Tuesday, August 5, 2014

Altel

Semua orang dok bercerita pasal Altel so aku pon rasa nak try jugak.

Semalam aku g beli kat kedai, kalau kat website kata starter pack tu RM7 tp aku beli semalam RM10.

Aku subscribe internet 1Gb dengan nilai RM28. Disebabkan sekarang ada promotion, validity date tu sampai 90hari. Maknanya RM28 utk 1Gb/90hari. Tapi bila dah abes quota kita akan di charge pay per use RM0.05/mb. Part validity tu aku suka, part pay per use tu aku tak suka. Sebab sekarang aku pakai Maxis, abes quota pon boleh je jalan even slow. Lagipun mmg network kt rumah aku ni slow pon.

Hari ni aku buat speedtest kat 2 tempat. Kawasan bandar and kat rumah aku sendiri. Keputusan dia.. Erm.. Bolehlah...

Starter pack. Less info. Nak lebih info kena g website Altel tu sendiri. 
Speedtest kat Bandar Pekan. Masa ni kat dalam Klinik Kesihatan Pekan. Memang laju. Tp pernah guna Maxis kat situ, boleh dapat 7.0Mbps. Katanya Altel ni ade 4G LTE, tapi malangnya hp aku tak support LTE tuh. 
Ok. Ni speed kat rumah. Ini yg paling sedih.. Slow sangat. :'( 
Tapi dengan speed camni, boleh la kot bertahan 1gb tu dlm tempoh 90 hari.

Ini yg aku try kat kampung. Pekan, Pahang. Tunggu balik unisel nanti. Try speed kat sana pulak. Bestari Jaya, Selangor. 

Sekian review daripada hamba. Hehehe..