Saturday, July 5, 2014

Ibu bapa

Ini cerita basi.. Tapi basi tak basi tetap nak cerita.

Alkisah hari tu aku naik KTM dari Kajang nak ke Rawang. Betul betul sehari sebelum puasa, kiranya malam tu dah start tarawih la. Dari Kajang tu aku berdiri jer coz ramai orang. Sampailah ke KL Sentral. Standard naik KTM la kan, kat sana barulah ramai orang turun dan dapat seat. Tak lama lepas aku duduk ada seorang makcik datang duduk kat sebelah aku. Mula mula senyap jer. Tapi last makcik tu yg start berborak tanya aku nak g mana ape semua. Aku ni kalah orang dah start ajak berborak memang takleh nak diam.. Jadi berborak panjanglah kami.. Makcik tu dari Cheras nak ke Rawang jugak. Nak ke rumah anak katanya. Aku tanya la cheras rumah siapa? Dia kata rumah anak perempuan dia, yg Rawang tu rumah anak laki dia. Balik nak amik barang.

Cerita dia bukan pasal tu. Tapi aku nak fokus kat satu part yg buat aku tersentuh sangat.

Makcik tu cerita yg dia pergi rumah anak dia tu sbb nak tarawih sama sama.. Tapi nak balik Rawang sbb dia rasa macam dia menyusahkan anak dia masa kat rumah tu. Makcik ni tua dah. Sebaya mak aku. 65 tahun dah umurnya. Bayangkan seorang makcik umur 65tahun naik KTM sensorang. Aku tanya kenapa anak tak hantar je? Dia kata anak dia nak g tengok cucu dia kt tahfiz jd dia taknak susahkan anak dia. Sambil bercerita tu dia urut urut lutut dia. Sayu. Makcik tu cakap lagi yg anak dia tanya "takpe ke mak balik naik KTM ni?" . pergilah tanya mak mana pun, aku yakin diorg jawab takpe. Dan ya, makcik tu jawab takpe. Walhal dia sakit lutut. Kata dia, mak mana nak susahkan anak. Tapi anak pun kenalah faham sendiri. Tengok keadaan mak macam mana. Takkan la nak cakap mak tak larat apa semua. Sendiri boleh fikir.. Bila makcik tu cakap macam tu terus aku teringat kat mak ayah. Patutlah mak ayah selalu jawab takpe, sebab semua parent taknak susahkan anak anak.

Makcik tu cerita yg dia pernah terjatuh masa pergi mana mana sensorang. Naseb ada orang yg tolong dia. Kesian je bila aku dengar dia cerita macam tu. Sedih. Lagi sedih bila dia cakap dia rindu anak laki dia. Nama je duduk serumah tp anak laki dia selalu busy meeting jer. Anak dia ustaz kat sekolah, jap meeting jap khusus. Nak jumpa pun payah. Pastu dia duk rindu cucu dia. Katanya terbayang je keletah cucu dia. Kasih sayang seorang ibu dan nenek. Camtu la.

Lepas borak borak. Makcik tu kata yg dia tertinggal hp kt rumah anak perempuan dia. Risau anak laki dia tak datang amek kt KTM Rawang. Aku nak call anak dia, dia tak ingat nombor fon pulak. Nak tumpangkan, aku pon tK bawak kereta. Sampai je KTM rawang aku teman makcik tu naik ke atas. Dia nampak bus je terus dia naik, nak ke Country Home. Aku tak mampu nak tolong apa apa. Hanya berdoa yang makcik tu selamat sampai rumah.

Berat hati, sayu, tapi aku tak mampu nak tolong. Bila borak tu memang teringat mak kat rumah. Masa tu baru aku faham kenapa mak ayah selalu cakap "takpe, biar, semua ok je" ape semua. Diorang taknak susahkan anak, taknak buat anak risau. Besarnya kasih sayang mak ayah kat kita. Tapi masih ada anak yg tak kenang pengorbanan mereka. Allah.

No comments: