Bengkel Blog. Perlu ke??

Hye korang!!!

Panasnya hari ni, dah malam pun berpeluh-peluh lagi ni haa.. Dah berapa kali dah mandi nih.. Paneh... Huhu..

Hari ni, aku tengok kat FB aku penuh dengan post dari lecturer aku pasal bengkel blog dan URL blog peserta yang hadir tu. Bengkel tu diadakan di Fakulti Industri Teknologi Maklumat (FITM) UNISEL. Memandangkan semester ni aku tak ambil, jadi aku tak tahu detail program ni sangat. Yang aku tahu program ni disertai oleh pelajar sekolah.

Macam yang korang tau, sekrang ni ada banyak blog. Macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu! Aku rasa setiap hari akan ada blog blog baru dibuat. Lama-lama FB pun ditinggalkan kot..hehehe...

Ok ok, berbalik pada tajuk kat atas. Perlu ke bengkel untul berblogging nih? Rasa-rasa korang camne??? Bagi aku la kan, bengkel macam ni MEMANG SESUAI la diadakan. Masa bengkel ni la kita akan diajar untuk menjadi seorang blogger yang BERHEMAH DI ALAM MAYA. Hehe.. Bukan blogger yang kaki mengutuk, bergosip atau mengapi-apikan blogger lain..

Dan aku rasa bengkel ni jugak perlu untuk mengajar kita cara terbaik untuk menaip entri kita, template yang sesuai digunakan, cara-cara menaikkan trafik blog dan lain-lain. Lepas dah belajar semua tu, boleh la bloggers baru ni belajar macam mana nak dapat hasil dari berblogging dengan letak iklan macam NUFFNANG tu. Jadi amatlah berbaloi-baloi jadi seorang blogger..hehehe..

Jadi, apa pendapat korang dengan bengkel blog nih?? Kalau ada bengkel untuk cara berblogging dengan jayanya, korang nak join tak???

Kalau aku dapat peluang tu, confirm aku join sebab aku boleh jadi seorang blogger yang BERJAYA!!! Setakat baca tutorial kat blog aku rasa macam tak cukup jer.. Ada orang pot pet pot pet baru leh cepat faham..hehehe...

Sekarang aku cuma berharap ada group UNISEL BLOGGER je kat FB.. nanti boleh share link sama-sama... Heheehe...

Sekian,.....

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?