Monday, October 26, 2015

Road To A New Life

Salam. 

Lama tak menconteng kat laman sesawang nih. Sesungguhnya diri ni sangatlah sibuk. Tapi dalam sibuk tu sempat lagi buat preparation pernikahan nanti. Macam tak percaya jer dah nak kawen. Hahahahaha.. 

Hari ni 26/10/2015, maknanya ada lagi 12 hari nak menuju tarikh keramat kami. Berdebar tu malas nak cakap la kan. Semua rasa ada, takut, debar, risau, seronok, sedih, ahh semua bercampur la. Taktau la ini aku sorang je rasa or semua bakal pengantin rasa yang sama. 

Kadang rasa macam tak percaya je yang kami dah nak tamatkan zaman bujang kami. Hahahaha. Macam tak percaya jer yang kami ni dah nak kawen. Siapa sangka dialah jodoh aku. Tak sangka. Semua orang cakap jodoh kami kuat, andai betul Alhamdulillah. 

7 tahun zaman perkenalan, 8 bulan tempoh pertunangan, dan 7/11/2015 bakal melonjak ke alam baru. Alam perkahwinan. Bersedia ke aku? Ntah la. Hahahaha... 

Alhamdulillah, aku dah berjaya tamatkan pengajian kat Unisel cuma belum bergraduasi sebab belum ambil MUET lagi, tu atas kecuaian aku la tu. Leka sangat sampai tak register langsung untuk ambil MUET. Jadi InsyaAllah tahun depan aku konvo la kalau ada MUET. Hahahaha... 

Dan Alhamdulillah jugak aku dapat tawaran pekerjaan dari company yang aku praktikal sekarang. Kalau semuanya berjalan lancar, InsyaAllah 16/11/2015 aku dah boleh lapor diri. Tapi kerja kat Shah Alam, maknanya terpaksa la PJJ ngan suami kejap. Aiceh!  hahaha. Takpe, demi masa depan kita bersama. 

Minggu ni minggu terakhir aku as intern, lepas tu abes. Rehat seminggu dan prepare ape yang patut kat rumah. 7/11/2015 nikah & sanding, 10/11/2015 majlis sambut menantu. Its gonna be a long week for me and family. Settlekan sekali gus, lepas tu boleh santai dah. 

Terasa diri ini sangatlah 1 Malaysia tetiba. hahahaha... Tunang masa CNY, sambut menantu masa Deepavali. Hahaha. 

Eh! Berdebarlah. 

Bye.