Wednesday, November 9, 2011

Laksa Penang

 

Assalamualaikum guys,

Today is my last paper, dan semuanye dah berakhir. Harapnya begitulah.. ehehe… Ok, ini cerita lama, tapi aku nak cerita gak.

Sebelum raya hari tu, adik sepupu aku ni teringin nak makan laksa, so dia mintaklah aku masak laksa. Disebabkan dia dah macam adik aku sendiri, so aku cubalah masak untuk dia walaupun aku tak pernah langsung maksa laksa penang.. hehehe… percubaan pertama, BERJAYA.

Ni la rupa laksa penang aku.

Photo0871

Jom kita tengok resepi yang aku guna pakai. .ehehe..

Bahan-Bahan untuk kuah laksa.

1kg Ikan Kembung

1/2 biji Bawang Besar

10 ulas Bawang Merah

7 ulas Bawang Putih

5- 10 biji Cili Padi (ikut sesuke lidah)

Daun Kesum (penting tu)

1 batang Bunga Kantan (penting jugak)

7 – 10 sudu Cili Giling

3cm Belacan (secukup rasa)

5 ulas Asam Keping

1/2 cawan Air Asam Jawa

3cm Halia

Gula dan Garam Secukup Rasa

Cara Memasak :

1. Rebus ikan kembung dengan asam keping.

2. Toskan ikan kembung tu dan kisar. Lepas tu tapis untuk buang tulang-tulang tu. Tapi simpan simpan air rebusan tu.

3. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, belacan.

4. Tumis bahan kisar dan cili giling.

5. Masukkan bahan tumis tadi dalam air rebusan ikan tu. Lepas tu masukkan air asam jawa dan isi ikan yang dah dikisar tu.

6. Masukkan daun kesum dan Bunga Kantan (bungan kantan tu boleh potong 4 ataupun hiris jer)

7. Letak garam dan gula secukup rasa. nak lagi sedap tambah Sos Ikan. Ade jual kat kedai jugak.

8. Biar sampai mendidih dan tutuplah apinyer..

 

Saya tak ingat saya guna Laksa cap ape, tapi ade jual kat kedai.

1.Rendam laksa tu selama 30 min.

2. Lepas tu rebus la laksa tu sampai lembut. Toskan sampai kering.

 

Penyediaan untuk makan. (bak kate Yunjena)

1/2 Biji Bawang Besar (di hiris)

1 Biji Timun

Limau Kasturi

Cili Padi

Cili Merah

Telur Rebus

 

Cara nak sedia tu, macam dalam gambar kat atas… ehehehe…

 

Sorry la aku tak reti nak tulis resepi nih. reti masak jer.. ahahah…

OK lah, cik Nanad dah lapar… kami mau lunch! bubye!!!!

1 comment:

Tihara said...

wahh sedapnya laksa..my fav ni..

JEMPUT JOIN GIVEAWAY DI BLOG SAYA YER..TRY YOUR LUCK :)