Thursday, April 28, 2011

Kenapa aku pasif berblogging??

Salam guys,
aku bosan giler giler hari ni. Rumah dah kemas, dapur dah bersih, bilik dah cantik, nasi dah masak sampai aku tak tahu nak buat apa dah. Nak makan nasi, tak best la plak makan sorang sorang jadi tunggu anak buah aku balik dari sekolah dulu baru makan. Aku memang tak mengamalkan cara makan yang sihat.hehehe.. Bila aku nak makan, aku makan. Kalau tak aku dok ngadap tv je la. Hehehe...

Aku sedih, aku da kurang mood nak berblogging. Sebelum ni aku rajin sangat la menaip post post yang mengarut untuk blog ni. Banyak mende yang aku nak cerita. Tapi sekarang aku asyik takde idea dan tak tahu nak mulakan cerita aku macam mana. Aku mengaku aku memang lemah dalam penggunaan bahasa melayu yang lengkap dengan tatabahasa sekali.. Jangan kata tatabahas, penanda wacana pon aku tak reti nak guna. Huhu.. Mesti korang bosan kan ngadap blog aku ni.

Blog aku ni takde ape ape pon, tak mengharapkan pun korang baca cerita mengarut aku tapi aku nak korang baca post aku yang ada informasi berguna je. Hehehe...
Ye la, tujuan aku berblogging ni sebab nak share apa yang aku tahu dan apa yang aku alami. Bukan nak kejar populariti atau duit Nuffnang semata-mata (aku tak cakap blog yg popular tu kejar glamour ye).

Sejujurnya aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba macam hilang arah dan punca untuk berblogging. Memang giler lah!!

BTW, yang selalu jenguk blog aku ni, terima kasih. Yang tinggalkan jejak kat Cbox tu pon, terima kasih. Nanti aku melawat korang pulak. Sekarang ni aku tak boleh nak blogwalking sangat, keadaan tak mengizinkan. :) .

Terima kasih yang baca post mengarut aku nih. Serius, aku sedih sangat. Kenapa aku sedih pun aku tak tahu. Sekarang aku nak cari balik semangat yang hilang..

Bye korang..
Sekian,
:D

No comments: