Thursday, April 7, 2011

Adab Bertamu di Rumah Orang :)

Salam guys,
lama rasanya aku tak conteng conteng kt blog aku nih. Al maklum, laptop aku masih bergaduh dgn modem tu jd terpaksa aku update guna hp jgk. Btw, laptop aku da sihat sepenuhnya, baru je tukar skrin minggu lepas..hehehe...bahagia sikit rasanya. Skrin tu aku g tukar kt kuantan, sepanjang perjalanan g kuantan tu aku ada dengar ceramah dalam kereta ni pasal adab bertamu. Dan aku suka nak bagitau korang pasal adab bertamu ni sebab aku taknak la kita jadi tetamu yang tak beradab..hehehe..
Sebelum aku melalut lebih, jom kita tengok antara adab adab untuk menjadi tetamu:
1. Bagitahu tuan rumah sebelum kita datang rumah, lebih lebih lagi kalau kita nak tumpang tidur. Bila kita bagitahu, boleh la tuan rumah kemas rumah dan sedia apa yg patut untuk kita.

2.jangan ke rumah orang masa makan.contohnya orang tu tengah makan tengahari, tiba-tiba kita main ikut dan je pergi rumah orang tu. Ntah-ntah orang tu masak cukup-cukup je untuk family dia, kesian tuan umah nanti tau.nak jemput,takut tak cukup makanan,tak jemput nanti kang rasa bersalah pula.

3.jangan bertamu lebih dari 3 hari kecuali tuan rumah yang ajak atau mintak kita tinggal situ lama lama. Ustaz tu cakap, kalau lebih dari 3 hari pangkat kita yang tetamu ni dah jatuh jd pengemis. Sebab kita susahkn tuan rumah,yela kan,mana ada tuan rumah nak bg tetamu dia berlapar kan.nak tak nak kena masak gak. Jadi kalau dah tau nak tinggal lama tu, tolong tolong la jgk tuan rumah tu beli brg dapur sikit ke.kadang bukan semua mampu nak bg tetamu ni makan mewah mewah..

4. Jangan bertamu kat rumah orang sampai terjadi pergaduhan dlm family tuan rumah tu, termasuklah jangan sampai tuan rumah tu mengumpat kita sebab kita da banyak susahkan diorang. Sebab nanti kita yang dapat dosa tau.

Haaa...tu lah antara adab adab bertamu yang aku ingat. Jadi kalau kita nak jadi tetamu yang baik janganlah kita susahkan tuan rumah tu walaupun diorang family kita sekalipun. Jangan yer.. Tak baik tau... Hehehe...


P/s: tetibe teringat tetamu yg x di undang kat rumah aku ni.menyakitkan hati jer...kan aku da termengumpat...haahahaha

1 comment:

aeda said...

kena jaga adab bertamu di rumah org..:)