Posts

Showing posts from 2014

Kekuatan

Kau fikir kau kuat Tapi sebenarnya kau lemah. Kau cuba tahan air mata Tapi akhirnya jatuh jugak. Hakikatnya aku tetap seorang perempuan.

Altel

Image
Semua orang dok bercerita pasal Altel so aku pon rasa nak try jugak. Semalam aku g beli kat kedai, kalau kat website kata starter pack tu RM7 tp aku beli semalam RM10. Aku subscribe internet 1Gb dengan nilai RM28. Disebabkan sekarang ada promotion, validity date tu sampai 90hari. Maknanya RM28 utk 1Gb/90hari. Tapi bila dah abes quota kita akan di charge pay per use RM0.05/mb. Part validity tu aku suka, part pay per use tu aku tak suka. Sebab sekarang aku pakai Maxis, abes quota pon boleh je jalan even slow. Lagipun mmg network kt rumah aku ni slow pon. Hari ni aku buat speedtest kat 2 tempat. Kawasan bandar and kat rumah aku sendiri. Keputusan dia.. Erm.. Bolehlah... Starter pack. Less info. Nak lebih info kena g website Altel tu sendiri.  Speedtest kat Bandar Pekan. Masa ni kat dalam Klinik Kesihatan Pekan. Memang laju. Tp pernah guna Maxis kat situ, boleh dapat 7.0Mbps. Katanya Altel ni ade 4G LTE, tapi malangnya hp aku tak support LTE tuh.  Ok. Ni speed kat rumah. In

Laksa Vietnam ( Bansong)

Image
buka hari isnin baru ni tapi baru berkesempatan nak bercerita. Alang alang tengah bersantai petang ni depan tv, nak la kongsi resepi sikit. Laksa Vietnam ni kalau dalam bahasa Kemboja di sebut "Bansong". Dan ini salah satu makanan kesukaan aku. Sedap. Jom tengok resepi. Resepi simple jer. Janji ada rasa.  Laksa tu kalau takde yg kecik camni pon takpa, boleh pakai laksa beras yg orang buat laksa utara tu. Rebus macam biasa bg kembang.  Resepi daging :  Setengah kilo daging cincang. ( nak sedap cincang sendiri).  3 biji bawang merah.  3 ulas bawang putih.  Sikit garam, gula, lada hitam.  Cara masak :  Bawang tu tumbuk lumat pastu tumis sampai naik bau. Daging tu tos sampai kering pastu masuk dalam kuali sekali ngan bawang td. Tumis sampai kering air daging pastu letak la lada hitam, garam ngan sikit gula secukup rasa. Dah masak, tutup api.  Resepi kuah Bansong :  2 ulas bawang putih 1 biji bawang merah Kacang tanah Sos ikan Cuka Air Garam dan gula.  Santan yg dah dipanaskan se

Restoran Bulan Tomyam Steamboat

Image
Alhamdulillah kenyang. Malam ni makan kat Bulan Stemboat bersama si Nadia dan Reez. Nadia la yg recommend tempat nk sbb dia dah merasa. Daging sedap katanya coz si Nadia ni hantu daging. Hahahaha..  Sebelum ni kedai makan biasa jer tp sekarang diorang dah extent lagi kedai dan jadilah Restoran Bulan Tomyam Steamboat ni kat belakang, kalau nak makan nasi biasa biasa boleh makan kt restoran depan. Hihihi..  Setakat yg aku pergi hari ni boleh dikatakan ok la. Pilihan takde la banyak macam kedai steamboat bbq yg besar besar tu tp apa yg diorang sediakan tu agak berbaloi la. Aku ni suka udang, jd first masuk aku tengok udang je dulu. Tengok besar ke tak, segar ke tidak, dan resultnya besar dan segar.. Memang memuaskan selera aku. Selain udang, ada gak sotong, ketam, kepah, lala, kerang, daging lembu, kambing, ayam dan belut. Haaa... Belut tu yg rare. Hihihihi... Utk frozen pilihan tak banyak dan memang kami tak amek pon frozen food, coz macam tak best je g makan mahal-mahal tp makan frozen

Ibu bapa

Ini cerita basi.. Tapi basi tak basi tetap nak cerita. Alkisah hari tu aku naik KTM dari Kajang nak ke Rawang. Betul betul sehari sebelum puasa, kiranya malam tu dah start tarawih la. Dari Kajang tu aku berdiri jer coz ramai orang. Sampailah ke KL Sentral. Standard naik KTM la kan, kat sana barulah ramai orang turun dan dapat seat. Tak lama lepas aku duduk ada seorang makcik datang duduk kat sebelah aku. Mula mula senyap jer. Tapi last makcik tu yg start berborak tanya aku nak g mana ape semua. Aku ni kalah orang dah start ajak berborak memang takleh nak diam.. Jadi berborak panjanglah kami.. Makcik tu dari Cheras nak ke Rawang jugak. Nak ke rumah anak katanya. Aku tanya la cheras rumah siapa? Dia kata rumah anak perempuan dia, yg Rawang tu rumah anak laki dia. Balik nak amik barang. Cerita dia bukan pasal tu. Tapi aku nak fokus kat satu part yg buat aku tersentuh sangat. Makcik tu cerita yg dia pergi rumah anak dia tu sbb nak tarawih sama sama.. Tapi nak balik Rawang sbb dia rasa m

Rapuh - Agnes Monica

Belum sempat ku membagi kebahagiaanku Belum sempat ku membuat dia tersenyum Haruskah ku kehilangan 'tuk kesekian kali Tuhan kumohon jangan lakukan itu Sebab ku sayang dia Sebab ku kasihi dia Sebab ku tak rela Tak s'lalu bersama Ku rapuh tanpa dia Seperti kehilangan harap Jikalau memang harus ku alami duka Kuatkan hati ini menerimanya

Michelle oh Michelle

Image
Seronok michelle dah balik. Hari tu michelle tak balik balik umah, sedih betul. Ni sejak semalam michelle ada happy sungguh rasa. Penat layan si comel ni tp sebab dia jugak hilang penat seharian ke kelas pe sume. Sayang budak panda nih..

Semester 6 Degree IT.

Hye. Lama pulak tak update blog. Kihkihkih.. Busy la kononnya.. Sekarang ni dah masuk semester 6. Setahun je lagi nak abes study, InsyaAllah.. Dan sekarang dalam semester pendek. 7minggu jer belajar pastu exam pastu cuti pastu raya! Yeay! Hahaha... Dan semester agak bosan la jugak sbb bertiga je kat rumah sewa. Yg lain extend. Kurang teman bergurau tu yg bosan huuhuhu.. Semester ni jugak aku bakal berpuasa di Unisel lagi. Masuk tahun keenam dah puasa kat sini. Kata mak, sabarlah.. Tahun depan da boleh puasa kat rumah dah.. Hehehe.. InsyaAllah boleh puasa kat rumah. Tu pon kalau belum kawen la. Erk! Kawen? Hahaha.. Mak macam tak sabar nak dapat menantu tp aku macam ready tak ready je nak kawen tu. Nak memang la nak tp bila fikir tanggungjawab as a daughter tu terus tak rasa nak kawen. Banyak lagi nak kene selesaikan before jadi someone's wife. Dia pun macam tak ready je lagi. So just follow the flow.. Hahaha.. Ahh sudah.. Melalut ke situ pulak. Abaikan.. Abaikan.. Sekarang fokus

Mak Ayah

Dulu mak ayah pimpin tangan kami. Sekarang kami pimpin tangan mak ayah. Dulu mak ayah masakkan makanan untuk kami. Sekarang kami masakkan untuk mak ayah. Dulu mak ayah ketipkan kuku kami. Sekarang kami ketipkan kuku mak ayah. Dulu dan sekarang kasih sayang makin bertambah. Mak ayah kepada kami dan kami kepada mak ayah. Cinta kami makin bertambah. Terima kasih Allah kurniakan kami mak ayah yg terbaik untuk kami. Terima kasih Allah berikan kami kesempatan untuk menjaga mak ayah kami. Mungkin segala jasa takkan terbalas tapi kami bersyukur atas segala apa yang dikurniakan. Alhamdulillah...

Kerja last minute

Hahaha.. 3am dan aku masih belum tidur. Masih menyiapkan report FYP aku. Esok ada pre-presentation, kecut perut rasanya. Dah la banyak tak siap lagi dan madam nak tengok 80% siap. Huhuhu... Inilah padahnya buat kerja last minute. Tapi kali ni aku bukan sengaja nak buat last minute, cuma terlalu banyak hal perlu diutamakan sebelum fyp nih. Tambah pulak dengan halangan yg ada, so terpaksalah buat masa masa akhir nih. Akibatnya sekarang ni la, tidur lambat. Kelas kul 8am dan sekarang pon belum tidur lg. Perjuangan harus diteruskan. Huhuhu. Tapi aku rasa bukan aku sorang je suka buat keje last minute nih. Ramai lg yg suka. Hahaha... Idea dtg mencurah curah katanya.. Samelah dengan aku pon. Hihihi... Lumrah hidup seorang student.

Rindu

Aku rindu Rindu saat itu Aku rindu Rindu kau kata kau sayang aku Aku rindu Kau senyum depan aku Aku rindu Gigi kau tu Aku rindu Ketawa kau tu Aku rindu Tengok kau merajuk Aku rindu Aku rindu

Fyp oh fyp

Image
Keletihan melanda diri. Letih apa? Letih mencari idea nak nengarut dalam report Fyp nih. Aduhai sangat.. Kalau diikutkan memang aku ada byk masa utk siapkan report. Tapi apakan daya banyak hal yg lebih penting harus diselesaikan.. Setiap 2 minggu ulang alik unisel -  Pekan. Letih dan penat tapi terpaksa demi cinta yg mendalam terhadap ibu bapa. Ikutkan boleh je aku cuba siapkan kt sana tapi tu la, internet connection agak menyakitkan jiwa. Nak keluar tak boleh sebab kena makesure mak ayah makan ubat on time. Sekarang aku dah kat Unisel tersayang dan masih tak dapat nak siapkab fyp coz takde idea nak menulis. Plus, apa yg aku faham dan nak buat tu bercanggah daripada apa yg orang dah buat. Nak taknak kena follow je la kan. Erm... Letih la camni.

Jangan Kembali

Bersama berdua meredah mimpi; Mimpi indah kita bersama; Milik kita, kita sahaja. Alangkah indah saat bersama; Hanya berdua tiada ketiga; Biarkan mereka engkau kata. Tapi semua hanyalah mimpi; Aku tersedar kembali ke realiti; Aku toleh kau tiada di sisi. Ke mana kau pergi? Pulangkan hati yang engkau curi; Kembalikan dan jangan kau ambil lagi. Apakah terlalu lama aku bermimpi; Kerana terlalu lama sakit yang aku rasai; Pergi kau pergi; Jangan kembali lagi. Biarkan aku di sini; Bersendiri; Memendam rasa perit di hati. Jangan kau kembali untuk melukai; Aku tak rela terluka sekali lagi; Aku pinta jangan kembali.

Semalam, Hari ini & Esok

Semalam aku gembira; Hari ini aku berduka; Esok belum dapat ku duga.   Semalam kau dan aku bersama; Hari ini aku di sini kau di sana; Apakah esok kita masih akan berjumpa?   Semalam kau katakan kau akan ajarkan aku bahagia; Hari ini kau pergi tanpa kata; Mungkinkah esok kau akan kembali semula?   Semalam kau berjanji akan terus bersama selamanya; Hari ini kau tiada di depan mata; Mungkin esok aku terus bersendiri selamanya.   Semalam kau ucap kata sayang kata cinta; Hari ini kau diam tanpa kata; Ku harap esok kau mengungkapkannya semula.   Semalam aku terluka; Hari ini aku belajar; Esok takkan berulang semula perkara yang sama.

Early Surprise.. :)

Image
Whoaaa…. Belum apa apa lagi dah dapat birthday surprise daripada kawan kawan. Hihihi… Thanks kawan kawan.   Birthday aku lambat lagi. Tapi takdelah lambat sangat. Hari ni baru 26/2 dan birthday aku 28/2. Sambut awal maybe taknak aku standby dikenakan kot. Kihkihkih. Terkejut la jugak tapi tak terkejut sangat sebab aku dah boleh agak melalui gerak geri diorang. Hihhi.. Tau saje aku kan.   Malam ni hambar bagi aku. Dah berapa hari jiwa kacau. Melayan masalah yang ntah apa apa. Senyum sendiri, menangis sendiri. So, aku keluar la kejap amik angin sensorang. Bila balik, si Nadia & si Ida sibuk suruh aku masuk rumah. Pelik. Hahaha. Paling pelik bila roommate aku tidur lewat. Selalunya awal je tidur. Diorang seboleh-bolehnya paksa aku masuk rumah. Sangat pelik. Tapi takdelah syak pape. Bila da masuk bilik, mende paling pelik pulak jadi. Si jiran sebelah, Siti R datang hulur external HDD tanye nak copy movie ke tak. Mana tak pelik. Hahahah..   Tetiba rumah gelap. Ah sudah. Aku

Final Year Project 1 – ISM Teknologi Maklumat

Ok. Semester ni aku amik FYP1. Bunyi macam susah tapi memang susah. Kenapa susah? Susah sebab tajuk diberi.. Nak menangis rasanya bila mengenangkan tajuk tu. Kami diberi tugas untuk develop satu Human Resource System yang lengkap. Terlalu lengkap tu tak jugaklah kot. Tapi adalah modules penting untuk system tu, contohnya attendance, payroll, leave semua tu lah. Dan aku pilih untuk buat Recruitment & Training. Agak susahlah jugak nak cari journal berkaitan. Nak baca journal lagi, boleh jadi juling mata nih. hehehe. :p   Aku rasa lagi best kalau documentation untuk requirement tu semua dah siap, aku tinggal develop system jer. Senanglah sikit kerja. Ini nak kene study business process apa semua lagi, banyak betul kerja. Dah la projek kali ni nak pakai C#. Bosan gak panel kalau semua buat pakai web-based jer. Huhuhu. Kali ni pakai language and platform lain pulak untuk system.   Jadi semester ni memang la sibuk dan aku harap aku dapat siapkan projek tu dengan jayanya. So, bole

Dugaan Lagi. Ya Allah, sembuhkan mak.

Dah lewat malam dan aku masih belum tidur. Terkenangkan apa yg mak tengah tanggung sekarang. Mungkin ini ujian untuk mak, tp aku sebagai anak tak sanggup tengok penderitaan mak. Siang tadi aku agak busy. Ke klinik, ke hospital, ke kampung kampung. 3 hari lepas (sabtu) mak ada mengadu yang kepala mak sakit. Bila aku tengok, nampak macam ada luka. Masa tu aku dah suspek kayap coz tanda tanda macam kayap. Ajak mak g klinik tp mak taknak. So, takpe la, takkan nak paksa pulak. Keesokkan harinya (Ahad), aku tengok dahi mak merah. Jadi sama dengan apa yg jadi kt kepala mak. Instinct aku makin kuat cakap yg tu kayap. Mak pon dah mula rasa menda yg sama. Aku ajak g klinik sekali lagi dan mak masih taknak pergi. Masa tu aku dah tak sedap hati. Risau, takut, semua ada. Mana taknya, kayap kan bahaya, kena pulak kat kepala. Hari ketiga (Isnin), mak panggil aku pagi tu, mak sendiri ajak g klinik. Dah tak tahan katanya coz dah sampai kat mata. Bila aku tengok mata mak, bukan setakat k

Cuti Semester & Semester Baru

Hye semua. Aku sekarang ni kat hospital, kat unit kecemasan coz Maklong aku tak sihat. Alang alang menunggu nih, try la update blog kejap. Sekarang ni tengah cuti semester. Dan setiap kali cuti semester hubungan aku dan hospital tak dapat dipisahkan. Hihihi.. Almaklum, setiap kali cuti aku kene bawak parent aku buat monthly checkup and adakala bwk maklong aku pergi checkup dan kadangkala, aku sendiri yg kene checkup. Hahaha.. Tapi kali ni jadual aku pack sikit. Ntah tetiba mak aku nak cat rumah la, bersihkan tangga, kipas, tingkap. Semua nak kene bersihkan. Dan tu semua tugas aku dan anak buah aku. Setiap hari siapkan satu part. Sekarang Alhamdulillah semua dah selesai. Jiran aku yg nak kawen tp rumah aku pulak yg kemas lebih lebih. Hahaha. :p Minggu depan nak balik rumah sewa dah, nak start semester baru dah. Semester 5. Macam tak percaya, kejap je dah sem 5. Hihihi. Semester ni berkemungkinan besar akan buat aku busy dan tercabar coz aku amik 6 subjek bersamaan

Aku, Kawan & Pasangan?

Malam yang indah dan ditemani bunyi-bunyian katak ni buat aku terfikir sesuatu. Erm, sesuatu yang nampak simple tapi penting sebab melibatkan hati dan perasaan. Aku ni jenis suka berkawan, tak kisah la laki ke perempuan ke pondan ke awek orang, boyfriend orang, semua aku berkawan. Yea, dah nama pon kawan kan. kawan aje la. Tapi ada satu mende yang buat aku tak selesa dalam berkawan. Maksud aku, bila kawan aku tu boyfriend orang la. Bila dah nama pon boyfriend orang, kalau awek dia jenis yang sporting dan boleh kawan ngan aku takpe la, aku tak kisah. Tapi yang jenis cemburu sangat-sangat sampai nak tengok muka aku pon tak boleh tu. Haaa… Yang jenis camtu memang aku tak boleh terima. Santai la girls, aku berkawan je ngan BF korang. Bukan ada perasaan apa pun, tapi kalau girl lain aku tak tau la kan. So, tak payah la nak jeles tak tentu pasal okeh. Kalau BF korang tu betul betul sayangkan korang, dia memang tak layan feeling ngan girl lain coz sayangkan korang kan. Tapi kalau di