Kenapa Kita Berkawan?

Salam guys,
Dimalam yang indah lagi tenang ni tetiba hati aku tergerak nak bercerita tentang kawan. Tu pun lepas apa yang aku tengok kat fesbuk aku tadi la kan. Hehehe..

Korang tahu tak kenapa korang berkawan, mencari kawan atau menjadi kawan??? Siapa boleh jawab, meh sini aku bagi choki choki separuh! :p

bagi aku, aku ada banyak sebab untuk aku berkawan. Jadi aku nak senaraikan yang mana aku mampu senaraikan yer.

* aku berkawan sebab aku nak ada kawan! Tak kisah la siapa pun orang tu, bila aku dah kenal dia dan dia dah kenal aku otomatik dia adalah kawan aku. Oleh itu aku akan selalu ada untuk kawan aku.

* aku berkawan sebab aku nak berkongsi pengetahuan dan pendapat. Setiap orang memiliki pengetahuan dan pendapat yang berbeza, jadi bila kita kawan dengan ramai orang yang dari setiap umur, bangsa dan agama, permikiran kita akan jadi lebih matang dan terbuka.

*aku berkawan sebab aku nak tolong kawan. Setiap orang akan ada masalah, jadi aku nak jadi pendengar yang baik kepada kawan aku tu. Pada masa yang sama, aku tak berharap dia menjadi pendengar yang baik untuk aku jugak!

* aku berkawan bukan sebab aku nak dia ingat atau balas balik jasa aku kat dia. Contohnya, aku bagi si A ni pinjam duit sebab A ni tengah sesak. Lepas tu, bila aku tengah sesak aku paksa A ni pinjamkan duit untuk aku plak sebab aku penah pinjamkan duit kat dia. Kira macam aku paksa la.... Dan itu adalah tidak bagus yer kawan-kawan. Nak kawan ni biar IKHLAS yer.

*seterusnya aku berkawan sebab aku nak ada orang yang sentiasa mengingatkan aku bahawa aku tidak bersendirian kat dunia ni. Aku ada family dan kawan yang baik untuk aku. Jadi aku akan lebih bersemangat untuk hidup dan tempuhi segala rintangan yang ada depan aku.

Kesimpulannya, setiap orang ada tujuan yang tersendiri kenapa diorang berkawan. Macam mana pun kita kena ingat yang berkawan biarlah IKHLAS tanpa mengharapkan apa jua balasan dari dia. Kalau kita IKHLAS kawan ngan dia, dia pon akan baik dengan kita. JANGAN sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan kawan kita, itu SALAH yer. Kalau pernah buat salah ngan kawan kita, mintak MAAF dengan seIKHLAS hati. KAWAN ITU PENTING!!! Tapi jangan salah pilih kawan! ;)

bye bye bye....

Sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?