Cinta itu Manis. Mengapa masih ramai menangis kerana cinta?

Salam guys,
mesti korang dah syok lena dibuai mimpi indah kan.. Mentang mentang malam jumaat, ramai pakat g tidur awal. Hehehe.. Jangan korang fikir lain dah la.

Disebabkan malam jumaat, aku tergerak hati nak berbicara sekali lagi soal cinta. (da mcm doktor cinta rasa! :p )

aku tengok, ramai member aku tengah hangat bercinta sekarang ni, tapi dalam masa yang sama ada jugak yang dalam mood yang kecewa kerana cinta. Malas nak kata la kan, Cinta ni madu dan Cinta tu jugak la yang boleh jadi racun tau!

Well, aku ni takdelah pakar sangat dalam bab cintan cintun ni, cuma apa yang aku nak bagitau korang kat sini adalah :-

* kalau korang tengah bercinta, jagalah hati pasangan korang baik-baik. Kalau sekadar nak suka-suka, baik blah je dari hidup orang tu. Jangan nak bagi harapan palsu kat dia. Tapi pastikan korang berterus-terang, jangan main blah gitu je sebab pengecut je akan buat macam tu.

* Pada yang baru je putus cinta, korang cubalah terima keadaan tu sebaiknya. Mungkin pada mulanya korang akan kecewa gila-gila tapi korang patut bersyukur korang putus time couple dan bukan lepas kawin. Lepas tu, anggap je tu BUKAN Mr & Mrs Right korang sebab satu hari nanti korang akan dapat yang lebih baik dari diorang. Percayalah... Aku tak tipu bab ni sebab aku dah jumpa orang yang boleh jaga aku dengan baik sekali.

* Pada yang single lagi, korang patut bersyukur sebab korang takde masalah cintan cintun bagai. Korang boleh hidup dalam dunia korang tanpa sebarang keserabutan. Hehehehe... Kalau aku jadi korang la kan, aku prefer bercinta lepas kawin. Sure romantik punyalah!! Sebab abang aku bercinta lepas kawin! Hehehe...

Kesimpulannya, cinta ni memanglah manis. Tapi dia jadi pahit sebab sikap sang pencinta dan bukan cinta tu. Jadi kalau korang putus cinta ke, cinta tak terbalas ke, apa ke korang jangan nak salahkan takdir or perasaan CINTA tu. Korang anggap je yang belum sampai masa untuk korang bercinta dan dicinta.

Macam mana pun korang kena ingat, tiada apa lebih hebat dari CINTA DIA!!!

Selamat malam..

Sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?