ISM Teknologi Maklumat – Semester 4.

19/12/2013 , Secara rasminya tamatlah sudah semester 4 aku. Hihihi. Seronoknya! Berhempas pulas jawab exam tadi. Dah la banyak kira-kira, letih betul menulis dan mengira. 1 soalan je dah 4 pages jawapan. Mana tak penat. Huhuhu… Dah habis semester tapi masih lagi di rumah sewa. Minggu depan baru balik la kot. Badan penat lagi, setiap hari study sampai 4 – 5 pagi. Study la kononnya kan. Hahahaha.. Tapi rasa berbaloi la dengan usaha aku tu bila boleh jawab exam, memang ada soalan yang susah nak jawab, tapi jawab aje la. Jangan dibiarkan kosong, dapat 1 markah pon ok la. 1 yang boleh menggenapkan 9 menjadi 10. hihihi…

Semester 4 ni semester yang penuh warna warni. Macam macam jadi, ketawa, menangis, semua ada. Tapi ending semua yg happy saja. Alhamdulillah. :)

Semester yang memenatkan bila projek untuk setiap subjek semua dapat last minute. Huhuhu… Takde study week. Minggu exam yang busy dengan projek dan kelas ganti sampai tak rasa langsung macam esoknya tu ada paper. Busy tp masih sempat curi masa untuk bergembira.Nak hidup kena pandai. Pandai cari masa untuk diri sendiri, pandai cari masa untuk kawan-kawan. Baru happy dan kurang stress.

Aku harap semester depan, semuanya lebih tersusun. No more last minute project, perhaps. Apa pun, aku seronok. Aku ada ramai kawan yg sentiasa menyokong aku dan housemate yang super gempak!!!! Seronok!

IMG-20131210-WA0003 

Tu la housemate kesayangan hati dan semestinya aku yang paling kecik dan Nadia yg paling tinggi.. Kihkihkih…  Sayang Korang Ketat Ketat! :D

Oh Penat! Bye! :D

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?