahabat...

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian... Hehe.. Pagi macam ni, kena segar dan ceria sentiasa.. Hari ni berbicara soal cinta sekali lagi.. Sebelum tu aku nak tanya korang, antara pasangan korang dan kawan-kawan korang, korang utamakan yang mana??? Entri ni khusus kepada mereka yang couple lagi, kalau yang dah kahwin aku tahu apa jawapannya..heheehe.. Aku rasa lelaki dan perempuan ada pendapat yang berbeza.. Kebanyakan lelaki akan kata kawan lebih penting dan perempuan akan kata pasangan diorang lagi penting... Tapi bagi aku, kawan dan couple same-same penting. Pasangan korang tempat korang melafazkan kata-kata jiwang karat korang. Kalau ada apa-apa mesti cari pasangan korang kan? Tapi kalau korang gaduh ngan pasangan korang, korang cari sape? Haaa... Jawab! Jawab!! Mesti cari kawan korang gak kan, nak cerita masalah apa semua... Jadi, kawan dan pasangan korang sama penting... Kalau dah kepentingannya sama, salah ke kalau korang nak jaga hati kawan korang tu macam korang jaga

Opocot your mother!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi!!! Hehehe... Sambil tengok cerita "Lela Latah" kat tv2 ni, teringat peristiwa dulu-dulu...hehehe... Dulu aku ni kuat melatah. Latah ni pun berpunca sebab aku suka kacau maklong aku yang kuat melatah.. Bila dah selalu kacau, sedar tak sedar aku pon tiba-tiba melatah jugak... So, betul la orang cakap melatah ni berjangkit... Hehehe... Semakin hari latah aku ni makin teruk sebab asyik kena kacau je ngan budak sekolah aku. Sikit-sikit cucuk pinggang, jap-jap tepuk blekang, memang letih la aku cakap weyh... Terlompat-lompat, menjerit-jerit.. Kalau korang rasa, baru tau letih macam mana..huhu.. Latah ni, takde ubat tapi ada cara nak kawal latah nih.. Semuanya bermula dari mental kita, kalau kita pandai kawal takde la latah tu nanti..hehehe... Cam mane nak kawal, bagi aku senang jer... 1. Semua bermula dari minda. -maknanya korang kena set dalam fikiran korang yang korang takkan melatah dan taknak melatah. 2. Selalu tarik nafas dala

Bila hidung tersumbat....

Assalamualaikum guys... Ya Allah, terseksa rasanya hari ni.. Sebenarnya dari semalam lagi hidung ni tersumbat. Suhu badan pun tinggi. Lenguh badan sana sini.. Tak sihat la katekan...hehehe... Tapi takpe, sakit itu ujian.. Dan sakit itu juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil... Macamne pun, hidung ni tetap rasa tak selesa.. Aku senang kena batuk tapi susah kena selesema, kalau dah sekali kena mula la sakit camni..hehehe... Pastu segala nafsu makan lari mencecet ntah ke mana.. Lapar tapi takde selera.. Huhh!!! Cuba jugak nak hilangkan rasa hidung tersumbat ni. Bila dah hilang boleh la makan sikit.. Tengah malam start balik, sebab tak suka makan ubat selesema..hehehe.. Cara nak kurangkan hidung tersumbat yg aku amalkan, dua jer... 1. Banyakkan minum air masak.. Bukan sejuk tapi suam tau.. 2. Kunyah halia.. Tapi nak sedap, aku buat teh halia suam.. Sedap gak..hehehe.. Camne nak buat, tumbuk halia lepas tu rendam sekali ngan teh tu.. Bila dah tenggelam teh tu, minum suam suam

Lelaki patut cemburu kalau..

Assalamualaikum readers... Sambil tunggu bus ni, aku terasa nak menjawab soalan saudara Jahidih Saili pada entri INI .. Lelaki patut cemburu lebih dari wanita.. Hehehe... Patut ke?? Patut kalau :- - pasangan korang cun macam sharifah amani atau lisa surihani. - pasangan korang ade ramai kawan laki dan rajin keluar beramai-ramai ngan mereka tersebut. - pasangan korang banyak kali tipu korang...hahahaha.. Tapi TAK patut kalau:- - pasangan korang memang dah sah sah sayang, cinta dan setia kat korang seorang sahaja.. - pasangan korang keluar dengan kawan lelaki atas sebab kerja atau study.. Tapi bukan keje main main or study main main yer.. Sila perhatikan mereka.. - pasangan korang memang jenis tak keluar rumah dan dah tentu keluar ngan korang SAHAJA. Aku rasa tu je kot... Hehehe... Persoalan saudara Jahidih Saili dah di jawab... Sekarang nak tanya readers, patut ke lelaki cemburu lebih dari perempuan??? Sila jawab yer... Hehehe... Sekian, dalam bus pon bo

Kasih Itu Penawar, Cemburu Itu Racun 2...

Assalamualaikum guys... Bersambung kita dalam rancangan Soal Hati yang di hostkan oleh saya sendiri, Farah!! Haaa...bangun nak ke mana tu? Baca dulu, dah habis baru buat kerja lain..hehehe.... Melalut lagi... Dalam post sebelum ni aku ada cakap yang banyak mende kita boleh buat untuk hilangkan rasa cemburu tu kan.. Meh aku senaraikan.. Tapi ni mengikut pengalaman la, takde ikut buku atau kajian mana-mana tempat..hehehe.. *bajet macam da banyak pengalaman*.. 1. Percaya. - tanamkan rasa percaya pada pasangan masing-masing. Bila kita dah percaya pada pasangan kita, rasa cemburu tu akan berkurang.. Even dia keluar ngan kawan-kawan perempuan or lelaki dia pun, bila kita percayakan dia kita takkan rasa cemburu sangat. 2. Tiada Rahsia - jangan rahsiakan apa-apa dari pasangan anda. Pergi mana, keluar dengan siapa, buat apa, jangan rahsiakan. Pasangan kita akan rasa marah dan kurang percaya kat kita bila dia dengar cerita pasal kita dari mulut orang lain. Jadi sebelum dia tau

Kasih Itu Penawar, Cemburu Itu Racun.

Assalamualaikum guys, Entri agak personal tapi aku rasa sesuai kalau aku nak share dengan readers sekalian. Kasih itu Penawar, Cemburu itu Racun. Zaman sekarang ni, ramai orang couple dan berkahwin atas dasar cinta. Tapi tak kurang banyak kes bunuh juga kerana cinta. Dalam hubungan Cinta tu mesti ada Kasih sayang dan sedikit sebanyak mesti ada perasaan Cemburu. Kalau dulu-dulu, orang kata Cemburu tu sayang. Tapi kalau kes cemburu sampai bunuh membunuh tu pun sebab sayang ke? Tak salah untuk rasa cemburu, tapi biarlah bertempat.. Takkan lah, bos terserempak dengan tunang kat kedai bunga pon nak jeles? Tak pasal-pasal dah putus tunang.. Haih!!! Hehehe..sorry melalut ke cerita Nora Elena plak.. Berbalik pada soal cemburu dan kasih.. Bagi aku, kalau TERLALU CEMBURU boleh menyebabkan sesuatu hubungan tu retak dan mungkin berkecai terus kot.. Sebab tu Cemburu tu racun.. Cube kalau setiap masa kita berkasih sayang jer, mesti hidup kita bahagia kan? Takdenye nak gaduh bagai... Insy

GAME SENGAL -SENGALMAN .

Assalamualaikum... Petang ni jom kita join Game Sengal, Sengal Zone .. Hehehe... Disebabkan Sengalman tak bagi tajuk sesengal mungkin. Aku wat tajuk sendiri je.. Jom start game... Satu petang , Saya dan Opet gebu sedang berjalan untuk pergi ke kedai Runcit Pak Leman . Sedang kami melompat keriangan , kami ternampak seekor Beruang . Kami pun apa lagi, terus diam membantu macam batu belah batu bertangkup . Tiba tiba, kami terbau hancing giler lah . Kami kehairanan selama patplohlapan saat lantas segera menggaru garu lubang idung kami . Malangnya, udara segar yang masih ada itu telah berlalu pergi. Dan kami terus pengsan tak sedarkan diri selama doplohpat minit. aku rasa macam jawapan aku mengarut gila... Hahahaha... harap maaf, blog dalam pembikinan..sorry if u guys rasa serabut.. Hehehe..

Nostalgia Zaman Persekolahan : SHAH PEKAN!

Assalamualaikum... Giler lama postpone entry nostalgia nih..hehehe... Dah masuk sekolah ketiga dan juga merupakan sekolah menengah aku yang pertama.. Dengan berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, aku dapat tawaran masuk SBP Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (2003-2005).. Sebelum masuk Shah Pekan, ada konflik sikit dengan surat tawaran yang aku dapat tu. Nama dan angka giliran aku punya tapi alamat rumah, bestfriend aku punya.. Nasib la Syu call and gtau aku pasal surat tawaran tu.. Disebabkan konflik tu, aku n ayah pergi ke Shah Pekan sebelum hari pendaftaran untuk tanya balik pasal tawaran tu. Jumpa dengan pengetua, selepas beberapa ketika Tuan Pengetua cakap tawaran tu memang betul untuk aku. Syukur Alhamdulillah.. Orang yang paling happy, dah tentu mak ayah.. Aku plak dok takut dan dah sah aku tak suka dok asrama. Banyak kenangan Pahit dan Manis aku kat sana. Tapi jodoh aku ngan Shah Pekan tak lama, tiga tahun je sempat bertahan..hehehehe...lepas PMR aku pind

Perempuan itu... :D

Assalamualaikum... Pagi ni entri personal sikit..huhuhu... Kepada wanita itu... Jangan tergugat dengan saya kerana saya seorang insan biasa.. Saya bertudung, saya tak reti nak berfesyen bagai dan saya tak reti nak seksi meksi nih... Anda masih tergugat ke? Saya tak reti nak bermekap, saya tak reti nak keluarkan ayat yang semanis madu untuk pujuk lelaki. Anda masih tergugat ke? Jangan risau, saya takkan terima orang yang dah tinggalkan saya kembali. Sebab, kalau dah sekali dia boleh buat tak mustahil lain kali pon boleh.. Anda masih tergugat ke? Kepada lelaki itu... Utamakan mak ayah. Utamakan diri anda. Utamakan kerjaya anda. Terakhiiir sekali baru utamakan wanita yang takde ikatan langsung dengan anda. Lelaki boleh berjaya kerana adanya wanita di belakangnya, lelaki juga boleh binasa kerana wanita di sisi nya.. Kuatnya kuasa seorang wanita... Wooww!!! Kepada aku.. Sekuat mana pun dugaan yang datang, hadapi dengan senyuman. Kerana setiap ujian tu datang

Blog saya sudah ada header!!!

Assalamualaikum guys!!! Wahhh..malam ni aku tidur lewat seyh..hehehe... *bajet cam malam sebelum ni tidur awal plak*... Nampak tak perubahan blog nih? Hehehe... Serabut kan?? Maafla, keserabutan tu berlaku akibat sesuatu yang ditambah pada ruangan ini... Cewaaahh.... Skema tak ayat aku? Hehehe... Nampak tak header kat atas tu?? Apa pendapat korang? Ok ke tak eyk? Tu percubaan pertama aku dalam design header nih! Sumpah tak suka!!! Hahaha...tapi tak tau malam ni aku mimpi apa sampai leh gatal tangan wat header tu..hehehe... Stop melalut!! Hehehe... Aku nak tau pendapat korang eyh.. Please give ur comment... :p .. Sebelum tu nak inform, yang aku ni suka mende simple. Tak suka byk color dan sewaktu dengannya.. Bab template, nanti dah start online gune laptop aku betulkan balik..hehehe.. Gune hp ni susah..hp lame maybe boleh la nak drag n drop.. Hp yg ni takleh.. Laenlah kalau aku pakai iphone4 or HTC kan... Ok lah, patik mahu beradu... Selamat malam!!! :D harap maaf, blo

Lagu dan Azan dalam drama!!

Assalamualaikum readers... Sekarang dok tengok Maria Elena.. Ehh silap, NORA ELENA kt tv3..hehe.. Bila tengok, teringat episod semalam masa Nora nak solat tu.. Aku jadi konpius.. Awal-awal kan ada lagu, lepas tu azan.. Tapi lagu dan azan tu play serentak! Nampak tak macam tak menghormati azan tu even mende tu sekadar dalam drama jer.. Kes ni bukan setakat dalam drama Nora Elena ni ajer, tapi drama sebelum ni pun ada jugak cuma aku tak ingat drama apa.. So, tak tahu nak salahkan siapa.. Pengarah or orang yang buat skrip tu..huhuhu... Belum masuk bab cerita ni on air pukul 7 - 8 malam. Time maghrib tu... Hehehe.. Adakala aku lambat solat sebab layan cerita best time cenggini... Korang??? Jangan nak tipu la, mesti ade gak yang lebih kurang cam aku...hehehe... Tapi ape pun, nasihat aku kepada para pengarah, jangan buat lagu dan azan tu serentak... Cam tak hormat azan jer.. Huhuhu.. Tu pon kalau ada pengarah drama baca post aku neh! Hehehe... Ok la, aku nak sambung tengok Nora E

Loghat dan Identiti!

Assalamualaikum sahabat maya sekalian... Jawab salam tu...tak jawab dosa tau...hehehe... Semalam mood nak meng'update blog melayang ke sungai.. Hehe.. Hari ni, mood tu da terdampar ke tebing..baru je kutip ni ha.. Tadi dok makan laksa yang mak buat, aku teringat satu dialog antara aku dan pemandu teksi masa nak ke bandar bulan lepas. Pakcik: belajar lagi ke dik? Aku: ye pakcik. Kat U dah.. Pakcik: adik ni orang kemboja ke? Aku: a'ah pakcik.. Pakcik: yeke? Tapi nape takde loghat atau slanga kemboja pon. Aku: eyh...saya rasa macam ada je pakcik.. Takkan la takde langsung..? Hehehe... Pakcik: ye dik. Dah macam orang melayu dah. Lahir sini ke? Pandai cakap kemboja tak? Aku: saya memang lahir sini pakcik. Kat rumah cakap melayu je ngan mak ayah, err nak cakap kemboja tu pelat pelat la jugak.hehe..tapi kalau orang cakap, saya faham lah.. Ok,setakat tu je dialog nyer.. Hehehe.. First, aku nak bagitau kat sini aku berketurunan Melayu Champa tapi aku takut pakc

Wacana Guru Berjasa Bersama Bro Wacana

Image
Assalamualaikum dan Selamat Hari Guru!!! banner di atas menunjukkan saya berwacana sekali lagi... Buat entry kali ni saya akan membahasakan diri saya sebagai saya... Ececeh.... Takkan nak kau aku dengan cikgu, sungguh tidak sopan begitu yer anak-anak.. Cikgu dah ajar untuk berdisiplin so kena ikut tu yer.ehehe.. Sempena hari guru ni, saya nak ucap terima kasih kat semua tenaga pendidik di 1. Tadika Taman Delima, Kajang 2. S.K Seri Sekamat, Kajang 3. S.K Tanjung Medang, Pekan 4. SHAH Pekan 5. SMK Ahmad,Pekan 6. UNISEL, Bestari Jaya yang bertungkus lumus mendidik saya menjadi seorang manusia yang berilmu dan berjaya dalam pelajaran. Kepada cikgu & lecturer Math saya, terima kasih sebab tak jemu ajar saya kira banyak banyak kali. Miss KB, thanks jugak sebab sanggup bagi saya pinjam buku sudoku miss..hehehe...Termasuk En.Zamana yang pernah merotan saya, kalau cikgu tak rotan mesti saya tak hafal sifir 8 lagi..hehe... Cikgu yang ajar Pendidikan Islam, Ustaz Izan &am

Nostalgia Zaman Persekolahan: S.K.Tanjung Medang

Assalamualaikum and good evening guys!!! Hehehe... Aku nak sambung bercerita tentang memori zaman persekolahan aku...dan ni dah masuk sekolah rendah kedua aku. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MEDANG, PEKAN PAHANG (1998-2002). saja nak font besar, sebab aku bangga sekolah kat sini. :D walaupun suasana sekolah ni dan sekolah kat Kajang tu amatlah berbeza, tapi aku suka sebab cikgu kat SKTM semuanya ramah tau. Sometimes aku rasa macam cikgu-cikgu kat sana adalah family aku. Dari Guru Besar sampailah cikgu yang ajar. Guru Besar Wan Mohd Zain bin Wan Mahmood.. Cikgu yang tak pernah aku lupa, sebab walaupun beliau guru besar beliau tetap mesra dengan anak murid tak kira bangsa apa pun.. Cikgu pernah hantar aku balik rumah sebab ayah lambat ambil aku balik sekolah. Walaupun dah bertahun tak jadi anak murid beliau, bila jumpa je mesti cikgu ingat lagi kat aku.hehehe.. Baru je raya lepas terserempak ngan cikgu kat market.. Tapi ni tak bermakna aku lupa dekat cikgu lain... Cikgu Mariani, cikg

Jom Berbasikal pergi Melepak!

Assalamualaikum kawan-kawan... Macam biasa, time ni aku tengah tengok berita. Dan masa ni jugak la aku nak mengolah semula apa yang ada dalam berita tadi..hehehe,, Berbasikal selama 3jam untuk pergi melepak!!! Korang sanggup tak?? Kalau aku, sumpah tak sanggup weyh!!! Lebih baik aku duduk rumah, blogwalking, blogrunning or blog'lepak'ing jer...hehehe... Bayangkanlah, 3 jam! Bukan sekejap tu...lama dan jauh.. Dari Sijangkang ke Shah Alam... Ni sah nak g Dataran Shah Alam nih! Haih!!! Bukan ada apa pon kat sana... Tapi da tujuan diorang nak lepak, so aku pasti diorang rasa kat situ banyak apa-apa... Hehehe.. Korang faham tak ape yg aku cuba sampaikan?hehehe... Tapi part aku paling geram sekali dengar bila polis tu tanya polis: mak ayah tau tak keluar ni? Budak: tau. Polis: mak ayah tau tak awak merokok? Budak: tau. Polis: betul ke tau? Mak ayah tak marah? Budak: mak ayah bising jugak...tapi nak buat macam mana, dah ketagih... Haih!! Gitu sekali yer diorang

Saat Dayana AZ RAJIN untuk REVIEW

Image
Assalamualaikum... Update lagi...dan segmen lagi, segmen mintak d riview...hehehe... Tadi tengok akak buat kuih, ni sambil membuai anak buah blogwalking la kejap... Singgah kt blog SINI dan ade mende menarik kt sini. even baru first time dan baru jadi follower, aku suka blog tu... Template ok, semuanya jelas. Tak payah susah-susah nak cari button FOLLOWER & shout box... Paling aku suka, banner tu disediakan dengan coding html sekali... So senang blogger hp cikai cam aku ni nak join segmen yang ada...hehehe... Tenkiu ya!!! Ok, tu je la... Apa-apa pun thanks coz buat aktiviti review meng'review' nih... Sape-sape nak join, klik banner atas tu yer.,.,. Saya nk sambung membuai... Tataaaaa :D:D

Wacana Aku Nak Kahwin Bersama Bro Wacana!

Image
Salam guys!!! Saat berwacana sudah tiba. Lama aku tunggu saat nih! Hehehe... Kalau korang nak join, korang klik je banner bawah nih... wacana kali ni, kita nak bercerita tentang hantaran.. Kepada my future hubby you should read this!! Hehehe... Kalau mak aku baca nih, konpem kena tuduh gatal gelenyang nih...hahahaha... Wacana Aku Nak Kahwin! Ni senarai hantaran idaman aku... Aku ni tak suka majlis yang besar dan melibatkan pembaziran. Termasuklah bab hantaran nih.. Kalau boleh, bersanding pon aku taknak.. Sekadar akad nikah dan kenduri dah cukup dah. Tapi zaman sekarang, kalau buat pesyen cenggitu,sumpah banyak la fitnah yang korang dengar nanti..hehehe... Ok, stop melalut!! Aku taknak hantaran banyak-banyak.. Nak 5 dulang berbalas 7 jer... So, dari sidia 5, aku bagi balik 7.. Semua pakai tema hitam,merah.. Biar pelik sikit..hehehe... Senarai barang hantaran yang aku nak bagi. 1. Cincin 2. Al-quran, so kami boleh mengaji sama-sama nt. 3. Sepasang baju Melayu dengan so

Nostalgia Zaman Persekolahan : Sekolah Rendah Seri Sekamat.

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua!!! Aku nak sambung kisah nostalgia zaman persekolahan aku...hehehe.. Aku belajar lebih dari 2 sekolah, so banyak mende nak cerita... 7 hari 7 malam pon tak habis tau...hahahaha Sekolah rendah aku yang pertama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT , Kajang Selangor (1997-1998) kenapa 2 tahun jer? Sebab aku ikut mak ayah berpindah ke Pekan, Pahang.. Rumah aku yang sekarang. Walaupun 2 tahun, tu tetap tahun pertama aku bersekolah dan masih lagi hari pertama aku sebagai murid sekolah rendah. Masa tu aku dapat masuk kelas 1Baiduri.. Dan aku takkan pernah lupa kenangan hari pertama bersekolah nih...hehehe... Aku ni kidal, masa kecik aku ada masalah nak tulis huruf L .. Disebabkan kidal, aku selalu tulis L terbalik, jadi L ekor ke kiri...hehehe... Masa hari pertama sekolah, cikgu bagi 1 kertas kosong dan mintak kami tulis A-Z.. Pasal aku tak reti nak tulis huruf L tu, aku nak tengok la kertas budak sebelah. Tapi hampeh, cepat je dia tarik kert

Nostalgia Zaman Persekolahan : Tadika Taman Delima.

Salam guys!!! Hari Sabtu yang indah ni apa rancangan korang? Aku td plan nak keluar, dah siap ayu berbaju kurung lagi tu. Tapi ada masalah sikit, jadi aku dah rasa malas nak keluar..hehehe... Sambil dok tengok tv ni, teringat plak zaman sekolah dulu-dulu..huhu.. Tempat pertama aku mula belajar ABC, kat tadika Taman Delima, Kajang Selangor (1996). Hari first je aku bangun pukul 6 pagi sebab tak sabar-sabar nak pergi tadika..hehehe... Dia punya Excited tu lain macam sikit. Budak lain sampai menangis-nangis bila mak ayah balik, tapi aku happy lagi adela bila dah start belajar... Sebab masa kecik aku minat belajar... Sampai sekarang la..hehehe... Aku suka g tadika sebab:- 1. Makanan sedap walaupun sekadar roti kaya, bila makan ramai-ramai rasa Best jer. 2. Boleh main tanah liat. Uli jadi gajah, lembu dan paling senang, uli jadi ular or ulat...hahahaha!!! 3. Boleh siapkan buku aktiviti.. Buku tu best sebab leh color, lukis, tulis... Best best best!!! Hehehe... Sampai buku pern

Akibat terlalu asyik berblogging!!!

Salam guys!!! Hahahaha..aku percaya yang korang belom tidur lagi gara-gara seharian takleh nak update blog... Mesti sekarang korang tengah ketuk-ketak-ketuk-ketak dok tekan keyboard tu kan! Hhahaha..aku pon sama gak, tapi bukan keyboard lagu...aku tekan keypad..hehehe... Ok, stop pasal kes blogger under maintainance tu! Sebab aku baru terjaga dari mimpi nih! Huhu... Mimpi apa? Mimpi seram? Mimpi basah? Mimpi disiang hari??? Hahahaha...semua tu bukan... Tapi aku bermimpi sebab terlalu khayal berblogging.. Da macam ketagih plak rasanya... *statement takleh blah!* hehehe... Akibat terlalu asyik berblogging, aku lupa yang aku belum siapkan website untuk sistem aku!!!! Memang giler arh! Lagi sebulan jer nak bercuti..form je siap...Main page tak settle lagi... Database semua dah settle... Adodoi...bab main page ni memang aku lemah sebab nak kena design lawa-lawa!! Dan aku tak reti nak design lawa-lawa tu! Lawak boleh la kot! Huhuhu... Kalau aku hebat tang design bagai nih, mesti blog

Kisah syaitan dan manusia di pagi hari...

Selamat pagi, hello! Teman adik di sini... Hehehe.. Pagi-pagi ni, teringat cerita yang ayah selalu cerita kat aku masa kejut aku bangun tido. Tapi time kecik-kecik dulu la, masa dok tido bilik mak ayah lagi..hehehe... Jom start cerita... "farah, bangun tidur..dah pagi ni... Farah tau tak, kalau farah tak bangun tidur nanti syaitan tu suka sangat!!. Syaitan tu selimutkan farah dengan kulit khinzir.. Syaitan tu duduk kat mata farah tu, dia cakap tidurlah...tidurlaah.... Anak ayah pandai kan, bangun tidur yer. Kalau farah bangun, nanti syaitan tu kena marah dengan bos dia sebab dia dah kalah dengan farah, lepas tu dia jadi kuruuus jer sebab bos dia tak bagi makan... Kalau farah taknak bangun, nanti bos dia bagi dia makan, nanti syaitan tu gemukkkk lagi... Syaitan tu kan jahat, farah kena lawan syaitan tu...kalau farah tak lawan, nanti jadi kawan syaitan. Macam mana nak masuk syurga? Anak ayah pandai kan, bangun cepat... Biar syaitan tu kurus!" haa..tu la yang selalu

Barangan Luput Tarikh Dijual Semula!!!

Salam readers!!! Dah malam ni baru ada nafsu nak update blog. Tu pun lepas aku tengok bingkisan berita kat Buletin Utama Tv3 nih. Barang yang dah luput tarikh dijual, apa kes derr??? Sampai macam tu sekali nak cari untung lebih..haissshh... Tu dah kira haram kan jual sesuatu yang memudaratkan kesihatan? Hurm... Nak membebel lebih pun tak guna sebab aku rasa peniaga yang tak bertanggungjawab tu takde blog pon.. Dan tak rajin nak layan tenet ni coz busy bersihkan botol susu tu kot...huhu kejadian ni berlaku kat Gombak. Barangan yang dah luput tarikh macam susu coklat, susu, serbuk coklat dan sebagainya dijual semula kepada pelajar sekolah atau warung. Cara diorang senang jer, bancuh dan jadikan aiskrim. Lepas tu botol susu segar tu diorang buang sticker tarikh luput tu. Haissshh... Maknanya sekarang kita kena lebih berhati-hati dengan makanan dan minuman dari luar. Bahaya tau, boleh menyebabkan keracunan makanan. Lagipun makanan yang kotor ni boleh buat hati kita jadi gelap. Tu y

Perlu ke Header atau Barner untuk segmen??

Selamat petang... Jemput makan pelam...masyam...sedap...hehehe...lai lai.... Aku nak tanya ni, kenapa setiap segmen kena ada header atau barner yer??? Nak tahu jgak... Bukan apa, saja nak tahu...hehehe... Pada mereka yang rajin buat segmen, boleh tolong bagitahu tak kenapa? Thanks eayh... Nak sambung makan pelam... Daaaaa

Segmen Khas Ar-Rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru.

Salam guys!!! Pagi-pagi lagi dah blogwalking. Ternampak segmen Ar-Rifke nih kat blog PW. Jadi hati ni nak sangat join..hehe..lagipon xyah letak header kan. :p .. Ar-Rifke.com ada buat Segmen Khas Ar-Rifke.com Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru. .. Kalau korang nak join boleh tekan SINI . Ok, aku nak buat simple jer. 1. Berapa Lama Dah Blogging - blog ni wujud dari Nov2009 tapi mula aktif semula Jan2011. Kira tahun ni mood rajin update blog tu lagi tinggi dari tahun sebelumnya.hehe.. Lagipun umur baru nak matang kan.. :p 2. Kenapa Suka Blogging - dulu blogging ni sekadar suka-suka, tak serius pon. Sekarang dah serius sebab aku tengok dengan blogging ni aku boleh share banyak perkara dengan readers. Lagipun blogging salah satu cara aku habiskan masa terluang aku. Pastu aku suka jalan-jalan dekat blog yang banyak bagi informasi nih. Tambah ilmu di dada.. :D 3. Blog Kamu Mengenai Apa - kalau tengok post awal blog ni, semua pasal personal life jer.. Tapi sejak dah mata

Kisah si Professor dan si Pengayuh Sampan.

Suatu hari, seorang professor ingin ke seberang sungai dengan menaiki sampan. Semasa di tengah-tengah sungai itu, professor bertanya kepada si pengayuh sampan. "adakah kamu pandai menulis dan membaca?" "tidak tuan, saya tidak pandai menulis dan membaca." kata si pengayuh sampan. " jika kau tidak pandai menulis dan membaca, kau telah kehilangan separuh hidup kau".. Selepas itu, professor itu bertanya lagi. "adakah kamu mempunyai wang simpanan di bank?" "wang yang saya dapat cukup makan je tuan, mana saya mampu nak simpan". "jika begitu, kau telah hilang separuh lagi kehidupan kau. Mana boleh orang hidup tanpa wang pada masa tua nya nanti". Kata professor itu lagi. Tiba-tiba di tengah sungai, sampan yang dinaiki itu bocor. Lalu si pengayuh sampan bertanya pada professor tersebut. "adakah tuan tahu berenang?" "errr....err... Saya tidak pandai berenang". "owh, jika begitu tuan tela

Taufan Aere punca Peningkatan Suhu

Salam kawan-kawan, masih belum tidur? Aku sah-sah belum lagi, kalau dah tu maknanya aku mengigau taip entry nih..heheeh.. Setiap hari aku tengok mesti ada blogger yang buat entry pasal cuaca panas yang kita tengah alami sekarang ni.. Tengok camtu, aku pon rasa nak cerita gak la..heehe... Mesti korang dah tau apa yang menyebabkan peningkatan suhu ni kan? Kalau tak tahu, confirm korang tak tengok berita or tak baca paper.huhuhu... Punca peningkatan suhu ni adalah disebabkan taufan Aere di Filipina. Tolong betulkan kalau aku salah..heheh.. Kesan dari taufan tu, kita kat Malaysia ni kena tahan ngan cuaca panas nih. Seriously, even aku duduk tepi sungai pahang cuaca tetap panas. Tak berangin langsung! Baru mandi tak sampai 5minit aku dah start berpeluh semula. Memang rimas! Kalau malam, usah kata la, panas sampai takleh nak lelap langsung. Lepas subuh baru sejuk, tu la peluang aku nak lelapkan mata ni.heheehe..memang tak elok, tapi terpaksa... :p pembeli ikan patin ayah aku ada ca

1st Giveaway dari Mambang Terbang!!!

Salam guys,.... Sedang aku berblogwalking, bukak blog tiba-tiba jantung aku berdegup kencang... Huhuhu... Apsal nama aku ada kat situ?? Haihh... Bila bukak jer blog NI aku tengok muka aku terpampang kat situ. Dah macam WANTED plak! Hehehe... Aku dapat GA ni pon sebab aku jadi follower ke-100 MAMBANG TERBANG .. Hehehe... Terima kasih ye MAMBANG TERBANG atas kesudian anda tu.. Sebenarnya aku dah lama bercita-cita nak jadi follower ke 100 200 300 dan seterusnya kepada setiap blog yang aku terjah... Macam best plak kalau dapat... Kali ni da dapat, memang syok la...hahahaha... Lagi sekali, Thank MAMBANG TERBANG !!! Kalau korang nak terjah blog MAMBANG TERBANG ni, klik je yer... Tak silap aku MAMBANG TERBANG baru join dunia blogging nih.. Masih junior macam aku la..hehehe... Ok la, nak sambung tengok berita... Bubye!!! ;)

Kes Simbah Asid Sekitar KL!

Assalamualaikum dan selamat pagi!!! Siapa yang belum bangun, sila angkat kaki anda!! Hehehe.... Pada yang da bangun, bagus, barulah segar bila bangun awal..hehehe... Ke korang terpaksa bangun awal sebab nak g kerja, g kelas, g sekolah? Hehehe... Ok, pagi-pagi ni aku tengok MHI.. Kira ni sarapan pagi aku la selain dari berblogwalking ni kan... Ok, sekarang kan kecoh pasal kes simbah asid kat sekitar KL kan? Pada yang belum tau, meh aku bagitahu. Sejak Mac lalu sehingga kini dah dilaporkan lebih dari 10kes wanita disimbah asid di sekitar KL. Semua wanita ni dipilih secara rawak dan tak tahu apa motif diorang. Suspek mungkin 2orang lelaki India dan bermotorsikal. Itu cerita pasal kes tu, ni aku nak bagitau korang apa yang korang patut buat bila korang berjalan sekitar KL, tak kesah lah berdua ke bertiga atau berempat sekali pon. 1. Jangan jalan terlalu dekat dengan bahu jalan. 2. Selalu jalan dari arah bertentangan, kiranya kita boleh nampak la semua kenderaan yang menuju ke ara

4 pelajar perempuan yang KAKI BULI!!

Salam, hye, hello... Haha..baru je update ni update lagi.. Sebab apa? Sebab aku tengah tengok Buletin Utama dan diorang dok siarkan pasal kes buli.. Memalukan!!! Sebab kali ni pelajar perempuan lagi yang jadi kaki bulu. Aku rasa tahun lepas pon ada kes yang lebih kurang dengan kes macam ni. Perempuan jugak!!! Ni yang aku nak marah nih!! Mana la semua sifat lemah lembut seorang gadis tu? Mana? Mana? Hisshh!!! Tadi aku tengok visual tu, depa dok jerut leher pelajar lain, gunting rambut, dan apa lagi yang diorang buat pon aku tak tahu.. Apa nak jadi dunia sekarang ni??? Padan Muka diorang sebab kena gantung sekolah selama 14 hari lepas tu kena kaunseling lagi. Tapi aku rasa hukuman tu macam tak cukup jer untuk pembuli macam tu. Mungkin kena suruh diorang buat kerja amal sekali kot. Baru padan.. Dalam masa yang sama, aku rasa bagus jugak ada pekeliling yang sesuai untuk kes macam ni. Pembuli dan orang yang bersubahat sama-sama kena denda. So, moral of the story JANGAN BERSUBAHAT

Nak update tapi takde idea!

Salam guys... Hehehe...aku dari pagi rasa cam nak update entri baru jer... Tapi serius aku takde idea..takde isu semasa, tak tips dan takde nasihat..hehehe.. Apa yang aku buat dok blogwalking jer seharian nih.. Sambil-sambil tu aku tengok segmen segmen yang ada.. Memang banyak, tapi tak terdaya nak join.. Walhal hati ni nak sangat join segala segmen yang ada tu. Tapi apakan daya, segan la plak nak join sebab hp cikai aku ni masih belum mampu nak insert pixca dalam setiap post. Secara otomatik, aku tak dapat nakletak header depa yang lawa-lawa tuh.! Sedih tau.... Korang sebagai blogger yang tegar mesti faham perasaan aku bila korang tak dapat nak join segmen yang korang teringin sangat nak join.. Sayu je rasa... Petang tadi ada gak aku search application yang sesuai dengan fon aku ni untuk memudahkan aku berbloging, tapi belum jumpa lagi. Takda rezeki gamaknyer.. Huhu... Nasib... Nasib... Walaubagaimanapun aku tetap mencari dan terus mencari... Mungkin belum rezeki aku nak join

Kes kereta saling hentam menghentam!!

Evening guys!!! Masih belom tidur?? Ke ada da yang lena dibuai mimpi, ye la sok kan hari isnin..hari permulaan untuk minggu yang ceria..hehehe.. Lepas dinner tadi, ayah bercerita pasal anak kawan ayah yang accident pagi tadi kat Penjara Penor,Pekan-Kuantan. Agak teruk jugak la accident tu. Ada 3 kereta yang accident sekali gus. Hurm... Kereta A langgar palang STOP tu, kereta B berhenti nak tengok accident tu dan kereta C tak sempat brek terus langgar kereta B plak. Kesimpulannya, kereta A, 2 orang cedera parah dan seorang meninggal. Dah selamat kebumikan petang tadi, al-fatihah. Pemandu kereta B cuma patah tangan dan pemandu kereta C terselamat. Dari situ kita dapat tengok yang pemandu kereta A cuai sebab tak dapat elak palang tu. Pemandu kereta B tiba-tiba perlahankan kereta sebab nak tengok accident tu atau sebenarnya mungkin dia nak tolong dan kereta C macam drive laju sampai tak sempat nak brek lalu melanggar si B... Huhuh.. Serabu:..serabut.. Tapi korang perasan tak sejak

Bengkel Blog. Perlu ke??

Hye korang!!! Panasnya hari ni, dah malam pun berpeluh-peluh lagi ni haa.. Dah berapa kali dah mandi nih.. Paneh... Huhu.. Hari ni, aku tengok kat FB aku penuh dengan post dari lecturer aku pasal bengkel blog dan URL blog peserta yang hadir tu. Bengkel tu diadakan di Fakulti Industri Teknologi Maklumat (FITM) UNISEL. Memandangkan semester ni aku tak ambil, jadi aku tak tahu detail program ni sangat. Yang aku tahu program ni disertai oleh pelajar sekolah. Macam yang korang tau, sekrang ni ada banyak blog. Macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu! Aku rasa setiap hari akan ada blog blog baru dibuat. Lama-lama FB pun ditinggalkan kot..hehehe... Ok ok, berbalik pada tajuk kat atas. Perlu ke bengkel untul berblogging nih? Rasa-rasa korang camne??? Bagi aku la kan, bengkel macam ni MEMANG SESUAI la diadakan. Masa bengkel ni la kita akan diajar untuk menjadi seorang blogger yang BERHEMAH DI ALAM MAYA. Hehe.. Bukan blogger yang kaki mengutuk, bergosip atau mengapi-apikan blogger lain.

Yong Tau Foo Untuk Mak :D

Selamat petang semua.... Mesti tengah syom minum petang kan... Dapat pulak pisang goreng cicah soh, memang terbaik punye la.. Tapi tu tak bermakna aku tengah makan pisang goreng sekarang ni..hehehe... Korang tengok tajuk kat atas tu, ada iras-iras macam "rendang untuk ibu" tak?(rasa-rasa tu la tajuknye..hehe) alaaa...yang Fazura ngan Wan Maimunah berlakon tu.. Dan aku bukan nak cerita pasal rendang tu.. Aku nak cakap pasal Yong Tau Foo... Hehe.. Hari ni kan hari ibu, tapi aku tak pernah nak wish dekat mak aku sebab aku rasa hari-hari hari ibu.. Kalau dah hari hari, takkan la nak wish "selamat hari ibu" doplohpat jam kan? Jadi aku cuba untuk menjadi seorang anak yang rajin walaupun hakikatnya aku ni malas..hehehe.. Tadi masa aku nak goreng ayam,tiba-tiba mak mintak something kat aku.. Mak: farah, mak rasa nak makan yong tau foo la. Semalam mak tak larat nak beli. Farah buat kasi mak boleh? Aku: erm..boleh mak, tapi kalau tak sedap macam mana? Mak: takpe

Salah & Maaf ...

Salam guys, seronok beristirehat di hari Ahad nih..lagi seronok kalau dapat masak dan makan sedap-sedap. Cakap pasal makan, aku kelaparan nih... Baru masak nasi, jap lagi baru makan. Huhu.. Hari ni aku nak bercerita tentang soal Salah & Maaf.. Dan aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam hidup ni, takde siapa pun yang tak pernah buat salah. Boleh dikatakan dalam sehari tu mesti kita ada buat sekurang-kurangnya 1 kesalahan walaupun sebesar hama. Itu sudah pasti sebab kita ni manusia biasa kan. Jadi tak salah untuk buat salah. Bila dah buat Salah, mesti la kita mintak maaf kan? Tapi kalau dah selalu sangat buat salah dan mintak maaf, boleh ke kita nak maafkan orang tu lagi? Asalkan buat salah je, mintak maaf, sok buat salah ag, mintak maaf lagi..dan seterunyaaaaa lah... Sesungguhnya aku TAK SUKA keadaan ni!! Bila kita dah selalu buat salah dan mintak maaf, secara tak sengaja kita akan ada satu sikap " takpela kalau salah sikit pun, nanti boleh mintak maa

Wacana Mesra Blogger Bersama PW

Salam guys, hari ni aku nak join segmen PW lagi. Hehehe... Dan ini adalah entri terakhir aku untuk hari ni coz kejap lagi Hot Ticket Internet pass aku akan expired. Naseb baik la sempat join!! Berusaha nih!! Heheh... Tapi sebelum tu, PW saya nak mintak maaf sebab HP cikai ni masih belum mampu nak letak header anda..huhuhu... ;( Dah..dah!! Hapus airmataku cepat!! Nak start ber WACANA nih!!! Lagu yang aku suka yer... Banyak la...tapi nak top5 je kan, jadi aku list yang top5 je la...hehehe.. 1. Airmata Ibu by Datuk CT Nurhaliza. - aku selalu dengar lagu ni, tak pernah lepas. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku akan ingat pengorbanan mak untuk aku. Jadi aku akan berusaha mengelak dari menyakiti hati mak. 2. Di Pondok Kecil - yang ni aku tak tahu siapa penyanyi dia. Tapi aku start dengar lagu ni masa anak buah aku nyanyi time buaikan adik dia. Bila search kt youtube, memang meleleh airmata aku... Aku sayang ayah!! 3. Tolong Ingatkan Aku by Ana Raffali - hahaha...sekali se

PM di HotFM!!

Salam guys, korang tengok berita tak malam ni? Jangan dok sibuk tengok sinetron je kawan, berita pon kena tengok jugak tau!! Hehehe... Macam biasa, setiap malam ada berita pasal kes video skandal seksa tu la kan.... Bosan!!! Lepas tu ada kes bunuh plak dekat Bentong. Sepasang suami isteri di bunuh di rumah mereka, tiada unsur rompakan dan mungkin motif dendam. Huhh!! Apakah nyawa sekarang dah tak bernilai lagi? Lepas tu ada pulak kes 3 orang kanak-kanak dihanyutkan oleh arus deras ketika mandi di sungai hutan lipur.. Aku baru je plan nak g sungai gabai atau sungai congkak sebelum start sem nanti. Tapi macam tak jadi je sebab rasa takut tu dah ada..hehehe... Paling aku tertarik sekali, hari JUMAAT ni, PM bakal ke udara di HOTFM!!! Wowww!!! Rajin betul PM kita ni kan. Minggu lepas jumpa rakan online dekat Penang, minggu ni nak bersiaran dekat HotFM plak. Memang betul-betul nak dekat ngan jiwa rakyat nih... Huhuhu... Mungkin ada yang akan cakap, "biasa la ni, strategi politik&

Kenapa orang suka mencarut??

Salam rakan-rakan online sekalian... Petang-petang macam ni, kalau dapat pisang goreng pon sodaap nih!!! Hehehe... Tapi aku bukanlah nak bercerita tentang minum petang atau pisang goreng, aku nak tanya korang sebenarnya nih.. Kenapa orang sekarang suka mencarut??? Aku tak faham betul la, apa yang diorang dapat dengan mencarut tu? Bukan setakat mencarut dengan mengeluarkan kata-kata f***, b**i,g*****g dan sebagainya dengan menggunakan mulut.. Tapi sekarang ni kat fesbuk dan twitter pon banyak yang macam tu... Aku pelik betul laa.. Best sangat ke?? Bagi aku tak best sebab masa kecik dulu aku hampir kena tampar dek akak aku sebab nak sebut perkataan b**i tu jer.. Jadi terus aku anggap mende tu tak elok di sebut. Tapi hari tu aku terasa hati ngan sorang member aku ni. Dia dok anta msj marah marah orang lain tp siap ngan mencarut lagi. Aku cakap la yang aku tak suka kalau anta msj camtu.. Dan dia boleh bantai cakap "tak yah nak baik sgt la, hg pon sama cam pempuan lain gak&qu

Segmen Mesra Blogger Pembawa Wacana

Salam guys, aku tak tahan tengok ramai yang join segmen PW nih. Teringin nak join jgk, tapi apakan daya sebab HP cikai aku ni tak mampu nak letak header PW kat post nih. Jadi sesiapa yang nak join, korang boleh g kat link ni : SINI ... Yes, aku berjaya guna html coding utk letak link tu!!? Tak sia-sia aku belajar html..hehehe... Ok la, aku kat sini sekadar nak berkongsi kayh...segmen tak segmen, belakang kira.. Kalau boleh, aku nak jadi kaya . Tapi bagi aku bukan sekadar kaya harta yang aku nak.. Kaya duit tu last sekali kot!! Yang pertama, aku nak kaya Iman . Kenapa aku nak kaya Iman, sebab aku taknak nanti aku mudah terpesong dari ajaran agama Islam. Aku nak jadi seorang wanita muslimah dan anak juga isteri yang solehah... Yang kedua, aku nak kaya ILMU ! Aku nak kaya dengan pelbagai jenis ILMU pengetahuan sebab bagi aku "if you don't have any knowledge, you are nothing!!!" .. Jadi ilmu tu tersangat-sangatlah penting untuk aku dalam dunia dan akhirat nanti.

Bandar Pekan di Raja!!

Salam guys, panas sungguh cuaca di Pekan hari ni, sampai sakit kepala dibuatnya..huhu.. Aku ni baru je balik dari Bandar Pekan nih, pergi bank dengan member aku Aisyah. Sementara tunggu Aisyah tu settle segala hal dekat bank, aku pon duduk la kat luar CIMB tu tengok keadaan sekeliling. Hari ni aku rasa rimas dengan jalan kat Pekan tu sebab banyak sangat lencongan nyer.. Kat tepi sungai, kat hospital lama, kat depan pasar ikan, dekat dataran Pekan, gila banyak lah. Memang nak kena pusing jauh la kalau salah jalan. Sejak Datuk seri Najib jadi PM ni, banyak perubahan kat Bandar Pekan nih. Dulu Library kecik jer tapi sekarang dah besar. Bangun UMNO biasa-biasa je dulu tapi sekarang dah tinggi. Bank pun dah banyak, dari sekadar CIMB, BSN n BANK RAKYAT sekarang dah ada BANK MUAMALAT, MAYBANK, BANK ISLAM, AGROBANK, senangkan dah ada banyak bank. Huhuhu... Tapi dalam perubahan tu, ada jugak part yang aku tak suka. Aku tak suka bila penduduk dekat sini dah mula pakai baju sendat-sendat,

Hari Buruh & Minyak Masak Cap Buruh

Salam guys, salam hari pekerja jugak ataupun dikenali jugak sebagai hari buruh. Sambil-sambil menonton Buletin Tv3 ni, aku nak bercerita la tentang pengalaman aku masa kecil pasal hari buruh nih. Macam yang korang semua tahu la kan, setiap 1Mei adalah hari Pekerja ataupun hari Buruh. Masa kecik-kecik dulu, aku tak tahu ape tu buruh, yang aku tahu minyak masak cap Buruh tu jer. Hehe... Korang tau tak minyak masak cap buruh tu macam mane?? Alaaa...yang ada gambar orang pegang kapak tu, tapi bukan minyak angin cap kapak tau! Aku takleh nak upload gambar sbb aku membebel gune fon jer nih. Uhuhu.. Ok,sambung cerita.. Disebabkan minyak masak tu ada lambang kapak, jadi aku pon beranggapan yang hari Buruh tu adalah HARI KAPAK!!!! Hehehe..teruk kan pemikiran aku... Tapi bila aku tanya ayah aku hari Buruh tu apa, barulah ayah aku bagitau yang buruh tu adalah pekerja dan secara kesimpulannya hari Buruh= hari Pekerja. Camne pun, aku tetap tak berpuas hati dengan jawapan ayah aku tu sebab ak

Hotlink Hot Tickets!!!

Salam ahad dan selamat hari pekerja!!! Mesti semua orang tengah syok bercuti dan berjalan sakan kan? Dalam pada masa yang sama, aku yakin ramai tengah menyumpah seranah masa drive kereta sebab jalan jem sangat sangat...hahaha.. Tapi aku,masih di rumah sambil menikmati hujung minggu yang agak membosankan. Camne pun, setiap hari aku di sini memang rasa macam hujung minggu pon..hehehe.. Sedang tengok Nona, tiba-tiba jari aku tergerak nak menaip pasal hot ticket nih! Hehe.. Aku sebenarnya tak suka guna hot tiket sebab bagi aku ianya tak berbaloi coz aku jarang call dan sms guna num hotlink aku. Hot ticket kat ada expired date, so tak sesuai la untuk aku. Cuma sesuai untuk pengguna tegar hotlink jer. Hehehe... Tapi korang jangan salah faham, hot ticket ni ada 2 jenis. Ada untuk call n sms dan ada internet hot ticket.. Aku ni plak mmg suka meng'online'kan diri, jadi aku sangat sangat suka guna internet hot ticket nih. Kalau korang nak guna, beli yang rm20 untuk seminggu tu berb