Restoran Bulan Tomyam Steamboat
Alhamdulillah kenyang. Malam ni makan kat Bulan Stemboat bersama si Nadia dan Reez. Nadia la yg recommend tempat nk sbb dia dah merasa. Daging sedap katanya coz si Nadia ni hantu daging. Hahahaha..
Sebelum ni kedai makan biasa jer tp sekarang diorang dah extent lagi kedai dan jadilah Restoran Bulan Tomyam Steamboat ni kat belakang, kalau nak makan nasi biasa biasa boleh makan kt restoran depan. Hihihi..
Setakat yg aku pergi hari ni boleh dikatakan ok la. Pilihan takde la banyak macam kedai steamboat bbq yg besar besar tu tp apa yg diorang sediakan tu agak berbaloi la. Aku ni suka udang, jd first masuk aku tengok udang je dulu. Tengok besar ke tak, segar ke tidak, dan resultnya besar dan segar.. Memang memuaskan selera aku. Selain udang, ada gak sotong, ketam, kepah, lala, kerang, daging lembu, kambing, ayam dan belut. Haaa... Belut tu yg rare. Hihihihi... Utk frozen pilihan tak banyak dan memang kami tak amek pon frozen food, coz macam tak best je g makan mahal-mahal tp makan frozen food. Lagipon tak elok sangat. Huhuhu.. Untuk sayur pulak, diorang ade sediakan sawi, cendawan, sprout, bendi, brokoli and kangkung. Pilihan mee pon tak banyak sangat. Tapi bestnya kat sana ada bubur manis ngan laksam. Laksam memang sedap, puas hati punya. Nasi dan aiskrim pon ada. Rojak buah, roti bakar, pisang pon ade. Jadi kalau nak buat banana split tu memang boleh la. Hehehe..
Disebabkan takda customer lain malam ni, jadi kedai tu kami yang punya. Hahahaha... Seronok la makan, da buat macam rumah sendiri pon ada. Hehehehe... Aku rasa orang tak ramai sebab ramai yg belum tahu kot. Mungkin la yer.
Oh yer, diorang sediakan kuah tomyam utk steamboat dan kuah dia cukup rasa. Untuk sos pulak aku suka sos blackpepper, sedap.
Nak cerita panjang pun tak boleh sebab esok ada kelas. Tadi sempat amek gambar pon sikit jer coz udang dah memanggil manggil. Hahahah..
Totally bagi aku ok la. Dekat dengan unisel dan kira berbaloi la sikit. Daripada pergi jauh jauh, abes duit minyak, tol, pastu sampai sana aku makan udang gak. Baik aku makan kat sini je kan.
Lokasi kedai ni kat ijok. Kalau dari simpang ijok kat petronas tu, terus je menghala ke kuala selangor. Kedai kt sebelah kiri.
Tu jer nak citer malam ni, meh lanje gambar sikit. Hehehe..
Comments