Apa itu 'Bell's Palsy'??

Salam guys,
selamat tengahari, korang tengah buat apa tu? Aku tengah kebosanan nih, parents g Ipoh umah akak, anak buah g sekolah belum balik aku. Jadi bersendirian je la aku kat rumah ni ha, bosan gile lah. Tadi lepas siap siap kemas rumah,aku tengok la Wanita Hari Ini kt tv3 tu. Diorang bincang pasal 'Bell's Palsy' , pelik je kan nama tu? Aku puas la dok fikir apa Bell's Palsy tu, Loceng ke? Ternyata apa yang aku fikir tu salah. Kalau korang tengok WHI tadi mesti korang tau kan apa itu Bell's Palsy, pada yang tak tengok meh sini aku cerita kat korang.

Bell's Palsy adalah satu penyakit yang menyerang saraf muka, ini boleh menyebabkan otot muka menjadi lumpuh sebelah atau sepenuhnya. Nama Bell tu diambil sempena nama Sir Charles Bell yg menemui penyakit ni. Palsy tu plak maknanya kelemahan atau lumpuh, jadi Bell's Palsy ni bukanlah maknanya Loceng tu Lumpuh. Tidak sama sekali tau!

Bell's Palsy ni jugak bukanlah penyakit keturunan, tapi penyebab penyakit ni adalah virus. Tak ingat plak apa nama virus tu, nanti korang google lah eyh. Tapi doktor tu cakap, penyakit ni jadi bila virus tu menghinggapi badan kita dan duduk dalam saraf kita. Virus tu akan tidur dalam saraf kita, kalau kita dalam keadaan stress virus ni akan terkejut dan menyerang saraf muka kita ni. Lalu lumpuh la muka ni haa..

Antara simptom penyakit ni adalah, mulut kita senget sebelah, tak dapat nak gerakkan otot muka, tak boleh nak tutup mata dengan rapat dan ada beberapa simptom lagi lah.

Jadi, punca penyakit ni memang lah virus tu kan tapi apa yang boleh menyebabkan virus tu bangun ialah stress. Kena plak orang sekarang makin ramai tak dapat nak kawal stress, makin besar la risikonye. Tapi selain stress, ibu mengandung pon boleh kena penyakit ni.. Haissshh..ibu-ibu mengandung kt luar sana jangan marah saya ye, bukan sy yang cakap tapi doktor tu yg cakap.hehehe..

Sekrang, korang pun dah tau apa itu Bell's Palsy kan? Aku saja nak bercerita sebab tadi aku tengok ramai jugak yang tak tahu pasal penyakit ni. Aku pon baru tau jugak. Kalau korang nak tahu lebih terperinci, korang search kat google yer.. Bukan aku malas, tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku copy dan paste artikel dr internet tu kat blog aku.

Ok lah, aku nak sambung tengok tv. Jap lagi nak memasak plak untuk bujang 2 orang tu..

Bye korang!!!!!

Sekian,

Comments

rintzpalil said…
Tuan rumah,
Tq atas maklumat ni. Sebenarnya saya jgk menonton wanita hari ini tajuk Bell's Palsy ni tapi lupa nak catat.
Unknown said…
U r welcome :D

n thanks for ur reading ya...

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?