Thursday, March 13, 2014

Semalam, Hari ini & Esok

Semalam aku gembira;

Hari ini aku berduka;

Esok belum dapat ku duga.

 

Semalam kau dan aku bersama;

Hari ini aku di sini kau di sana;

Apakah esok kita masih akan berjumpa?

 

Semalam kau katakan kau akan ajarkan aku bahagia;

Hari ini kau pergi tanpa kata;

Mungkinkah esok kau akan kembali semula?

 

Semalam kau berjanji akan terus bersama selamanya;

Hari ini kau tiada di depan mata;

Mungkin esok aku terus bersendiri selamanya.

 

Semalam kau ucap kata sayang kata cinta;

Hari ini kau diam tanpa kata;

Ku harap esok kau mengungkapkannya semula.

 

Semalam aku terluka;

Hari ini aku belajar;

Esok takkan berulang semula perkara yang sama.

2 comments: