Kes kereta saling hentam menghentam!!

Evening guys!!!

Masih belom tidur?? Ke ada da yang lena dibuai mimpi, ye la sok kan hari isnin..hari permulaan untuk minggu yang ceria..hehehe..

Lepas dinner tadi, ayah bercerita pasal anak kawan ayah yang accident pagi tadi kat Penjara Penor,Pekan-Kuantan. Agak teruk jugak la accident tu. Ada 3 kereta yang accident sekali gus. Hurm... Kereta A langgar palang STOP tu, kereta B berhenti nak tengok accident tu dan kereta C tak sempat brek terus langgar kereta B plak. Kesimpulannya, kereta A, 2 orang cedera parah dan seorang meninggal. Dah selamat kebumikan petang tadi, al-fatihah. Pemandu kereta B cuma patah tangan dan pemandu kereta C terselamat.

Dari situ kita dapat tengok yang pemandu kereta A cuai sebab tak dapat elak palang tu. Pemandu kereta B tiba-tiba perlahankan kereta sebab nak tengok accident tu atau sebenarnya mungkin dia nak tolong dan kereta C macam drive laju sampai tak sempat nak brek lalu melanggar si B... Huhuh.. Serabu:..serabut..

Tapi korang perasan tak sejak peristiwa 10.10.10 , makin banyak kerderaan yang accident berderet. Dan yang terbaru 2 3 hari lepas yang kes kereta langgar rumah orang tu.. 3 kereta gak join venture tu. Berderet je langgar nyer.. Pastu ayah ada cerita yang hari tu kat jambatan Pekan, kes lebih kurang macam tu jgk. 2 3 kereta gak la berlanggar sekali...

Apa nak jadi dunia sekarang nih.. Haih!!! Nak salahkan pemandu ke, keadaan jalan raya atau pembuatan kenderaan tu sendiri yang bermasalah? Aku pon tak tahu dah. Apa yang aku harap, semua family aku selamat ketika berada di jalan raya..tu jer... InsyaAllah...amin...

Pada pemandu-pemandu semua jenis kenderaan, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang tersayang. Bukan time perayaan je nak kena hati-hati, tapi setiap hari tau. Sebab nyawa kita ni takleh dijual beli. Penderma jantung memang ada, tapi penderma nyawa takde bhai...

Sekian... :D ..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?