Setelah Lama Menghilang, Akhirnya Bertemu Kembali.

Salam guys,
salam subuh dan salam pagi. Hehehe.. Apamacam tidur malam tadi? Syok tak mimpi? Kalau syok, bagus la. Aku tidur gak tapi macam takde mimpi apa apa je sebab aku dok fikir pasal result aku. Seharian aku cuba tp tak berjaya gak nak tengok result aku. Haissshh..umpama, sperma yg berlumba nak terjah ovum,dalam ramai ramai sorang je dapat. Camtu la gamaknya masa nak buka student portal semalam.. Seksa jiwa raga..haissshh...

Kalau dah bercerita pasal result, mesti ramai yang suka tanya result member masing masing kan? Sebab aku pun macam tu jugak..hehehe..tapi sem ni semangat nak tanya result tu tak ada sebab aku tak mahu di tanya.. Hurm..

Tapi biar aku bgtau sendiri, aku dapat D utk FYP aku.. Yg tu memang aku dah jangka pun sebab aku sendiri yang buat hal. So aku terima. Sehubungan dengan itu, aku nak umumkan yang CONFIRM sem pendek ni aku takde. Jadi aku nak mintak maaf kat rakan rakan seperjuangan aku yang perjuangan kita bersama dah tamat semester lepas. Untuk semester akan datang aku akan bersendiri atau bersama rakan lain plak.. Haissshh.. ;(

Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang ni walaupun sukar untuk aku terima. Setelah bertahun tak bertemu dengan D, di akhir semester ni D datang jenguk aku. Dan D ,mengingatkan aku supaya terus berjuang dan jangan leka sekali lagi. D membuatkan aku lebih semangat menjalani semester akan datang supaya aku berjaya menghalau D tersebut jauh jauh.. Seingat aku D ni dtg masa aku form 1-3 je. Tu pon dalam math. Tapi bila da usaha nasib baik PMR aku math dpt A..syukur..

Ucapan buat D, aku suka kau datang tapi aku lagi suka kalau A yang datang.. Aku suka kau D tp aku Cintakan A.. Jadi janganlah ganggu hidup aku lagi.

Hehehe..da macam drama cintan cintun plak..

Aku rasa setakat ni je kot nak melalut pon, pada member yang rata rata dapat dean n 4flat tu, aku ucap tahniah ye kat korang..yang mana seangkatan dgn result aku, takpe nanti kita cuba lagi yer.. Perjuangan baru bermula.

Sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?