Nostalgia Zaman Persekolahan: S.K.Tanjung Medang

Assalamualaikum and good evening guys!!!

Hehehe... Aku nak sambung bercerita tentang memori zaman persekolahan aku...dan ni dah masuk sekolah rendah kedua aku. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MEDANG, PEKAN PAHANG (1998-2002). saja nak font besar, sebab aku bangga sekolah kat sini. :D

walaupun suasana sekolah ni dan sekolah kat Kajang tu amatlah berbeza, tapi aku suka sebab cikgu kat SKTM semuanya ramah tau. Sometimes aku rasa macam cikgu-cikgu kat sana adalah family aku. Dari Guru Besar sampailah cikgu yang ajar.

Guru Besar Wan Mohd Zain bin Wan Mahmood.. Cikgu yang tak pernah aku lupa, sebab walaupun beliau guru besar beliau tetap mesra dengan anak murid tak kira bangsa apa pun.. Cikgu pernah hantar aku balik rumah sebab ayah lambat ambil aku balik sekolah. Walaupun dah bertahun tak jadi anak murid beliau, bila jumpa je mesti cikgu ingat lagi kat aku.hehehe.. Baru je raya lepas terserempak ngan cikgu kat market.. Tapi ni tak bermakna aku lupa dekat cikgu lain...

Cikgu Mariani, cikgu yang kreatif.. Suka hias kelas cantik-cantik..

Cikgu Johari, cikgu Sains.. Suka belajar Sains dengan cikgu sebab cikgu akan terangkan sampai faham.

Cikgu Zamana, cikgu yang garang. Walaupun garang, aku berterima kasih dengan rotan yang cikgu bagi rasa tu.. Heehe..kerana rotan tu la aku berjaya hafal sifir 8 dalam sehari..hehehe...

Ustaz Izan, dari aku mula sekolah sampai aku abes sekolah rendah Ustaz ni ajar Pendidikan Islam..hehe.. Loghat Pekan Ustaz ni pekat, aku suka..tapi kesian kat Ustaz sebab kena translate balek setiap perkataan yang aku tak faham tu..

Nak senaraikan semua cikgu, memang aku tak mampu..tapi yang pasti aku tak pernah lupa semua cikgu yang mengajar aku kat sana. Cikgu baik sangat, kerana cikgu semua jugaklah saya merasa dapat 5A dalam UPSR.

Dulu aku masa aku belajar, ada 6 kelas, dewan, library, bilik guru n kantin jer.. Sekarang, dah ada makmal komputer, bilik muzik, dan banyak lagi... Tak sempat nak merasa semua tu, yang aku sempat merasa dengar bunyi pembinaan jer..hehehe...

Tu je cerita sal SKTM... Hehe.. Pasni sekolah menengah pulak!

Sekian... ;)

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

Apa itu SOM TAM?