Thursday, April 21, 2011

Atap Zink pon boleh terbang!!

Salam Guys,

Sebenarnya dari semalam ag aku nak update tapi memandangkan laptop aku dikuasai sepenuhnya oleh abg dan kak ipar aku, terpaksa lah aku update hari ni. haisshhh…

Petang semalam hujan lebat sangat, aku memang mengharapkan hujan tapi tak sangka selebat itu. Sampai rumah aku banjir….huhuhu… (bukan luar umah, tp dlm umah kt tingkat atas ni) .. Memang lebat sangat sangat lah. Termasuk dengan bunyi guruh dan petir,membuatkan aku teringat kepada peristiwa yang pernah aku alami suatu masa dulu.heheh… Aku rasa nak cerita sikit pasal peristiwa tu.

Cerita dia macam ni, masa tu aku darjah 1 lagi. Hujan lebat mencurah curah ke bumi Allah nih. Petir kilat sabung menyabung,bunyi guruh yang kuat menyebabkan air berkocak.(ayat tak leh blah!!) aku ni duduk je kat tempat aku,meja belakang kelas. KEbetulan cikgu tak masuk kelas, tinggal la kami kanak kanak riang ini di dalam kelas dok buat hal sendiri. Semakin lama hujan semakin lebat, aku dah mula takut dan terus diam kat meja aku tu. Tiba-tiba ada seorang budak baca ayat Kursi, tapi sumpah aku tak suka budak tu sebab dia baca main-main!!! memang kurang ajar tau tak!!! haiissshh..marah plak tiba-tiba… Dan dan budak tu dok baca ayat last sekali, Panggg!!!!!! petir memanah lampu kalimantang yang betul betul pecah atas kepala aku… MAsa tu aku tak rasa apa apa pun, cuma menyapu habuk habuk putih di rambut aku. Cikgu panggil murid kelas kitaorang g pindah duduk dewan, aku pun jalan la dengan slumbernyer. Tiba-tiba sampai kat tangga guru, Cikgu muzik tarik tangan aku, dia cakap kepala aku berdarah. Aku ni, lepas nampak je darah otomatik aku menangis.hehehe… Tapi tetap taknak naik tangga guru sebab takut kena marah, Cikgu tu cakap tak apa sebab dia yang bawak. Lepas tu terus diorang hantar aku pergi Hospital KAjang. KAt sana lah pertama kali aku rasa jarum suntikan dan yang pasti memang tak sakit langsung!!! hehehe…

Dan itulah pengalaman terburuk aku masa darjah 1. Sampai ada yang bagi “wrong information” kat kakak aku, boleh orang tu kata aku kena hempat tiang letrik..haisshh…  sekarang, meh sambung cerita semalam..

LEpas hujan reda, aku dengan abang pon keluar rumah tengok kot kot ada apa-apa yang rosak sebab masa hujan tu aku dengan macam ada sesuatu yg patah. Sekali keluar, tengok atap zink awning umah depan aku tercabut, atap umah sebelah ada yang patah, pokok belakang rumah ada yang tumbang.. agak teruk la jugak.

Photo0107*zink dan atap bumbung yg pecah

 

Photo0109 

*atap umah sebelah

 

Photo0110

*mungkin ni bunyi patah yg aku dengar

 

 

Photo0114

*mase amik ni aku zoom jd tak jelas.tapi nampak tak pokok tumbang tu?

 

 

Haa..tu la yang terjadi. Even tak teruk sangat, tapi tetap menakutkan aku..huhuhu..

Sekarang aku nak g bekpes..

Sekian,

:)

No comments: