Posts

Showing posts from April, 2011

Majalah 3- Ikan Patin!!!

Salam guys.. Korang tengok tak majalah 3 tadi? Diorang dok cerita pasal Ikan Patin.. Kalau cakap pasal Ikan Patin mesti korang teringat bandar Temerloh kan kan kan??? Tapi kalau aku, cakap pasal Ikan Patin je aku akan ingat rumah dan sangkar ikan patin ayah aku sebab ayah aku bela ikan patin..hehehehe... Ramai orang cakap ikan patin masak gulai tempoyaj tu sedap, tapi aku amatlah tidak suka akan tempoyak. Jadi aku prefer ikan patin tu digoreng, bakar or wat sambal macam yang mak selalu buat. Bak kata BoBoiBoy "Terbaiiiikk"... Hehehe.. Kalau nak cerita pasal ikan patin, memang aku tak reti sebab aku tau makan jer. Yang pasti, ikan patin sungai lagi sedap dari ikan patin lombong atau kolam. Antara ikan patin sungai ngan ikan patin sangkar, yang liar of course lagi sedap. Isi dia rasa manis jerrrr tau. Beza ikan patin sangkar dengan ikan patin liar ni korang boleh bezakan melalui duri dan warna patin tu. Kalau patin liar, duri dia tajam berbanding patin sangkar sebab pati

Kenapa Kita Berkawan?

Salam guys, Dimalam yang indah lagi tenang ni tetiba hati aku tergerak nak bercerita tentang kawan. Tu pun lepas apa yang aku tengok kat fesbuk aku tadi la kan. Hehehe.. Korang tahu tak kenapa korang berkawan, mencari kawan atau menjadi kawan??? Siapa boleh jawab, meh sini aku bagi choki choki separuh! :p bagi aku, aku ada banyak sebab untuk aku berkawan. Jadi aku nak senaraikan yang mana aku mampu senaraikan yer. * aku berkawan sebab aku nak ada kawan! Tak kisah la siapa pun orang tu, bila aku dah kenal dia dan dia dah kenal aku otomatik dia adalah kawan aku. Oleh itu aku akan selalu ada untuk kawan aku. * aku berkawan sebab aku nak berkongsi pengetahuan dan pendapat. Setiap orang memiliki pengetahuan dan pendapat yang berbeza, jadi bila kita kawan dengan ramai orang yang dari setiap umur, bangsa dan agama, permikiran kita akan jadi lebih matang dan terbuka. *aku berkawan sebab aku nak tolong kawan. Setiap orang akan ada masalah, jadi aku nak jadi pendengar yang baik kep

Hukum berjual beli ketika khutbah Jumaat..

Salam guys, tadi korang tengok ke Royal Wedding tu? Dan aku percaya sekarang ramai blogger dok taip pasal Royal Wedding tu tadi kan. Tapi aku tak minat nak bercerita pasal tu, aku dok tengok berita tv9 ni ha dan aku tertarik dengan tajuk kat atas tu. Korang perasan tak sekarang makin ramai peniaga ambil kesempatan untuk berniaga makanan di sekitar masjid. Tak kira lah kat mana pun, mesti ada. Dan mereka-mereka yang wajib pergi solat Jumaat tu tanpa segan silu pergi beli dan makan semasa khatib tengah bagi khutbah jumaat. Aku rasa sebenarnya tak ramai yang tahu akan hukum berniaga semasa khutbah jumaat ni sebab aku pun baru tahu. Hukum berniaga semasa khutbah jumaat ni adalah HARAM! Tak kisah la peniaganya lelaki atau perempuan, selagi pembeli itu adalah mereka yang wajib menunaikan solat Jumaat, hukumnya tetap HARAM. Mungkin ramai akan cakap 'ala, khutbah jer pun nanti nak solat nanti aku pergi laa' , ada peniaga tadi pulak cakap 'khutbah kuat, boleh dengar sampai si

Bila Kata Baik di Salah Ertikan!

Salam guys, petang petang jumaat ni korang buat apa? Yg duduk kat ofis mesti tak sabar nak balik rumah kan? Apetah lagi budak sekolah dan pelajar universiti, mesti tak sabar nak habiskan cuti hujung minggu korang dengan penuh keceriaan. Lagi-lagi orang area kuantan, pekan, terengganu ni sebab esok kan ada JOM JOM JOM JOM HEBOH HEBOH HEBOH kt Kuantan. Aku malas nak pergi, takde mood dan keizinan.heehe... Panjangnye mukaddimah aku ni. Berbalik pada tajuk di atas, korang pernah tak alami satu keadaan di mana member korang dalam situasi kusut dan korang cuba nak tenangkan member korang tu dengan ayat ayat semangat gitu. Tapi apa yang korang dapat, kata-kata baik korang tu disalaherti oleh member korang tu. Pernah tak? Pernah tak? Jangan tipu la.. Aku yakin semua pernah alami mende nih. Kalau pernah berlaku kat korang, apa yang korang buat untuk menahan sabar dengan sikap member korang tu, macam mana korang nak buat supaya dia ooleh terima nasihat korang tu. Jangan korang tepuk tampar

WHI- Kesan Pembersih Alat Sulit Wanita.

Salam tengahari kawan- kawan, watpe tu? Makan eyh. Share sini sikit, aku belum breakfast lagi nih. Malam tadi aku tak boleh nak lelap lepas mak ayah aku sampai dari ipoh. Mungkin aku terkejut dengar bunyi fon kot. Huhuh... Ni pon baru ke bangun. Ntah pesyen ape la aku bangun ni. Macam biasa, pukul 12 ni aku akan mengadap tv sebab aku penonton setia Wanita Hari Ini. Kena plak perbincangan hari ni pasal KESAN PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA. Sebagai wanita mesti la aku ambil tahu pasal ni jugak kan. Macam kita tahu, kat Malaysia ni ada baaaanyak jenis pembersih alat sulit ni. Nak yang sireh, susu, bau wangi, rasa menthol semua ada. Sampaikan ada tu kata boleh mengetatkan alat sulit. Bab tu of course berguna pada pasangan yang dah berkahwin kan. Tapi korang tahu tak kalau salah cara penggunaan boleh mendatangkan kesan buruk pada miss V tu. Tadi Dr. Ismail tu ada terangkan kenapa bahaya kalau salah guna. First, penggunaan pembersih ni sekadar guna untuk kawasan luaran jer. Cuci kat luar

Cinta itu Manis. Mengapa masih ramai menangis kerana cinta?

Salam guys, mesti korang dah syok lena dibuai mimpi indah kan.. Mentang mentang malam jumaat, ramai pakat g tidur awal. Hehehe.. Jangan korang fikir lain dah la. Disebabkan malam jumaat, aku tergerak hati nak berbicara sekali lagi soal cinta. (da mcm doktor cinta rasa! :p ) aku tengok, ramai member aku tengah hangat bercinta sekarang ni, tapi dalam masa yang sama ada jugak yang dalam mood yang kecewa kerana cinta. Malas nak kata la kan, Cinta ni madu dan Cinta tu jugak la yang boleh jadi racun tau! Well, aku ni takdelah pakar sangat dalam bab cintan cintun ni, cuma apa yang aku nak bagitau korang kat sini adalah :- * kalau korang tengah bercinta, jagalah hati pasangan korang baik-baik. Kalau sekadar nak suka-suka, baik blah je dari hidup orang tu. Jangan nak bagi harapan palsu kat dia. Tapi pastikan korang berterus-terang, jangan main blah gitu je sebab pengecut je akan buat macam tu. * Pada yang baru je putus cinta, korang cubalah terima keadaan tu sebaiknya. Mungkin pada m

Video skandal seks!!

Hye hello,hello hye kabare kalian semua? Aku biasa biasa aja... Hahaha.. Soalan yang sesuai ucap masa pagi aku bagi kat korang time malam plak.. Tapi ada seorang kawan aku ni pernah cakap, 'takpa ucap bila pon, mana tau pagi hang sihat tiba malam hang demam ka.pasai tu aku dok tanya banyak kali' ... Hehe..walaupun itu sekadar jawapan untuk melepaskan diri dia, tapi ada betulnya jugak apa yang dia cakap tu. Ok dah!!! Stop mengarut cik Farah oi!!! Back to main topik. Pasal politik. Tapi kalau aku cerita pasal politik tak bermakna aku berminat ngan semua tu. Tidak sama sekali kayh!! Sekarang ni aku dah naik bosan, muak dan jelik dengan berita sekarang. Baik berita tengahari, berita terkini mahupun berita jam 8malam. Semua siaran tv berlumba-lumba dok siarkan pasal kes video seks tu. Adodoi... Seksa weyh, seksa.. Dok tayang mende yang sama jer. Setiap hari dan setiap masa. Yang pihak ni dok tuduh pihak sana, pihak sana plak banyak na statement nak melepaskan diri. Esok plak n

Esok aku tidak akan bersendiri lagi :D

Halluu... Hye korang.. Aku dok syok layan cerita Nikita ni, boleh naik darah tinggi jugak la tengok cerita ni. Hehehe.. Darah tinggi ke kencing manis ke aku tetap suka tengok cerita ni sebab lagu dia best.. 'Saat Terakhir' , memang menusuk hati lah.. Teringat peristiwa yang agak menyedihkan la. Sambil tengok cerita ni, teringat yang hari ni ayah tak call aku lagi. Jadi biar aku yang call ayah.hehe.. Aku call nak tanya pasal ayah jumpa doktor mata hari ni, tapi lastly ayah cakap yang ayah dengan mak dah otw balik hari ni. Tapi g amik anak ikan dulu baru gerak balik rumah. Kesimpulannya, esok aku takkan rasa sunyi lagi sebab sorang sorang dekat rumah. Takkan rasa macam orang gila yang mengadap tv je hari hari. Takkan menahan lapar sebab nak taknak makan sorang sorang. Ada geng nak bercerita bila tengok cerita 'Sejuta Cinta Marshanda' dengan mak... Weeehhuuuu!!!! Seronok giler larh... Ni dok fikir nak masak apa untuk mak ayah malam ni.. Al-maklum, aku ni suri rumah se

Kenapa aku pasif berblogging??

Salam guys, aku bosan giler giler hari ni. Rumah dah kemas, dapur dah bersih, bilik dah cantik, nasi dah masak sampai aku tak tahu nak buat apa dah. Nak makan nasi, tak best la plak makan sorang sorang jadi tunggu anak buah aku balik dari sekolah dulu baru makan. Aku memang tak mengamalkan cara makan yang sihat.hehehe.. Bila aku nak makan, aku makan. Kalau tak aku dok ngadap tv je la. Hehehe... Aku sedih, aku da kurang mood nak berblogging. Sebelum ni aku rajin sangat la menaip post post yang mengarut untuk blog ni. Banyak mende yang aku nak cerita. Tapi sekarang aku asyik takde idea dan tak tahu nak mulakan cerita aku macam mana. Aku mengaku aku memang lemah dalam penggunaan bahasa melayu yang lengkap dengan tatabahasa sekali.. Jangan kata tatabahas, penanda wacana pon aku tak reti nak guna. Huhu.. Mesti korang bosan kan ngadap blog aku ni. Blog aku ni takde ape ape pon, tak mengharapkan pun korang baca cerita mengarut aku tapi aku nak korang baca post aku yang ada informasi berg

Apa itu 'Bell's Palsy'??

Salam guys, selamat tengahari, korang tengah buat apa tu? Aku tengah kebosanan nih, parents g Ipoh umah akak, anak buah g sekolah belum balik aku. Jadi bersendirian je la aku kat rumah ni ha, bosan gile lah. Tadi lepas siap siap kemas rumah,aku tengok la Wanita Hari Ini kt tv3 tu. Diorang bincang pasal 'Bell's Palsy' , pelik je kan nama tu? Aku puas la dok fikir apa Bell's Palsy tu, Loceng ke? Ternyata apa yang aku fikir tu salah. Kalau korang tengok WHI tadi mesti korang tau kan apa itu Bell's Palsy, pada yang tak tengok meh sini aku cerita kat korang. Bell's Palsy adalah satu penyakit yang menyerang saraf muka, ini boleh menyebabkan otot muka menjadi lumpuh sebelah atau sepenuhnya. Nama Bell tu diambil sempena nama Sir Charles Bell yg menemui penyakit ni. Palsy tu plak maknanya kelemahan atau lumpuh, jadi Bell's Palsy ni bukanlah maknanya Loceng tu Lumpuh. Tidak sama sekali tau! Bell's Palsy ni jugak bukanlah penyakit keturunan, tapi penyebab peny

Atap Zink pon boleh terbang!!

Image
Salam Guys, Sebenarnya dari semalam ag aku nak update tapi memandangkan laptop aku dikuasai sepenuhnya oleh abg dan kak ipar aku, terpaksa lah aku update hari ni. haisshhh… Petang semalam hujan lebat sangat, aku memang mengharapkan hujan tapi tak sangka selebat itu. Sampai rumah aku banjir….huhuhu… (bukan luar umah, tp dlm umah kt tingkat atas ni) .. Memang lebat sangat sangat lah. Termasuk dengan bunyi guruh dan petir,membuatkan aku teringat kepada peristiwa yang pernah aku alami suatu masa dulu.heheh… Aku rasa nak cerita sikit pasal peristiwa tu. Cerita dia macam ni, masa tu aku darjah 1 lagi. Hujan lebat mencurah curah ke bumi Allah nih. Petir kilat sabung menyabung,bunyi guruh yang kuat menyebabkan air berkocak.(ayat tak leh blah!!) aku ni duduk je kat tempat aku,meja belakang kelas. KEbetulan cikgu tak masuk kelas, tinggal la kami kanak kanak riang ini di dalam kelas dok buat hal sendiri. Semakin lama hujan semakin lebat, aku dah mula takut dan terus diam kat meja aku tu. Ti

Cerita Main dengan GAY?

Image
Salam Guys, Dah lama aku tak update blog.hehehe..nak buat macam mana, kemalasan menguasai diri :p . Hari ni, gatal tangan pulak nak update bila aku tengok jer report kat akaun Nuffnang aku tu… haissshhh…. Meh aku cerita meh… Aku ni, bukan lah nak cerita yang biru ke kuning ke coklat ke kat korang.. Tapi korang tengok la ni sendiri. . . . . . . . . . . . . . . . Korang nampak tak tu? nampak tak? nampak tak? “cerita main dengan gay” , haisshh… korang janganlah cari mende tu dekat blog aku ni, sia-sia jer korang cari kat sini tau. Blog aku ni tontonan UMUM, jadi takkan ada mende tu semua. Gay ke, Les ke, Bi ke, memang tak ada…Buang masa korang je cari mende  tu kat sni… hehehe… aku ni boleh diibaratkan kanak-kanak lagi walaupun aku dah 21 ye kawan-kawan. :p Hehehehe, dan korang yang dok baca ni plak, jangan tertipu dengan tajuk posting aku hari nih. Kalau ada rasa yang tertipu tu, mesti korang pon mempunyai pemikiran seperti “si dia” yang mencar

Minggu tutup Tv 21-27 April

Salam guys, korang tengah buat apa tu?? Layah Maharaja Lawak ke? Hehehe...aku layan Fast and Furious je kt tv3, rumah aku takde astro pon...pukul 8 td,siapa tengok berita?? Kalau tengok mesti korang tau pasal kempen minggu tutup televisyen ni kan? Aku tak mau sebut minggu TANPA tevisyen sebab aku tak tahu nak sorok tv ni dekat mana nanti..,hehe.. Tak silap aku, ni kali ketiga kempen ni dijalankan. Tapi bagi aku ni yang pertama kali aku dengar pasal kempen ni. Hehe.. Korang nak tau tak kenapa diorang buat kempen ni? Kalau tak tahu, meh sini aku bagitahu apa yang aku tahu supaya korang pun tahu pasal kempen ni,, (berapa banyak TAHU da...) hehehe.. Kempen ni diadakan selepas kajian dibuat tentang purata masa dalam sehari untuk kanak kanak menonton televisyen. Ini termasuk melayari internet sekali yer. Selepas kajian di buat,purata bagi setiap kanak kanak yang menonton televisyen adalah selama 4jam setiap hari.. Lama kan? Tapi bagi aku ni, mungkin 18jam kot sehari...hehehe... Kempe

Pandangan aku terhadap kes Pelajar tumbuk guru sehingga patah hidung, ustaz belasah murid sehingga koma dan meninggal..

Hye uowlssss... Di pagi yg indah ni membuatkan aku rasa nak bercerita, meng'komen' dan meluahkan rasa kesal dalam diri aku ni. Dalam minggu ni kita asyik dengar pasal guru belasah murid, murid tumbuk cikgu dan terbaru pelajar berlagak seperti mafia sampai boleh ceroboh sekolah lain. Apa nak jadi la sekarang ni, aku rasa macam negara ni dah tak ada undang-undang je, makin ramai manusia yang cacat kerana mereka tidak mempunyai hati dan perut.. Bak kata Dato S M Salim, 'apa nak jadi......' .. Apa punca semua ni jadi? Kenapa guru makin hilang etika perguruan dan pelajar hilang rasa hormat pada guru? Adakah pelajar hilang rasa hormat kerana guru tidak beretika atau pun guru hilang etika kerana kerenah pelajar pelajar yang makin menjadi jadi? Kenapa sekolah sekarang tak sama macam dulu? Sejujurnya aku memang tak puas hati. Aku dulu sekolah jugak tapi takde la sampai belasah bagai. Pernah jugak kena rotan tapi takde la sampai mati, kena rotan pun dapat A jgk. Adodoi...

Setelah Lama Menghilang, Akhirnya Bertemu Kembali.

Salam guys, salam subuh dan salam pagi. Hehehe.. Apamacam tidur malam tadi? Syok tak mimpi? Kalau syok, bagus la. Aku tidur gak tapi macam takde mimpi apa apa je sebab aku dok fikir pasal result aku. Seharian aku cuba tp tak berjaya gak nak tengok result aku. Haissshh..umpama, sperma yg berlumba nak terjah ovum,dalam ramai ramai sorang je dapat. Camtu la gamaknya masa nak buka student portal semalam.. Seksa jiwa raga..haissshh... Kalau dah bercerita pasal result, mesti ramai yang suka tanya result member masing masing kan? Sebab aku pun macam tu jugak..hehehe..tapi sem ni semangat nak tanya result tu tak ada sebab aku tak mahu di tanya.. Hurm.. Tapi biar aku bgtau sendiri, aku dapat D utk FYP aku.. Yg tu memang aku dah jangka pun sebab aku sendiri yang buat hal. So aku terima. Sehubungan dengan itu, aku nak umumkan yang CONFIRM sem pendek ni aku takde. Jadi aku nak mintak maaf kat rakan rakan seperjuangan aku yang perjuangan kita bersama dah tamat semester lepas. Untuk semester ak

Pavluk pengganti paul si sotong???

Morning guys, bangun...bangun...bekpes dan mandi...hehe.tp korang mandi la dulu, aku kat sini kesejukkan lagi jadi jap jap lagi la aku mandi..hehe. Td dok syok main game Diamond Rush kt hp aku ni,tiba tiba dengar berita pasal Pavluk. Siapa Pavluk ni? Pakwe aku ke? Hehehe.. Sudah tentu tidak.. Terang terang kt atas tu yg Pavluk adalah pengganti Paul. Jadi sudah tentu Pavluk itu adalah sotong jugak, sedara mara ngan Squidward Tantacle. Hehehe.. Aku ingatkan lepas Piala Dunia da takde da peramal macam Paul tu lg da. Tapi tak sangka masih ada yg percaya pd peramal yang tidak berakal tu..hehehe..well, kita semua tau yang haiwan ada otak je tapi takde akal. Aku pon tak faham kenapa diorang pilih sotong jadi peramal? Apa kelebihan si Pavluk tu? Nak kate hensem, sudah tentu tidak..nak kate pandai, x nampak pon Pavluk tu genius walaupun kepala dia besar.. Hehe.. Agak-agak apalah nasib Pavluk nanti..hehehe.. Kali ni Pavluk ramal team Barcalona menang. Moh kita tengok menang ke tak. Bagi aku

Adab Bertamu di Rumah Orang :)

Salam guys, lama rasanya aku tak conteng conteng kt blog aku nih. Al maklum, laptop aku masih bergaduh dgn modem tu jd terpaksa aku update guna hp jgk. Btw, laptop aku da sihat sepenuhnya, baru je tukar skrin minggu lepas..hehehe...bahagia sikit rasanya. Skrin tu aku g tukar kt kuantan, sepanjang perjalanan g kuantan tu aku ada dengar ceramah dalam kereta ni pasal adab bertamu. Dan aku suka nak bagitau korang pasal adab bertamu ni sebab aku taknak la kita jadi tetamu yang tak beradab..hehehe.. Sebelum aku melalut lebih, jom kita tengok antara adab adab untuk menjadi tetamu: 1. Bagitahu tuan rumah sebelum kita datang rumah, lebih lebih lagi kalau kita nak tumpang tidur. Bila kita bagitahu, boleh la tuan rumah kemas rumah dan sedia apa yg patut untuk kita. 2.jangan ke rumah orang masa makan.contohnya orang tu tengah makan tengahari, tiba-tiba kita main ikut dan je pergi rumah orang tu. Ntah-ntah orang tu masak cukup-cukup je untuk family dia, kesian tuan umah nanti tau.nak jemput,ta