Sunday, January 5, 2014

Cuti Semester & Semester Baru

Hye semua. Aku sekarang ni kat hospital, kat unit kecemasan coz
Maklong aku tak sihat. Alang alang menunggu nih, try la update blog
kejap.

Sekarang ni tengah cuti semester. Dan setiap kali cuti semester
hubungan aku dan hospital tak dapat dipisahkan. Hihihi.. Almaklum,
setiap kali cuti aku kene bawak parent aku buat monthly checkup and
adakala bwk maklong aku pergi checkup dan kadangkala, aku sendiri yg
kene checkup. Hahaha..

Tapi kali ni jadual aku pack sikit. Ntah tetiba mak aku nak cat rumah
la, bersihkan tangga, kipas, tingkap. Semua nak kene bersihkan. Dan tu
semua tugas aku dan anak buah aku. Setiap hari siapkan satu part.
Sekarang Alhamdulillah semua dah selesai. Jiran aku yg nak kawen tp
rumah aku pulak yg kemas lebih lebih. Hahaha. :p

Minggu depan nak balik rumah sewa dah, nak start semester baru dah.
Semester 5. Macam tak percaya, kejap je dah sem 5. Hihihi. Semester ni
berkemungkinan besar akan buat aku busy dan tercabar coz aku amik 6
subjek bersamaan 17 jam kredit. Banyak tuh! Dan majoriti subjek core.
FYP, Project Management, Enterprise Intelligence Architecture, Expert
system, Data mining, data modelling and simulation. Bapak susah!
Huuuu... Siapa kata IT senang? Aku rasa macam nak tukar course dah
sekarang nih. Amek kulinari pulak ke. Hihihi. Syok gak masak masak
nih. Bukan apa, pening dan stress jugak nak hadap coding tu semua. Ni
tajuk FYP pon aku tak cari lagi... :(
taktau nak buat pasal ape. Huhuhu.. Parokk!

So, kesimpulannya cuti semester kali ni aku busy dan semester depan
pon bakal busy. Semoga aku tabah dan kuat berjuang. Aku harap semester
ni aku tak banyak la ponteng kelas. Kihkihkih.. Moga tabah gak tuh. :p
:)

No comments: