Laksa Vietnam ( Bansong)

buka hari isnin baru ni tapi baru berkesempatan nak bercerita. Alang alang tengah bersantai petang ni depan tv, nak la kongsi resepi sikit.

Laksa Vietnam ni kalau dalam bahasa Kemboja di sebut "Bansong". Dan ini salah satu makanan kesukaan aku. Sedap.

Jom tengok resepi. Resepi simple jer. Janji ada rasa. 

Laksa tu kalau takde yg kecik camni pon takpa, boleh pakai laksa beras yg orang buat laksa utara tu. Rebus macam biasa bg kembang. 

Resepi daging : 

Setengah kilo daging cincang. ( nak sedap cincang sendiri). 

3 biji bawang merah. 

3 ulas bawang putih. 

Sikit garam, gula, lada hitam. 

Cara masak : 

Bawang tu tumbuk lumat pastu tumis sampai naik bau. Daging tu tos sampai kering pastu masuk dalam kuali sekali ngan bawang td. Tumis sampai kering air daging pastu letak la lada hitam, garam ngan sikit gula secukup rasa. Dah masak, tutup api. 


Resepi kuah Bansong : 

2 ulas bawang putih

1 biji bawang merah

Kacang tanah

Sos ikan

Cuka

Air

Garam dan gula. 

Santan yg dah dipanaskan sekejap. 

Cili padi

Cara sediakan kuah : 

Tumbuk lumat bawang merah ngan putih tu, letak air, sos ikan, garam ngan gula sikit dan cuka. Kuahnya ada yg suka manis tu boleh letak gula banyak, macam aku suka masin ni letak gula sikit je la. Pastu letak kacang tanah yg di blend kasar. Masa nak makan baru campurkan kuah td ngan santan, jadi takdelah cepat basi. Nak pedas, tambah cili. 

Sayur : 

Daun salad

Timun

Taugeh (kalau suka) 

Daun pudina atau daun selasih.


Cara hidang :  

Letak laksa ngan sayur dalam pinggan, kalau suka telur boleh tambah telur rebus. Kacang tanah sikit, lepas tu letak la kuah laksa td tu. Kuah takyah banyak sangat macam makan laksa utara tu, kuah letak sikit jer agak agak basah laksa n sedap. Kalau banyak takut masin pulak kan. Pastu dah boleh makan. 


Aku tak reti sangat nak tulis resepi ni, tp aku share sekadar mampu jer. Hihihi.. Oh btw, laksa ni boleh jadi popia vietnam jugak. Memang asalnya aku nak buat popia vietnam tp kulit popia abes, so jadi laksa je la. Hehehe.. 


 Meh lanje gambar sikit meh. 



Ni yg sedia untuk bagi kt makde sebelum berbuka hari tu. Ada laksa ngan kuah dia. 


Haaa.. Ini utk aku makan masa berbuka.. Sedap wooo... Dah ada kuah tp x nampak sgt sbb sikit je letak. Nak makan tu gaul je semua. Memang sedap. 


Jadi kepada sesiapa yg nak mencuba tu silakan yer. Good luck! :) 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?