Sunday, November 13, 2011

Akibat Malas

 

Assalamualaikum guys…

hahaha.. sebenarnya nak post pasal ni sejak hari kaki ni berbalut.. tapi apakan daya, hp abes betri n tak bawa charger, so terpaksa la tunda hingga ke hari nih..

Tengok nih!Snapshot_20111113_1 Abaikan jari yang gemuks tu.ahaahah

Tu la.. malas lagi nak masuk ikut pintu, g masuk ikut sliding door yang ade pagar tu.. Dan tu la akibat kemalasan terlampau sy.. akhirnya kaki terseliuh, bengkak dan berbalut.. ahahah…

Padan muka kan? :p .. dah tau kaki terseliuh pon boleh g bantai jalan jalan pusing unisel, lagi terbaik sakitnye.. melarat ke betis plak.. ahahah..

Petang karang nak balek rumah sendiri di tingkat 2 tu, dan nak kemas kemas barang untuk pulang bercuti..

Saya dah habis exam lama da tapi baru nak balek.. :p

Thursday, November 10, 2011

2 Kuning Telur Dalam 1 Cengkerang.

 

Assalamualaikum guys,

Heee!! :D

Tengok tajuk tu, kalau siapa belum pernah terjumpa kes macam ni, mesti pelik kan? Tapi tak dah bagi aku sebab mende ni jadi kat aku sendiri. Masa raya haji hari tu aku nak buat kek batik and of course kena gunakan telur ayam, dan masa aku pecahkan telur ayam tu…..

.

.

.

Tadaaa!!!

Photo0888

Ada 2 kuning telur dalam sebiji telur yang aku pecahkan tadi tu dan kuning telur tu bercantum. Serious tak tipu! huhu.. Memang agak pelik dan excited sampai aku menjerit halus masa pukul 12.15am tu. Kalau orang lemah semangat, mesti pengsan dah bila dengar aku jerit dan gelak sorang-sorang tu.. ahahaha..

Dalam kepelikan tu, aku dok keliru nak guna sebiji ke dua biji telur sebab dah ada 2 kuning telur. Tanpa fikir panjang aku pecahkan aja lagi sebiji dan teruskan misi kek batik aku. ehehe..

Baru hari ni aku nak cari punca kenapa boleh jadi mende camtu kat telur tu. Dan rupa-rupanya, 2 kuning telur tu terbentuk sebab ayam betina tu melepaskan 2 ovum serentak masa pensenyawaan telur dan akhirnya 2 ovum itu bersenyawa dalam 1 cengkerang. Jadi memang tak mustahil la kan. Bukan manusia jer boleh ada kembar, ayam pon boleh jugak.

Aku pun terfikir lagi, boleh ke anak ayam tu hidup kalau aku tak pecahkan telur tu? Dan jawapan dia boleh tapi peluang untuk anak ayam tu hidup memang tipis sebab cengkerang tu kecik, mana muat nak hidup dua-dua.. Sama ada salah seekor akan mati, atau dua dua akan mati.

Bagi aku mende ni menarik sangat dan buat aku makin kagum dengan Ciptaan Allah s.w.t. Macam manapun, aku tak pasti sangat info yang aku bagi ni memang 100% betul , so kalau ada yang salah tu tolonglah tegur yer. Tak salah nak kongsi maklumat nih! ehehe..

So, tamatlah cerita pasal telur nih.. Selamat Malam..

 

Sumber : Telur

Wednesday, November 9, 2011

Laksa Penang

 

Assalamualaikum guys,

Today is my last paper, dan semuanye dah berakhir. Harapnya begitulah.. ehehe… Ok, ini cerita lama, tapi aku nak cerita gak.

Sebelum raya hari tu, adik sepupu aku ni teringin nak makan laksa, so dia mintaklah aku masak laksa. Disebabkan dia dah macam adik aku sendiri, so aku cubalah masak untuk dia walaupun aku tak pernah langsung maksa laksa penang.. hehehe… percubaan pertama, BERJAYA.

Ni la rupa laksa penang aku.

Photo0871

Jom kita tengok resepi yang aku guna pakai. .ehehe..

Bahan-Bahan untuk kuah laksa.

1kg Ikan Kembung

1/2 biji Bawang Besar

10 ulas Bawang Merah

7 ulas Bawang Putih

5- 10 biji Cili Padi (ikut sesuke lidah)

Daun Kesum (penting tu)

1 batang Bunga Kantan (penting jugak)

7 – 10 sudu Cili Giling

3cm Belacan (secukup rasa)

5 ulas Asam Keping

1/2 cawan Air Asam Jawa

3cm Halia

Gula dan Garam Secukup Rasa

Cara Memasak :

1. Rebus ikan kembung dengan asam keping.

2. Toskan ikan kembung tu dan kisar. Lepas tu tapis untuk buang tulang-tulang tu. Tapi simpan simpan air rebusan tu.

3. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, belacan.

4. Tumis bahan kisar dan cili giling.

5. Masukkan bahan tumis tadi dalam air rebusan ikan tu. Lepas tu masukkan air asam jawa dan isi ikan yang dah dikisar tu.

6. Masukkan daun kesum dan Bunga Kantan (bungan kantan tu boleh potong 4 ataupun hiris jer)

7. Letak garam dan gula secukup rasa. nak lagi sedap tambah Sos Ikan. Ade jual kat kedai jugak.

8. Biar sampai mendidih dan tutuplah apinyer..

 

Saya tak ingat saya guna Laksa cap ape, tapi ade jual kat kedai.

1.Rendam laksa tu selama 30 min.

2. Lepas tu rebus la laksa tu sampai lembut. Toskan sampai kering.

 

Penyediaan untuk makan. (bak kate Yunjena)

1/2 Biji Bawang Besar (di hiris)

1 Biji Timun

Limau Kasturi

Cili Padi

Cili Merah

Telur Rebus

 

Cara nak sedia tu, macam dalam gambar kat atas… ehehehe…

 

Sorry la aku tak reti nak tulis resepi nih. reti masak jer.. ahahah…

OK lah, cik Nanad dah lapar… kami mau lunch! bubye!!!!

Wednesday, November 2, 2011

Sama Tapi Tak Serupa

 

Assalamualaikum guys,

hehe.. Short entry jer kayh.. video jer lebih.. tengok nih.

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

Kalau Safura nyanyi lagu “Sedalam Mana Cintamu”

 

Bee Gees pulak nyanyi lagu  “How Deep Is Your Love”

 

Hehehehe… tajuk jer sama.. tapi lagu tak serupa… :p

 

Bye!

Tuesday, November 1, 2011

Saat Lafaz Sakinah

 

Assalamualaikum guys,

Best Lagu Nih. Nak mengalir airmata pun ada bila fahamkan bait bait lirik lagu nih.

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

 

Terus rasa rindu kat mak ayah makin membuak-buak dan terbayang macam mana perasaan mak ayah bila aku kawen nanti… :’)