WHI- Kesan Pembersih Alat Sulit Wanita.

Salam tengahari kawan- kawan,
watpe tu? Makan eyh. Share sini sikit, aku belum breakfast lagi nih. Malam tadi aku tak boleh nak lelap lepas mak ayah aku sampai dari ipoh. Mungkin aku terkejut dengar bunyi fon kot. Huhuh... Ni pon baru ke bangun. Ntah pesyen ape la aku bangun ni.

Macam biasa, pukul 12 ni aku akan mengadap tv sebab aku penonton setia Wanita Hari Ini. Kena plak perbincangan hari ni pasal KESAN PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA. Sebagai wanita mesti la aku ambil tahu pasal ni jugak kan.

Macam kita tahu, kat Malaysia ni ada baaaanyak jenis pembersih alat sulit ni. Nak yang sireh, susu, bau wangi, rasa menthol semua ada. Sampaikan ada tu kata boleh mengetatkan alat sulit. Bab tu of course berguna pada pasangan yang dah berkahwin kan. Tapi korang tahu tak kalau salah cara penggunaan boleh mendatangkan kesan buruk pada miss V tu.

Tadi Dr. Ismail tu ada terangkan kenapa bahaya kalau salah guna. First, penggunaan pembersih ni sekadar guna untuk kawasan luaran jer. Cuci kat luar je, tak payah korang nak cuci sampai dalam. Kalau korang cuci sampai dalam, dia boleh menyebabkan bakteria baik yang ada dalam miss V tu mati. Jadi hal ini akan menyebabkan radangan dan iritasi kulit, sama ada rasa gatal-gatal, pedih dan masalah keputihan yang melampau. Lagipon, kalau selalu guna nanti miss V tu jadi kering. Korang nak ke miss V korang bermasalah? Mesti la taknak kan, sebab tu korang guna pembersih.

Pada pasangan yang berkahwin, anda tak digalakkan menggunakan pembersih selepas mengadakan hubungan intim. Nanti susah nak mengandung sebab pembersih tu akan membunuh sperm tu semua. Bukan aku cakap, doktor tu yang cakap, aku cuma sampaikan ajer. :p

Jadi, korang kena ambil perhatian betul-betul sebelum beli dan gunakan pembersih alat sulit ni sebab miss V tu amat penting ye. Doktor tu cakap, lelaki pon boleh guna jugak untuk bersihkan diorang punye tu. Jadi takde halangan la untuk siapa gunakannya janji cara guna nye betul.

Hehehe...tetiba aku teringat pada seseorang yang pernah cerita kat aku pasal pembersih alat sulit wanita ni. Beliau bersama teman ke supermarket, lepas tu nampak la botol pembersih alat sulit ni. Tanpa membaca, diorang buat pembersih tu macam cologne. Hehe.. Tau tak cologne tu ape? Cologne tu yang macam minyak wangi tu la... Hehehe... Bila ditanya nape buat macam tu, beliau cakap mende tu bau wangi macam perfume. Hehehe... Tak patut, tak patut...

Sekian,
salam jumaat!!!

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?