Lagu dan Azan dalam drama!!

Assalamualaikum readers...

Sekarang dok tengok Maria Elena.. Ehh silap, NORA ELENA kt tv3..hehe..

Bila tengok, teringat episod semalam masa Nora nak solat tu.. Aku jadi konpius.. Awal-awal kan ada lagu, lepas tu azan.. Tapi lagu dan azan tu play serentak! Nampak tak macam tak menghormati azan tu even mende tu sekadar dalam drama jer..

Kes ni bukan setakat dalam drama Nora Elena ni ajer, tapi drama sebelum ni pun ada jugak cuma aku tak ingat drama apa.. So, tak tahu nak salahkan siapa.. Pengarah or orang yang buat skrip tu..huhuhu...

Belum masuk bab cerita ni on air pukul 7 - 8 malam. Time maghrib tu... Hehehe.. Adakala aku lambat solat sebab layan cerita best time cenggini... Korang??? Jangan nak tipu la, mesti ade gak yang lebih kurang cam aku...hehehe...

Tapi ape pun, nasihat aku kepada para pengarah, jangan buat lagu dan azan tu serentak... Cam tak hormat azan jer.. Huhuhu.. Tu pon kalau ada pengarah drama baca post aku neh! Hehehe...

Ok la, aku nak sambung tengok Nora Elena sebab aku suka tengok Siti Saleha tu...hehehe.. Gigi dia cantik!!! I like!!!

Sekian, :D

notajari: romantik la plak letak cincin kat kek masa nak propose.. Jangan tertelan cincin tu udah...hehehe....

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?