Hukum berjual beli ketika khutbah Jumaat..

Salam guys,
tadi korang tengok ke Royal Wedding tu? Dan aku percaya sekarang ramai blogger dok taip pasal Royal Wedding tu tadi kan. Tapi aku tak minat nak bercerita pasal tu, aku dok tengok berita tv9 ni ha dan aku tertarik dengan tajuk kat atas tu.

Korang perasan tak sekarang makin ramai peniaga ambil kesempatan untuk berniaga makanan di sekitar masjid. Tak kira lah kat mana pun, mesti ada. Dan mereka-mereka yang wajib pergi solat Jumaat tu tanpa segan silu pergi beli dan makan semasa khatib tengah bagi khutbah jumaat.

Aku rasa sebenarnya tak ramai yang tahu akan hukum berniaga semasa khutbah jumaat ni sebab aku pun baru tahu. Hukum berniaga semasa khutbah jumaat ni adalah HARAM! Tak kisah la peniaganya lelaki atau perempuan, selagi pembeli itu adalah mereka yang wajib menunaikan solat Jumaat, hukumnya tetap HARAM.

Mungkin ramai akan cakap 'ala, khutbah jer pun nanti nak solat nanti aku pergi laa' , ada peniaga tadi pulak cakap 'khutbah kuat, boleh dengar sampai sini. Jadi takde masalah la', lagi sorang cakap ' saya kat sini sekejap je, bila azan mak saya yang jaga' .. Nampak sangat ramai yang pandang ringan pasal ni kan. Hurm...

Aku ni bukanlah arif sangat pasal ni semua. Tapi aku cuma nak sampaikan apa yang aku tahu jer. Lagipun dalam surah Al-Jumu'ah ayat 9 pun ada sebut pasal hal ni. Aku nak tafsirkan, aku takut salah nanti. Jadi aku bagi surah dan ayat je, nanti korang carilah eyk. Bab-bab ayat alQuran ni memang kena jaga sikit.

Penceramah dalam slot berita tadi ada cakap, bila mula azan pertama hukum jualan jatuh pada hukum MAKHRUH dan bila masuk azan kedua, dimana imam nak mula bagi khutbah hukumnya adalah HARAM. jadi pada para peniaga, aku rasa tak berbaloi pun korang berniaga masa tu. Duit memang la banyak leh korang dapat, tapi dosa pon korang dapat jugak tau! Dosa korang tak pergi masjid dengar khutbah dan dosa orang yang beli makanan kat korang tu.

Tetiba aku rasa macam aku dah merapu dan melalut ke mana dah ni. Sebelum keadaan menjadi lebih kritikal, izinkan aku mengundur diri. Dah Isyak dah nih... Lepas ni nak makan plak, tunggu ayah balik dari surau.

Bye korang!!!

Sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?