Posts

Showing posts from 2013

ISM Teknologi Maklumat – Semester 4.

Image
19/12/2013 , Secara rasminya tamatlah sudah semester 4 aku. Hihihi. Seronoknya! Berhempas pulas jawab exam tadi. Dah la banyak kira-kira, letih betul menulis dan mengira. 1 soalan je dah 4 pages jawapan. Mana tak penat. Huhuhu… Dah habis semester tapi masih lagi di rumah sewa. Minggu depan baru balik la kot. Badan penat lagi, setiap hari study sampai 4 – 5 pagi. Study la kononnya kan. Hahahaha.. Tapi rasa berbaloi la dengan usaha aku tu bila boleh jawab exam, memang ada soalan yang susah nak jawab, tapi jawab aje la. Jangan dibiarkan kosong, dapat 1 markah pon ok la. 1 yang boleh menggenapkan 9 menjadi 10. hihihi… Semester 4 ni semester yang penuh warna warni. Macam macam jadi, ketawa, menangis, semua ada. Tapi ending semua yg happy saja. Alhamdulillah. :) Semester yang memenatkan bila projek untuk setiap subjek semua dapat last minute. Huhuhu… Takde study week. Minggu exam yang busy dengan projek dan kelas ganti sampai tak rasa langsung macam esoknya tu ada paper. Busy tp masi

Kehilangan Yang Berat

Lama sangat tinggalkan blog. Hajat hati nak jenguk tapi masa tak mengizinkan. Banyak pulak kerjanya haa. Hurm. Sekarang pon final exam week. Baru lepas buat revision, curi masa untuk update sekejap. Update sekadar meluahkan rasa sedih dalam hati. Hurm. Hari Isnin, 16/12/2013, dapat khabaran sedih dari anak buah kat Pahang. Katanya nenek aku dah meninggal. Aku yg tengah nak suap nasi kerabu ni, terus mengalir air mata. Sedih. Aku tak mampu nak cakap apa apa. Nenek meninggal 6.00pm waktu Malaysia. Dikebumikan di kampung daerah Siem Reap, Kemboja. Aku pon tak tau nama kampung nenek aku. Aku tak dapat jumpa arwah sebelum arwah pergi, itu yg buat aku sedih. Last aku jumpa arwah masa zaman sekolah. Lama, terlalu lama. Aku rindu tapi jarak memisahkan kami dan kini dia telah pergi selamanya. Ibu kepada mak. Aku sebagai cucu pun rasa kehilangan sangat, apatah lagi mak kat Pekan. Aku sedih, aku takde di sisi mak masa mak dapat berita nih. Ada yang tanya, kenapa tak balik? Sebenarnya parent

Happy Birthday To Me!

Image
Wahahaha… Dah berapa hari berlalu baru nak post entry nih… kihkihkih.. 28Feb2013 – Birthday aku yg ke 18 erk bukan yg ke 23 ! 23 woiii!!! Terasa semakin tua plak aku. Tapi tu la, orang ade cakap yg “age is just a number” .. Betul la tu, kalau umur dah 30 tapi perangai cam bebudak yg tak matang tu watpe kan? haaa.. Kali ni aku di surprise kan oleh budak umah sewa aku, fuhh!!! ingatkan dah selamat, tapi terkena jgk. Punyalah diorang paksa aku keluar makan malam tu. Aku yg malas ni pon terpaksalah ikut kehendak diorang even ade bau fishy fishy yg sangat hanyir! hahaha.. Disebabkan aku asyik dok fikirkan pe yg bakal terjadi kat aku, malam tu aku jadi kurang mood untuk bersuara. Yang aku tahu, makanan dah sampai dan aku nak makan. haaa… Ape yg bakal terjadi memang aku pasrah habis mase tu. Sedang aku seronok layan nasi goreng ikan masin + kangkung goreng belacan tu, tetiba Nurul dan Lily datang bawak kek dan 1 meja nyanyi lagu birthday untuk aku. The best part is, salah seorang da

5 Hari Lagi.

5 hari lagi jer lepas tu umur aku 23 dah. huuuu… cepat sungguh masa berlalu, aku rasa macam baru semalam ayah aku hadiahkan basikal mase umur 6tahun. fuhh!!! Masuk 23 nanti habislah privileges sebagai S.O.X user dan Maxis Youthclub user, semua jadi plan biasa dah nanti. Kene makin berjimat cermat macam nih. huuu… Masuk 23 jugaklah tanggungjawab makin besar, makin banyak mende nak kene fikir, makin banyak mende nak kene hadap. Tapi takpe, itulah segala cabaran, dugaan dalam hidup aku nih. Semua tu buat aku lebih matang.. kihkihkih… Yang aku risau sekarang nih, risau kawan-kawan prank aku. Almaklum, tahun lepas aku jd dalang prank time birthday diorang. Eleh, aku prank baik baik jer takde nak balik tepung ka telur ka pe bagai. Prank sopan punye. hahahaha.. Aku nak larikan diri pon tak boleh sebab khamis ade test dan jumaat masih ade kelas.. Tawakal je la. hahahaha.. Macam mane pon, age is just a number. So be cool and relax. I masih muda okeh! kalau orang tengok pon diorang pangg

Berehat Panjang.

Setelah lama berehat panjang. Blog berhabuk tak di update. Bukan apa, laptop rosak so tak dapat nak update apa-apa. Lepas tu tuan blog pon busy dengan aktiviti study . Tinggallah blog berhabuk umpama tak bertuan. Hahahaha… Kasihan. Sekarang, pakai laptop baru. Mohd Asus nama di beri setalah Siti Acer nazak tunggu di baiki. oh! Duit lagi…. Tahun 2013 ni banyak tanggungan nak kene diberi perhatian. Mohd Asus dengan maintenance nye, Mohd Iswara pon nak kene maintain . Siti Acer nak kene repair. Ah! Gediklah semua nak bagi nama. hahaha. Tapi apa kisah, aku punya kan lantaklah nak bagi nama ke tidak. kihkihkih. Eh! melalut lebih. Sebelum melalut sampai ke laut, baik berhenti sekejap dan berehat lagi. Badan letih. Bukan letih sebab bersukan, bukan letih sebab study tapi letih sebab malas. Oh! Sangat Teruk! Bye!