Wednesday, February 26, 2014

Early Surprise.. :)

Whoaaa…. Belum apa apa lagi dah dapat birthday surprise daripada kawan kawan. Hihihi… Thanks kawan kawan.

 

Birthday aku lambat lagi. Tapi takdelah lambat sangat. Hari ni baru 26/2 dan birthday aku 28/2. Sambut awal maybe taknak aku standby dikenakan kot. Kihkihkih. Terkejut la jugak tapi tak terkejut sangat sebab aku dah boleh agak melalui gerak geri diorang. Hihhi.. Tau saje aku kan.

 

Malam ni hambar bagi aku. Dah berapa hari jiwa kacau. Melayan masalah yang ntah apa apa. Senyum sendiri, menangis sendiri. So, aku keluar la kejap amik angin sensorang. Bila balik, si Nadia & si Ida sibuk suruh aku masuk rumah. Pelik. Hahaha. Paling pelik bila roommate aku tidur lewat. Selalunya awal je tidur. Diorang seboleh-bolehnya paksa aku masuk rumah. Sangat pelik. Tapi takdelah syak pape. Bila da masuk bilik, mende paling pelik pulak jadi. Si jiran sebelah, Siti R datang hulur external HDD tanye nak copy movie ke tak. Mana tak pelik. Hahahah..

 

Tetiba rumah gelap. Ah sudah. Aku kena dah. Si Nadia bawak masuk kek cair. Hahahah. Cair gara gara aku la. Lambat sangat masuk rumah. Kek cair, lilin cair. Hahaha. Kesian. Tapi takpe, makan jer. Ada 4 nama kat kek tu. Aida (10/2), Bee (18/2), Aku (28/2) dan Aisyah (6/3). 4 nama untuk 1 kek. Senang. Hahahah…

 

kek2014

Kek Cair. Kihkihkih

 

Terima kasih kawan kawan. Aku hargai sangat sangat. Itu semua akan jadi kenangan hidup kita bersama. Tak mungkin aku dapat cari kawan sebaik korang lepas nih. Love You Guys!

No comments: