Minggu tutup Tv 21-27 April

Salam guys,
korang tengah buat apa tu?? Layah Maharaja Lawak ke? Hehehe...aku layan Fast and Furious je kt tv3, rumah aku takde astro pon...pukul 8 td,siapa tengok berita?? Kalau tengok mesti korang tau pasal kempen minggu tutup televisyen ni kan? Aku tak mau sebut minggu TANPA tevisyen sebab aku tak tahu nak sorok tv ni dekat mana nanti..,hehe..

Tak silap aku, ni kali ketiga kempen ni dijalankan. Tapi bagi aku ni yang pertama kali aku dengar pasal kempen ni. Hehe.. Korang nak tau tak kenapa diorang buat kempen ni? Kalau tak tahu, meh sini aku bagitahu apa yang aku tahu supaya korang pun tahu pasal kempen ni,, (berapa banyak TAHU da...) hehehe..

Kempen ni diadakan selepas kajian dibuat tentang purata masa dalam sehari untuk kanak kanak menonton televisyen. Ini termasuk melayari internet sekali yer. Selepas kajian di buat,purata bagi setiap kanak kanak yang menonton televisyen adalah selama 4jam setiap hari.. Lama kan? Tapi bagi aku ni, mungkin 18jam kot sehari...hehehe...

Kempen ni dibuat untuk memastikan kanak-kanak dan remaja sekarang hidup lebih aktif selain dari membuang masa mengadap tv 24jam. Disebabkan cara hidup yang kurang aktif, ramai kanak-kanak menghidapi penyakit seperti obesiti. Selain itu,ramai kanak-kanak kurang berkomunikasi dengan orang lain kerana mereka kerap menyendiri ketika menonton televisyen.

Cuba kita imbas kembali zaman kanak-kanak kita dulu. Setiap hari kita melakukan aktiviti seperti bermain galah panjang, teng teng, baling selipar, guli dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama kita bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Hidup pun aktif dan cergas. Bilangan kanak-kanak yang rabun pun sikit je masa tu. Tapi sekarang, kecik kecik lagi da rabun. Suruh berkawan dengan budak lain pun takut. Memang agak susah la di situ yer..hehehe...

Untuk menyokong kempen ni, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak mereka tidak menonton televisyen selama seminggu. Hehehe... Bagi korang lama tak seminggu tu? Bagi aku, lama gilerrrr...hehehe...macam tak sanggup jer..hehehe... No tv, no life...haahaha...

Jadi, kalau kita tak dapat off selama seminggu, sehari dua pon jadi lah..hehehe...at least kita mencuba.. Kempen ni memang bagus, selain dari ajar kanak-kanak hidup aktif ia dapat membantu kita untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan mungkin juga dapat mengurangkan pemanasan global walaupun sedikit.

Kata-kata akhir bagi aku, jom kita sama-sama sokong kempen ni. Kalau tak hari hari pun takpe.. Janji ada..hehehe... Sebab kalau seminggu berturut-turut,aku pun tak sanggup gitu..hehe...

Sekian,

SELAMAT MENYAMBUT KEMPEN HARI TUTUP TV!!!

Hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?