Jangan Kembali

Bersama berdua meredah mimpi;
Mimpi indah kita bersama;
Milik kita, kita sahaja.

Alangkah indah saat bersama;
Hanya berdua tiada ketiga;
Biarkan mereka engkau kata.

Tapi semua hanyalah mimpi;
Aku tersedar kembali ke realiti;
Aku toleh kau tiada di sisi.

Ke mana kau pergi?
Pulangkan hati yang engkau curi;
Kembalikan dan jangan kau ambil lagi.

Apakah terlalu lama aku bermimpi;
Kerana terlalu lama sakit yang aku rasai;
Pergi kau pergi;
Jangan kembali lagi.

Biarkan aku di sini;
Bersendiri;
Memendam rasa perit di hati.

Jangan kau kembali untuk melukai;
Aku tak rela terluka sekali lagi;

Aku pinta jangan kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?